GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Thursday, April 25, 2013

Kunjungan Kali Kedua ke Kinrara Bariani Kafe & Katering

     Warh! Dah nak masuk 3 bulan. Nasiblah gelaran blogger tiada tarikh luput dan tak perlu pula diperbaharui. Sekali berblog selamanya adalah blogger walau tiada entri sejak sekian lama.
     Aku kirakan entri pembukaan ini sebagai janji. Janji buat pihak yang sudi menjemput aku makan free. Terima kasih buat Sumi Jelly dan pihak Kinrara Bariani atas jemputan dan layanan mesra. Terharu sangat.
     Selepas kunjungan kali pertama, para bloggers yang berlima itu dihadiahkan pula baucer makanan bernilai RM35. Best tu. Memandangkan makanan depa sedap, memang cukup sebab nak bawa keluarga aku plaks menjamu selera di sana. Ladfe Amir pun cuti pada hari tersebut jadi molek sungguh ber'geder2'. 'the more, the merrier' katanya. 

Perlu untuk diketahui.

 Bariani Gam Johor Kambing dan Ayam. Set untuk 2 orang makan tapi cukup sampai 3 orang. Yeah! Mari meng'ngap'.

Ada juga mee rebus.

Dan juga mee bandung.

     Sementara menikmati bariani orinya, mata aku macam biasa melilau sana-sini. Memang banyak perubahan masa aku memula datang dengan yang kali kedua ini. Kalau aku jengah lagi, mesti ada tambahan dan perubahan ni. Paling menarik bagi aku adalah ini semua:-

 Sofa yang cantik dan empuk. Kompom semua berebut nak duduk sini.

Pilihan minuman yang pelbagai. Rasa nak pesan 2 jenis air jer. Tergoda punya pasal. 

 Tak payah nak berebut-rebut basuh tangan. Gel basuh tangan tuh aku suka. Tandas pun dekat. Kat bahagian tepi restoran ajer.

     Dah makan kenyang2, mohler kenal-kenal dengan tokey BK neh plaks. Jeng.. jeng..jengggg.. 

 Inilah beliau, En. Abdul Rahim. Beliau bukan tokey yang main arah2 ajer yea? Tokey merangkap chef. Seronok berbual dengan beliau. Terbuka minda terutama pasal biznez ah. Banyak yang boleh dipelajari.

     Komen? Aku pernah rasa bariani gam utara. Kali ini aku dapat rasa bariani gam versi Johor plaks; rasa antara kedua-duanya memang berbeza dan mempunyai keunikannya tersendiri. Nasi beriani dan lauk-pauk di Bariani Kinrara ini mempunyai perisa yang 'just nice'. Tidak terlalu kuat rasa rempah-ratusnya dan tidak 'melampaui' yang sepatutnya. Itulah maksud 'just nice' Cukup-cukup saja tanpa perlu melebih-lebih atau ditambah perasa tambahan. Menurut En. Abdul Rahim, 'signature dish' di BK adalah ayam panggangnya. Korang kena rasa pasal memang sedap dan berjus. Lembut gitu. Takler sakit gigi nak kunyah.

     Loor! Dok terlopong sambil kesat liur dahhh. Jemputler ke sana weh. Tapi kalau nak usha2 lagi, korang boleh melawat website depa dulu kat sini . Semua info macam menu, harga, peta dan nombor untuk dihubungi pun ada. Review para bloggers pun ado kecuali aku. Pasal aku yang paaaliinngggg last update. Dah berabad pon. ahahahhaha... jaga perangai weh. Baiklah. Dah tertunai janji aku...alhamdulillah!