GENG2 SETIA

Tuesday, March 20, 2012

Menonton 'The Comedy of Errors'

     Menontonnya dah lama tapi baru sempat rajin nak hapdet. Teater ini merupakan projek pelajar  Diploma Seni Lakon dan Pengurusan Seni, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UITM Shah Alam.

Bacerler sinopsis kat sini.

     Karya William Shakespeare neh macam biasa berpusing berbelit citer dier. Aku yang belajo siket2 neh pon slalu bingung2 masa belajar dulu. Jadinya, aku memang respeklah kat pensyarah depa ini iaitu Encik Fasyali Fadzly yang berjaya memahamkan aku dan khalayak dengan menterjemahkannya dalam Bahasa Malaysia. Bila mula2 dengar dialog pelakon2 tuh, rasa kelakar sungguh. Yerler, nama pon teater komedi kan? kuikuikuikui....meh aku kongsikan sedikit ulasannya...

1. Pemilihan pelakon - baik. watak si kembar memang sesuai diberi kepada kedua2 pelakon tersebut. nanti korang checkler nama depa kat fb neh. sorang nampak mcm si Ezendy (watak 'Bokbong' dalam 'Budak Kelantan') dan lagi sorang macam Along Cam Raja Lawak... meh tengok btui ker tak...

Watak 'hooker' yg vaa vaa voom the vast!!

Punyalaa besaq rantai mas...

 Orang ker unta neh? kehkehkeh...


2. Props dan 'costumes' - pakaian depa semua neh memang menarik. tampal sana, mixed sini. budaya tempatan campo budaya asal citer ini. budaya omputihlaaa kan? 2 unsur kelainan yang paling menarik adalah barongan yang dipakai atas kepala seperti mahkota ker tiara tuh. Pastuh, tanda '?' dan '!' di kiri dan kanan pinggang para pelakon. Akan diangkat untuk 'nada' yang bersesuaian... memang kreatif sungguh...

3. Pentas - susun atur dan penggunaan 'props' yang kemas. Pengunaan blok2 beroda yang boleh ditolak ke sana ke mari untuk pertukaran babak sangat praktikal. Pelakon yang menunggu babak mereka pula tidak ke belakang pentas sebaliknya duduk di sekelilingnya. Ala, macam dalam 'Spontan' tuh.

Blok beroda tuh kat belakang depa neh...

     Masa aku menyembang ngan seorang lagi pensyarah depa iaitu Puan Ummi, aku dapat tau yang depa neh memang 'raw' punya bakat. Tak penah g Istana Budaya, tak penah nonton teater, tak penah ada pengalaman berlakon kat memana pon. Tapi, lakonan memang mantap bagi newbies laaa.. Tak pakai 'mic' pon tapi suara depa memang jelas.

4. Teknikal - ada sikit kelemahan pada permulaan iaitu 'setting' lampu tapi dapat di'kaver' oleh pelakon2nya. Harap pada masa hadapan masalah ini tidak berulang memandangkan pementasan itu ditonton pada malam kedua.

     Ohkey, secara keseluruhannya aku bagi 4 (5 sebagai markah penuh) bintang untuk teater ini. Layak juga mendapat 'standing ovation' dari aku. Betul2 aku tepuk sambil berdiri masa depa semua neh kuar semula untuk diperkenalkan di pentas. Aku harap depa neh semua meneruskan kerjaya dalam bidang teater dan perfileman pada masa depan pasal idea dan bakat depa neh tak patut disia-siakan.

Jumpa retis plaks sebelum masuk...

Si tukang pomot sampai masuk TV1, TV2 n TV3 dan juga suratkhabar... err, ader masuk kat lain lagik? tqvm 4 the hospitality, wahai Dik Dinni...

Pameran kat luar yang cantik sungguh...

Wednesday, March 14, 2012

Apakan Daya...

     Banyaakkk gegambo nak 'upload' kat FB dan nak tempek sini. Tapi, apakan daya... 'card reader' bebudak neh rosak plaks...huhhhuh. 'Laptop' yang dipakai ini pulaks dari zaman almarhum lagik so tader slot untuk memory card....huhuhhuhuh...
      Begitupun, tetap gembira tengok gambo ini...

Sehari selepas aktiviti sarapan bersama penulis. Inilah penulis2 yang dimaksudkan bersama Tok Guru...sejuk tak mata tengok?

Saturday, March 10, 2012

Balik Kampung

     Esok, lepas Abang Imran balik dari tutorial Smart Reader, insyaallah; kitorang akan berangkat balik kampung. 

     Balik kampung? 'Gateaway' dari segala rutin dan tekanan di bandar. Balik kampung tak stress? Hala balik sana, rasanya ok. Hala balik sini minggu depan? Ohkey, tanak pikir. Stress......ahahahahh

     Plan nak wat aper? Rasanya2:-

1. Sarapan bersama penulis? Saper? Hanis Azla? ehehehhe... nantiler aku hapdet.

2. Menghadiri kenduri kawan-kawan. Setakat ini, ada 3 jemputan. 1 di Bukit Bunga, Tanah Merah. 2 lagi di Jerteh atau Besut, Terengganu.

3. Sembang puas2 ngan kakak, abang ipar dan anak2 buah.

4. Acara makan2 anak beranak. Mungkin g beli ikan talapia murah dan bako...waw!!

5. Ganti posa. Agak2 bolehkah? ...hihihihi

Yang paling 'best'....

6. Tanda kertas peksa....huhuhuhuuh

Chaiyok2 utk diri aku... untuk korang, teruskan keja nooo? Melainkan korang amek cuti tahunan bawak anak/cucu jalan2....

 Per2 hal pon, jangan lupa nak sonyum yor?
 

Wednesday, March 7, 2012

Terharu...

     Abang Imran Zamir memang suka melukis. Dia juga suka mewarna. Tak pelik kan? Budak2 seusia dia memang suka aktiviti2 yang telah disebutkan. 
     Tuan umah yang lama ada tinggalkan papan putih besar yang kalau aku n Abah dier nak beli, memang tak mampu. Papan putih itu Abah amek dan sandarkan pada kenangan dinding ruang tamu. Pada papan putih itulah A.I conteng monteng ngan pelbagai lukisan orang lidi dier. Kebanyakannya berinspirasi dari 'online game' Barbie yang dia suka sangat2. Ya, Barbie. Namanya orang lelaki. Semestinya menyukai wanita cantik kan? Itulah dianya...
      Sebelum keluar ke klinik tadi, terpandang 'henbeg' Adik Iffah Zukrina macam neh....

'Sticker' tuh Abg Imran dapat masa g 'open day' Global Art Kemuning Utama. Alhamdulillah! Akhirnya ada 'art centre' dibuka berhampiran umah aku.. Abah dier ckp, masa aku dok mandi n siap2, Abg Imran tanya Abah ejaan nama Adik yang betul. Inilah hasilnya. Siap olah2 lagik. Kalo korang perasanlah.

   Hasil kerja Abang. Berdimensi 2D jadi perlu lebih pemurnian.

   Lagi 1 hasil kerja Abang dengan bantuan pengetua dan itulah 'sticker'nya.

     Global Art adalah sebuah syarikat tempatan yang sedang berkembang pesat. Pengasasnya adalah Mahair Goh. Maklumat lanjut korang g gugel atau add FB HQ dan kalo korang dok sekitar Shah Alam, boleh add FB Global Art Kemuning Utama neh.

     Abang Imran sudah mendaftar untuk kelas bulan April. Setiap Sabtu, 2 jam. Yuran sebulan adalah RM100. Promosi pendaftaran 'burung awal' kitorang dapat RM370 dari RM430. Tapi, apa2 promosi terpulang kepada 'centre' tersebut. Means, maybe lain 'centre', lain promosi. Itu yang aku fahamlah. Pelan pembayaran korang bole pilih gaks. Pakej pon macam tuh.

'Principals' of the centre. Michael n Anna with Michael's mom.

     Pendapat aku, selain anta anak ke kelas tambahan bagi mata pelajaran, elok juga kita cungkil dan asah bakat anak. Dorong dan sokong minat depa Biasanya depa memang suka mender2 'arts' neh. Insyaallah, pelaburan semer neh. Biorler aku pakai tudung ayam patah, pakai baju rega RM12 pon asal aku dan Abah depa bole bagi 'sesuatu' kat anak2 kitorang...

Adik Iffah makes friend so fast...

Nama syarikat pon dah mendalam kan?

Ohkey, aku suker sesangat gambo neh. Baru perasan gambo kat 'henbeg' Adik tuh... sesuai sungguh..

 

Tuesday, March 6, 2012

Projek 100 Bloggers

     Blogger retis nan seorang neh nak 'all-out' 1 projek yang menarik bagi aku. Syarat2nya ada kat sinik. Kalo nak diikutkan, memang banyak syarat yang aku tak layak tapi berpegang kepada prinsip 'belum cuba, belum tau' dan keazaman, minat serta komitmen yang tinggi, aku nak cuba. Dalam kelas pon dok selalu motivasikan budak2 kelas belakang tuh sampai depa bersemangat sungguh belajo English, kenapa tidak aku sendiri yang 'walk the talk' kan? Chaiyok2 kepada diri aku sendiriii!!!

     Korang? Takkan tak rasa tercabar kots? Mohler kita jadikan minat kita di alam maya ini sebagai satu jalan untuk meng'upgrade' diri sendiri.... jadikan ianya berhasil, bermakna dan bukan sia2...

 Iniler buktinyer yang beliau neh blogger retis. Dier takder, majlis tarak jalan owh....kuikuikuikuikui..

Nak Menonton Cinta Kura-kura Lagik

     3 minggu selepas preview, citer nan satu ini sudah keluar kat panggung.

 
     Sampailah masanya aku nak menunaikan janjiku untuk membawa suami dan anak2ku plaks menonton filem ini. Sinopsis? Korang g gugle ah kat blog/site lain....bole gitu? keh3....

     My personal review? Bagi aku, citer neh diakui ada banyak 'benda'... antara benda2nya adalah...

1.Banyak 'literary element' dimasukkan seperti metafora, simbol dan mesej. Ton dan mood plaks ada gembira, beremosi, sedih dan sayu. Isu-isu semasa, permasalahan/dilemma remaja, hubungan kekeluargaan, perasaan cinta yang tak kesampaian, salah faham dan kenaifan turut diselitkan.

2. Sarat juga dengan 'punch line' yang menggelikan usus. Boleh dikatakan 80% 'keadaan' kitorang dok gelak ajer. Tapi, ada juga lawak 'dable meaning' yang aku harap anak aku tak tanya bila kitorang g tgk nanti...*-* sigh!

3. Pemilihan pelakon? Tiz Zaqyah memang memberikan lakonan yang agak berkesan tapi memang takleh nak lawan lakonan Mak Udalah.. she's so natural yet still vogue.. Victoria Secret....ahahahahha.. Tapi, agak kecewa ngan lakonan Bob AF yang kaku. Aku lebih suka tengok lakonan beliau dalam Tipah Vaa Vaa Voom.. harap Bob boleh mantapkan lagi lakonan beliau pada masa depan. Watak Fizz Fairuz pon bole tahan ngan imej nampak baik tapi dalam hati ALLAH ajer yang tau. Mamat 'Harrier' putih yang suka lagu dangdut memang kelakao abeh. Watak2 lain yang memang meninggalkan kesan adalah Harun Salim Bachik, Tauke Raja Lawak dan Munir. Sayangnya, dialog Munir agak terhad... masyarakat majmuk sungguh...hihihiih

4. Aku juga sangat suka permulaan dan pengakhiran citer ini. Memang 'clean wrap'. Bermaksud, babak pertama bermula di situ dan berakhir di tempat yang sama gaks. Kiranya dapat mewujudkan rasa puas hati dalam kalangan penonton gitu. Bolehlaa nak kata yang kelemahan kecil2an tuh ditutup dengan kemas oleh Nizam Zakaria.

5. Menarik juga apabila Norman menerangkan sebab tajuk 'Cinta Kura-Kura' ini dipilih. Sebab, ianya adalah kisah tauladan/cerita kanak2 yang sungguh popular semasa kecil iaitu 'Sang Arnab dan Kura2'. Pengajaran dari cerita tersebut memang sudah dimaklumi oleh kebanyakan khalayak. Justeru, filem ini digarap dengan lebih halus dan teliti untuk menyampaikan mesej yang banyak dilupai oleh kita pada masa sekarang. Apakah mesej yang utama itu? Mungkin korang boleh hayati lirik 'Aishiteru'.

Jadi... moh kiter... opsss! Masa sesi bertemu media selepas preview itu, aku dah memberi rating 4.5/5 kepada CKK ini... korang plaks?
 

Saturday, March 3, 2012

Yeh..Yeh..Dapat Beg Tangan Sachs!!

     Alhamdulillah! Sekali lagi dikurniai rejeki oleh YANG MAHA ESA. Seperti biasa, selepas masuk apa2 peraduan dalam talian mahupun luar talian, aku tanak mengharap sangat takot2 terkuciwa kan? So, kali ini sama seperti 'contest' dari 'umah' Kid, aku 'dipantun' terlebih dahulu oleh tuan punya blog meminta aku 'claim' hadiah kemenangan. Entri kemenangan tersebut korang bole baca kat sinik..

     Pada kesempatan ini, aku nak ngucapkan Trimas Ribu Riban untuk jejuri peraduan tersebut termasuk tuan 'umah' tuh sekali kerana memilih entri aku.

     Esok, insyaallah... hadiah tersebut akan disampaikan oleh penganjur. Cemana agaknya rupa henbeg itu yer?

Beginikah?

Atau bagamanakah? Tengokler lelain kat sinik... aperpon, tunggu ajer esok..kan3?


p/s: esok  jumpa di PKT Logistics Shah Alam yea? Atau di Dewan Jubli Perak, Seksyen 5...

Wednesday, February 29, 2012

Buku Sana Sini

     Aku suka buku. Aku suka beli buku. Pantang nampak buku yang aku rasa best, pasti aku beli. Itupun kalau masa tuh dah gaji. Kalau tidak, aku hanya mampu gigit kuku ajer.
     Dalam bilik Abang Imran Zamir, memang aku mintak Abah ae belikan rak buku yang kaler hitam tuh. Untuk apa? Supaya aku boleh letakkan koleksi buku2 yang aku ada. Genre ader macam2. Ada juga buku2 teks yang susah benau nak diperolehi; hanya boleh dibeli semasa aku belajo ajer...
     Sekarang neh, ada 5 buah buku yang aku cuba nak habiskan baca. Opsss.. kat rak buku tuh belum semua aku khatam. Persoalan tentang bila nak kasi khatam tuh, biarlah ALLAH yang menentukan yer dak? Moh tengok 5 'sekawan' itu...


1. Mydin: Di sebalik Tabir ( editor tidak perasankah apa yang aku nampak tuh? ) berharga rm12.90 ajer. Beli kat Mydin Sri Muda neh. Banyak gambo2 dari mula penubuhan pasar raya Mydin hingga sekarang. Kisah berinspirasi.

2. Dewa Cintaku - cenderahati dari 'goodie' bag masa g 'pc' Pilih Kasih 3 arituh. A good story tapi gaya bahasa,aspek teknikal n pembacaan pruf agak lemah.

3. Kedua2 karya Pramoedya Ananta Toer - buku paling murah harganya jika nak dibanding dengan kualitasnya. Sebuah berharga RM5 sahaja. Dibeli di Pekan Frinjan ke-27.

4. Soal-jawab..... dibeli ekoran soalan2 pukulan maut  dari puteraku ini. Nanti puteri plaks yang dah laju cakapnya, ntah apa lagik soalan nak diduga kat mamanya neh...hihihihi.. aku rasa setiap ibu bapa harus ader/baca buku neh....

     Ohkey, chaiyok2 Roshidayu Che Mat!!! keh3...

Tabung Yang Tak Penuh2