GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Thursday, May 30, 2013

Lagu Dalam Kepala

Tajuk adalah terjemahan langsung dari Bahasa Inggeris. Maksudnya lagu yang bermain di minda untuk sekian waktu. Biasanya sebab kita minat sangat kat lagu tersebut atau memula kita tak kesah pun tapi hari2 dok putaq kat radio jadi dah lekat pulak kat otak kita. Kadang-kadang lagu tu taklaa 'catchy' dan sedap mana tapi kalo dok main hari2 kat radio dah jadi sedap laaa plaks kan? Lagu dalam minda neh kalau bagi aku, dia 'start' masa aku dalam 'crowd' atau ramai2 di tempat awam. Kadang2 kat restoran pun boleh jadi. Tak semestinya lagu 'peberet' aku tapi tetiba jer tahapahapa lagu mai enterprame.. Isskkhhh! Peringatan untuk korang; jika berada dalam situasi ini sila pilih lagu besh2..hahhahaah
Persembahan pelajar pada Hari Guru yang lepas..

Wednesday, May 29, 2013

Cepat Jemu

Baru balik dari jumpa sifu buat website pakai wordpress. Sungguh teknikal. Adeehhhh.. Bila agak2nya boleh siap neh. Aku kalo mengadap mender teknikal lelama jadi jemu juga. Macam bebudak; short attention span. Aku cuba gaks fikir setakat ini baper banyak keja jer aku siapkan sampai akhir (kecuali keja sekolahlaa. Giler kalo tak siap kooo). Ada siket2..huhu. Ubat dan penawar apa agaknya sesuai untuk sindrom cepat jemu neh? Aku tabik spring pada korang yang sangat fokus buat 1-1 kerja. Syabas!

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 28, 2013

Entri Kesiangan

     Hoh! Dah jam 4 petang rupanya. Blog belum berhapdet. Nak tulis pasal apa? Macam biasa dok tertanya2 gaks apa mau taip.

     Ohoh! Dah nak dekat jam 5 petang. Kejap lagi korang yang keja kat opis dah nak balik kan? Memang tak sempat nak baca post ini hari ini. Jadi baca esok saja. Dah jadi basi. Gasaklah. Yang penting ada juga updet. Lagipun post ini kesiangan kerana membuat tugasan. Tugasan delayed yang orang lain dah siap buat tapi aku baru terhegeh2. Macam biasa...

 Erh! Dok baca entri ini lagi? Bila kome nak balik weh? Lagipun takder gambo neh. Nak tengok apa?

Monday, May 27, 2013

Idea

     Kelembaban atau ketidak'update'kan blog adalah disebabkan beberapa isu. Yang biasa adalah ketandusan idea. Ini adalah yang paling popular dan biasa. Hari-hari asyik menulis/menaip ajer, sampai 1 tahap; rasa dah takder apa lagi untuk dicoretkan. Kalau ada pun, mender yang sama ajer. Lainlah kalau blogger retis. Dok merapu meraban apa pun orang tetap baca. Blogger retis plaks kalau takder catatan hari tu, siaplah kena sound dengan pembaca.

     Ada juga isu tak updet sebab banyak sangat idea. Tak tau nak tulis yang mana dulu. Mungkin terlampau banyak 'events' yang dihadiri sampai tak tahu yang mana adalah keutamaan.

     Korang pun biasa hadapi situasi kan? Tapi yang bestnyer korang tetap gaks menghapdet. Aku? Mana satu agaknya alasan aku? Errr... rahsia...ahaks!!

Alangkah nyamannya kalau dapat makan minum macam neh lagi.. Santai2 minum petang sambil dengar muzik...lalalla 

Wednesday, May 15, 2013

Bagai Pelangi Petang

Saja nak kongsikan fenomena pelangi masa balik dari sekolah 2-3 hari lepas. Lupa plaks nak share terus di fb. Walau kabur sikit tapi bentuknya nampak kan? Lokasinya sebaik sahaja aku exit Jalan Banting- Klang masuk ke KESAS. Sekarang musim panas melampau. Kita dinasihatkan jangan berada lama di bawah terik mentari. Pitam weh. Pastu jadi 10 tahun tua. Tanak kan? Kih3...

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 8, 2013

Mari Minum Sunti Drink

Haiya! Ada aktiviti kokurikulum neh. Sampai awal di sekolah walaupun sudah lewat dari sepatutnya. Teringat plaks kat kelazatan Sunti Drink. Khasiat minuman Cappucino ini? Bergantung kepada individu. Isteri Ketua Kerani sekolah aku rasa kenyang bila minum Sunti Drink neh so beliau boleh dietlah. Korang tanak rasa?



Secawan Sunti Drink panas sungguh menyegarkan..

posted from Bloggeroid

Friday, May 3, 2013

Mari Mengundi

Tak lama lagi. Lusa adalah harinya. Ini kali kedua bagi aku. Bukan kerana aku masih muda belia sangat tapi masa memula aku cukup umur mengundi, kena bertugas sebagai kerani SPR yu! Keluar umah pagi2 dan balik jam 8 malam. Serik sungguh. Masa tu plaks baru kawin so Abe Zam dah tak bagi lagi lepas ni. Baiklah kita g ngundi dan boleh balik terus lepas tu. Tak payah pikir2 sangat dan badan serta minda jadi penat. Bayaran? Dapat seratus lebih. KTM iaitu ketua tempat mengundi dapat tiga ratus lebih tapi depa kena keluar sebelum Subuh dan balik tatau jam berapa. Fuh!




Undi adalah rahsiaaa...

posted from Bloggeroid