GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Wednesday, December 11, 2013

Beli Buku di Big Bad Wolf 2013

     Waaa... dah dua bulan tak hapdet. Lepas ni tah2 makan tahun...huhhuu

     Baiklah, kembali kepada tajuk. Pesta Buku Big Bad Wolf kembali lagi. Tahun ini merupakan tahun kedua kami menjejakkan kaki ke sini. Rasanya akan menjadi acara tahunan untuk kami sekeluarga.

     Ingatkan dah takder rejeki nak sampai sini kerana Abe Saye asyik keja. Malam tadi saja2 cuba nasib tanya dan alhamdulillah beliau sudi nak g. Alhamdulillah.

     Mula-mula sampai, terjah sini dulu...


Tengok tu. Punya ramai umat. Masa balik tadi dalam kul 2 pagi pengunjung tetap tak berkurang. Purata harga buku dan novel di sini adalah RM5 - RM8..

     Sudah lenguh sekali 'round' pusing tawaf dan sebagainya, kami beli ini...


Imran Zamir dan Iffah Zukrina punya. Kongsi2lah yea?


Aku @Mama punya. Sekian banyak fiksyen moden dan 'chic lit', genre 'literature' juga yang menarik minat aku. Tak ramai yang dok kerumun bahagian ini yang tempatnya tepi dinding pintu masuk. Selesa laa nak cari; tak bersesak dengan orang. Novel karya blogger Zara Aluwi pun ado. Anak beliau Mohd. Zaid dan Uzair Othman pun blogger gaks.


Buku kanak-kanak yang mempunyai 'sentimental value' untuk Abah. RM1 jer?

     Dah separuh 'rondaan' kami, terjumpa geng blogger yang memang nak datang waktu yang sama ngan kami..


Dr. Faizie pemilik 'Macam Macam Ada'. 'Luggage' tu kompom penuh ngan buku2 fotografi dan buku masakan nanti...ahahahaha


     8 buah buku dan 1 majalah berharga RM60. Tak boleh nak 'spend' banyak2 sangat oiii. Sekolah dah nak bukak. Parking plaks RM5. Mahal kan? Tapi sebab Abe Saye malas nak beratur panjang masuk parking dalam dan kena naik tangga lepas tu jadi ikutkan ajer. Memang dekat ajer jalan dah sampai pintu masuk. 

     Dah puas hati jejak kaki kat sini tahun 2013. Memang tahun ini lebih banyak pilihan berbanding tahun lepas. Kalau yang 'gila' beli buku masakan tu memang rasa kat syurga sangatlaa pasal memang macam2 buku masakan ada. Kaunter pembayaran pun banyak dan pantas jer kakitangan BBW bertindak. Seronok gaks tengok orang lain pikul 2-3 kotak buku sorang. Banyak duit depa nooo? Terserempak gaks ngan Datin Suliza Salam tadi. Bawa mak beliau yang berkerusi roda. Hebatlah, makcik! Rajin membaca. Siap ada pembantu Bangla/India lagi...

     BBW 2013 masih berbaki beberapa hari. Hari terakhir adalah 15 Disember. Buka 24 jam sehari tapi hari terakhir tu tutup jam 9 malam kalau tak silap. Mohler kome...

p/s: Minggu depan Pesta Buku Antarabangsa plaks tapi aku tak p dah. Banyak betul 'events' yang menarik akhir tahun. Duit pun nak kena ada seguni baru best nak join semua....