GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Saturday, May 30, 2015

Makan di U-Cafe Wangsa Walk

Dah lama tak dapat jemputan 'food review'. Alhamdulillah kali ni Jamar Bahar jemput untuk merasa hidangan di U-Cafe Wangsa Walk, Wangsa Maju. Terima kasih, bro. Tentu korang tau tempat ni kan?

Nak cari lokasi kafe ni tak susah. Korang masuk ikut pintu utama Wangsa Walk terus nampak tempatnya kat depan ni. Dua tingkat lagi. Kat atas korang boleh pilih nak makan 'indoor' yg berhawa dingin atau 'outdoor' kalau nak berpanas dan berpeluh sikit.





Pembuka selera iaitu kerabu taugeh. Memang terbuka selera u ols. Minuman plaks macam air pudina asam.




Platter makanan laut. Ada sotong dan udang celup tepung beserta 4 ketul isi ikan salmon. Sesuai gaks untuk 'starter'.






Combo platter. Ada kentang 'fun fries' dan 'wedges', isi ikan bersalut 'jaring' rangup, ikan dori celup tepung dan ayam goreng. Ayamnya aku suka. Berjus dan lembut walau dah lama dihidang. Kompom ayamnya segar.






Lagi satu pembuka selera, salad bersama roti perancis. Atas roti tu ada sambal ikan bilis kering. Memang membangkitkan selera.







Spghetti karbonara dengan kepingan daging. Sosnya agak cair tapi oklah tak muak sangat.







Dua pinggan stik yang tak sama ye? 1 ada campuran lamb shank dan ayam gril. Lagi satu memang lamb shank je. Ok juga rasanya.






Nasi putih dengan ikan talapia goreng rangup dengan sayur acar kobis dan sambal kicap. Nampak 'humble' dan ringkas tapi rasanya kelas pertama! Ikan tu nampak macam masin tapi sebenarnya tidak. Sesuai sungguh gandingannya acar kobis/sayur campur dan kicap tu. Sedap sangat. Ada 'chia seed' kat nasi putih tu.







Nasi putih dengan sayur campur dalam bakul keladi. Pertama kali rasa bakul tu. Ringan je rupanya. Tak berapa suka. Lauknya ayam mentega. Boleh diterima. Tapi sayur kacang botol tumis sambal tu pedas sangat. Pedih lidah. Haha






Udang tumis sambal dengan asparagus. Ku suka gaks. Sedap ratah2 sayur mahal ni. Haha..






Nasi goreng bersama isi ketam dalam daun lotus. Biasa je bagi aku.







Nasi lemak rendang ayam. Tengok kacang tanah dia punya besau. Masa ni perut aku dah tak larat nak terima makanan dah. Sendat oi!. Haha..







Nasi putih dengan kari hijau ayam. Alamak! Kegemaran ni. Sesal kalau tak rasa. Amek sesudu nasi dan lauk. Aduh, sedapnya! Lain kali datang nak pesan ni. Highly recommended! Abe Zam makan separuh.






Mi kari. Besar sungguh mangkuknya. Aku dah tak larat tapi tengok rupa macam sedap. Depa ni dok makan nampak sedap. Karinya pekat dan isi boleh tahan.







Kue teow goreng. Nampak sedap. Sedap kots. Haha..








Nasi lemak paha ayam. Nampak menyelerakan tapi perut dah sendat. Larat tengok je.







Mihun goreng dengan kupang. No komen pasal tak rasa. Dah sendatttt perut!







Menu terakhir. Kegemaran plaks. Tapi memang tak sampai hati nak dera perut lagi. Asam Laksa. Kuah nampak pekat. Lain kali nak pesan ni gaks.



Memang mewah 'food review' kali ini. Itu pun aku tak rasa nasi kukus depa pasal sampai lambat. Kalau tak.. Huhu. Aku nampak nasi kukus ayam berempah tu banyak. Ayam pun agak besar. Bulan puasa ni U-Cafe ada buat buffet Ramadhan dan menu nasi kukus. Harga korang boleh tanya Rachel di nombor 019-3133668. Nak tempah untuk sambutan hari jadi atau apa-apa jamuan pun boleh. Ikut tema pun depa layankan. Yang penting hubungi Rachel tu tau?





Yang pompuan tu Rachel takkan yang lelaki tu plaks kan? Nick ke nama dia tu. Aku lupa.. Huhu

Apalagi korang? Jomlah terjah. Ini baru tunjuk makanan. Belum minumannya yang ada macam-macam jenis dan banyak pilihan.. Kat FB 'like' page depa U-Cafe Wangsa Walk...

posted from Bloggeroid

14 comments:

makchaq said...

Untung dapat jemputan review makanan..
Nampak macam masakan malaysia & international..
Tapi kami ni bukan jenih orang JJMC... klu makan kat luar pun sekitar2 rumah ja...

aizamia3 said...

Deco atas pinggan tu menarik perhatian.. ;) ai is suka..

Ibu n Abah said...

Aduhai lihat menu sedap yer
Boleh masuk semua itu Ayu?
Byk betul kena review...

Yana Yani said...

blog walking n done follow sini #373
salam aidilfitri dari saya Yana Yani

Bonde Zaidalifah said...

wahhh sedapnye makanan dihidangkan....

Bonde Zaidalifah said...

done follow kak Ayu 374 :)

Isaac Tan said...

wow, enaknya... sebelum ni i tinggal kat wangsa maju, tapi x pernah pulak cuba yang ni.

YatieOwner said...

bestnya dapat jemputan food review macam ni kan. sesambil dapat makan free. hehe.
thanks singgah FB PG! :)

Yanieyusuf.com said...

Amboi sedapppnya... terliur Yanie tau...hihi


www.yanieyusuf.com

Unknown said...

sedapnyaa tengokkk
KULIT LEMBUT, GEBU DAN CERAH DENGAN ESP

Kisah Cikgu ieta said...

Haish terliur akak dengan makanan itu semua. Lepas ni boleh cuba la. Dekat je dengan rumah akak ni ha. Tq Roshi. Suka dengan review ini. Telus dan tulus. Terbaik Roshi.

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Unknown said...

Karbonara tu yang buat tak tahan nengokk.. habis diet..

rintzpalil said...

Amboi.... meriahnya menu. tak tahan tengok.