GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Thursday, December 20, 2012

Fear Factor House Challenge 2012

     Rupa-rupanya dah lama aku tak 'update' yea? Pasal banyak cerita sangat kots..kahkahkah...

   Gigih sungguh aku balik dari kampung hari Jumaat kerana hari Sabtu ada 'event' yang aku sendiri macam tak sangka terpilih. Korang boleh rujuk kat sini untuk baca entrinya. Alhamdulillah.

     Sabtu, 15/12/2012. Fear Factor Selebriti Malaysia dah buat 'roadshow' dan Sunway Pyramid, Bandar Sunway menjadi 'garis' permulaannya. Terus terang aku tulis, memang aku tak tahu-menahu langsung pasal FFSM. Bila dah sampai ke 'Zon Ketakutan' neh, barulah terang dan jelas semuanya. Rupanya ada sesi orang awam juga. Sesi 'bloggers' bermula jam 11 pagi dan berakhir lebih kurang sejam setengah berikutnya.

 Aksi selepas pendaftaran. Baju tuh kalo aku pakai macam 'pembalut' nangka so nak elakkan cacing, ikan, ulat pumpun dan ular sawa tuh semer mati tokojut, baik aku wat 'topeng' ajer.

Korang agak ada ulo beso dan ganas macam neh tak kat dalam tuh?

     Lepas taklimat gedebuk gedebak, sesi bergambar reramailah apa lagi kan? Baru sesi pertama neh.

 Takot tak korang tengok muka aku tuh?

     Ada 4 cabaran semuanya. Tapi kena lepas yang memula neh baru boleh teruskan.

 Cari 3 biji guli dalam tanah liat yang ada cacing. Ok jer hakak. Orang kampung kan? Pacat lintah semer no hal. Cacing apertah lagi. Buat umpan mancing ikan keli/puyu jer dulu. Anne dan Darren, korang jangan naik heran sampai tertelan cawan tuh udah yea...

     Alhamdulillah, berjaya! Seterusnya tadak gambo pasal kena masuk bilik gelap. Ada Cik Abe aku snap kat tv depa tapi tak jelas sangat. Korang boleh tengok dalam album kat FB aku.

Cabaran-cabaran lain:
2. Tangkap 5 ekor katak dan pindahkan ke dalam kotak bersebelahannya. - pertama kali aku pegang katak yang aku takut bebeno sebelum neh; katak pisang! Kesian pulak aku tengok katak2 tuh semer berkumpul kat sisi kotak dek kerana lari dari tangan2 manusia. Akak minta maaf sesangat yea, adik2 katak? Tangkap 'amfibia' neh kena genggam kuat2. Kang terlopeh..

3. Cari 3 bendera Fear Factor dalam lubang2 kecil dalam gelap - aiseh! Banyak plaks lubangnya tapi alhamdulillah dah last2 baru dapat. Depa letak cicak dan ular getah...'takuuutttnyerrr'.

4. Cari kunci yang ada lambang Fear Factor dalam sangkar ular sawa untuk buka kunci keluar bilik gelap - gua gagal kat sinilaaa pasal gua tengok 6 ekor ular sawa tuh semer dah gelisah dok merayap sana sini. Gua cuba nak alihkan dengan pegang ekor tapi bila salah sekor tuh terkejut, aku tanak kacau lagih. 

     Keseluruhannya, aku memang takut dengan masa lah pasal tempoh yang diberikan cuma 1 minit... gila gabra kan?

     Paling besh aku dapat jumpa kawan2 bloggers macam...

 Penaberkala @ Khairul Anuar. 4 tahun kenal di alam maya, baru kali ini bersua tuannya. Mau tak gembira kan?

Amir Nawawi pon dah lama dok komen- mengkomen ajer. Baru jumpa depan2 neh. Ada Madi yang ceria sokmo. Eyriqazz pon tak ketinggalan.

     Keputusan pon diumumkan. Korang g ah baca link tuh semer. Memang ada pemenang2nya mode:jeles . Tapi sebenarnya lepas tuh 'si johan' nak belanja2 kitorang semer. Alhamdulillah! Rejeki yang tak disangka neh. Terima kasih, yea Dik Kifli. Murah rejeki anda. Amin3..

Sebelum g nyam2, sempat lagi berposing. Shahroll turut cuba nasib edisi orang awam. Ada Tian Chad juga.

Ado lagi pose sebelum g makan. 'grup photo' kedua iaitu bersama selebriti. korang cari ah saper...hihhii

Makan kat 'Laksa Shack' pasal tempat lain penuh. Dua dari kiri adalah Hans. Yang baju ijau 3 dari kanan tuh Hanifi, kawan si Nuar. Tqvm tolong snap2 gambar untuk akak yea?

'Pose' nak mendapat rotan dari aku. Siap korang!..ehehehh...Paling kiri ialah Byrawlins dan kawan beliau, Jae. Sebelah Kifli plaks Hidayat selaku pemandu pelancong kami..heheh..

Cenderahati. Tqvm Astro dan Nuffnang!

Mohler tonton. Tak lama lagi tuh. Add FB depa noo?

 

Tuesday, December 18, 2012

Abang Ensem 'Memang' Tampan

     Aku tau korang nanti2kan pengalaman aku masa pegang katak, ular tuh semer kan? Sabo2.. kasi aku 'cool down' dulu. Belum citer 'shooting' video ngan Lisa Surihani tuh kan?..err....ehehhehe

     Marilah kita memberi perhatian kepada seorang 'jejaka' yang tak berapa nak tampan ini. Walaupun aku rasa beliau tak berapa nak  layak digelar  jejaka mahupun tampan; ada juga cermin sisi lain yang menyebabkan beliau 'perlu' digelar sedemikian rupa...

1. Gambar terbaru beliau dalam 'header' di 'umah'...

Sungguh jelas dan nyata 'ketampanan' beliau kan? Ini termasuk warna baju yang seragam dengan tulisan dalam 'header' tersebut. Sila jangan marah aku jika korang dah tak dapat 'tengok' pose beliau macam neh lagi bila korang wat kunjungan terkini. 

2. ..... beliau..errr... *rasa macam ada angin dalam perut ngah bergelora*... AMARAN KERAS: Jangan sangka aku 'peknen' atau nak 'terbuang' plaks...hehehhe... memulas2 plaks perut neh. Mintak permisi, nak ke tandas japs... 'hebat' sungguh penangan AE neh sampai nak terkeluar seluruh isi perut aku....blblblblrrrr...


     Adeh! Aku malas nak berbebelan lelama. Kalo korang nak melihat sendiri betapa 'tampan'nya cik abe kito sore neh, aku kongsikan cemana caranya...


Tajuk : Mini Seminar Sembang Subsale Bersama Abang Ensem

Tarikh : 5 Januari 2013 (Sabtu)

Lokasi : PKNS BizPoint Seksyen 7 Shah Alam (belakang Gedung Kain Jakel)

Yuran Penyertaan : RM88 sahaja (terhad kepada 25 orang sahaja)

Aturcara Program :

8.30 – 9.00 pagi : Pendaftaran
9.00 – 9.30 pagi : Apa itu Pelaburan Hartanah
9.30 – 11.00 pagi : Tips-tips mendapatkan Rumah Below Market & Prosedur Pembelian Rumah Subsale
11.00 – 11.30 pagi : Tips Mudah Lulus Pinjaman
11.30 – 11.50 pagi : Tea Break
11.50 – 1.00 petang : Slot bersama Peguam

Bagaimana Untuk Mendaftar :

Kirimkan e-mel anda di bawah tajuk “Mini Seminar AE” beserta butiran berikut ke seminarae2011@gmail.com :

  1. Nama :

  2. Alamat :

  3. No. telefon bombit :

     

     Saja jeks beliau letak 25 orang tuh. Hakikatnya kalau korang adalah awek cun atau ada adik, kakak, anak buah hatta anak dara, kompom nombor kat depan tuh boleh berubah. Bapa awek gua tak pasti...ehehhehe.. 

    Insyaallah, jumpa di sana yea?






Wednesday, December 12, 2012

Jumpa di Sana


Alhamdulillah! Antara 30 orang itu. Boleh rujuk di dua entri sebelum ini. Saper lagi terpilih? Jumpa kat sana...

Thursday, December 6, 2012

Salina

Aku dah mula baca tapi tatau biler nak abeh. Korang dah baca? Apa ulasan korang?

Tuesday, December 4, 2012

Baca-baca Kat PRTUSA

     Pagi tadi bukak blog, komen ada tiga. Baru sat2 tadi bukak, wah, dah 16! Tokojut den... pollower pon bertambah. Alhamdulillah! Tengggsss yea korang sudi jadikan aku kawan korang. Terharu sangat....
     Kemain komen korang semer yea? Mentang2 cuti sekolah; tau2 jer aku simpan dalam stor kejap kegarangan aku. Yerler tuh garang.... Sesungguhnyer komen2 tuh semer kasi gua tersenyum lebau. Tahap gelak sorang2 pon ado sampai Imran Zamir pon pelik...eheheh
     'Tugasan2' yang aku senaraikan semalam kasi peram dulu eh. Bior jadi tapai bole makan masa raya Krismas...kah3
     Ekoran 'terpikat' dengan 'kejelitaan' Perpustakaan Raja Tun Uda masa g kursus penulisan tuh, maka semalam aku hangkut semer bebudak yang ada kat umah neh; 2 orang anak aku + 2 orang anak sedara/buah ke Perpustakaan Raja Tun Uda. Ianya terletak di Seksyen 13, Shah Alam. 

   Pandangan masa balik dari kafe/kantin.

     Musim cuti sekolah neh kalau korang mau bawak bebudak ke tempat yang selesa, berfaedah, bersih dan selamat pada kos yang rendah atau mungkin tanpa kos melainkan minyak dan tenaga, siniler tempat yang sesuai. Dari bayi ke orang tua memang sesuai sangat lepak2 sini. Lepak2 berfaedahler...

 Aper2 hal kasi isi 'minyak' dulu.

     Memula masuk memang takkan layan buku dulu. Pasal apa, bahagian kanak-kanak neh memang menarik sangat2. Dah macam taman permainan sampai mak budak pon teruja. Jadi layan golek2 dan kuang lentang dulu...

  Masih sopan..heheh

 Anak gadisku ramah macam biasa..

     Kat sini memang banyak mender best. Korang gugellah kalo nak tau. Antara yang menarik hati aku adalah ini...

 Bole muat 2-3 orang.

For boys..

     Bagus kan? Mendidik secara halus dan praktikal. Rasa2 akan datang lagiks. Moh kiter wat rombongan cik kiah ke sini. Ruang letak kereta pon pree... Baca lanjut kat sini..

 
 

 

Monday, December 3, 2012

Ku Tahu...

     .... yang aku nak kena tulis macam2. Orang tak suruh tapi kena ada rasa tanggungjawab pada blog sendiri. Susah juga nak kena disiplinkan diri dan mood untuk taip 1 entri sehari. Yang penting berusaha!!
     Nak mula balik, aku senaraikan apa yang aku rasa nak tulis nanti sebagai panduan supaya tak lupa...

1. Menikmati Cendol Behrang ( kat  blog 'dapo' ).

2. Menikmati menu di Secret Recipe bersama Kak Azian Elias, Darling Pya n Chef Ciju. Babs jumpa depa semer dah updet pada entri lepas tapi yang ini versi fokus kat makanan plaks  ( kat 'dapo' gaks).

3.   Gathering kat umah Pak Ngah Hamzah Al-Lavendari.

4. Pengalaman pertama ke Langkawi ( kalo rajin buat 2-3 siri ).

5. Jelajah Johor 2012.

6. Bengkel/Kursus Penulisan Cerpen Remaja Anjuran Kavyan.

     Harap2 mampu disiapkan nanti walaupun mungkin sudah basi. Korang kompom tak kisah punyo kan3?...ehehehhee 

 
 Tetiba terpikir nak 'memanfaatkan' gambo2 yang orang dok tag2 aku kat pesbuk. Dari dok 'ssebek' tanpa guna, baik aku manipulasikan...errrr...
  
 

Friday, November 30, 2012

Eiii.. Takotnyerrr!!

     Pada suatu hari, ada seorang wartawan datang dan ingin menemuramah aku. Jangan tatau. Walaupun aku bukan blogger retis, ada juga orang nak tau pasal aku. *mode: perasan*

     Tepi kolam sebuah hotel tak terkemuka kami bertemu. Memula depa renung aku tanpa jemu. Aku pon lagi perasan; jiwa tak menentu. Tunggu dan tengok sapa yang tegur dahulu.

     " Ini Puan Akuzle Ayu?" tanya wartawan itu.

     " Ehem.. inilah daku," jawabku malu-malu.
     
     " Ok, saya bla..bla..bla.. dari .... majalah...*****. Boleh kita teruskan?".

     " Sila...silakaaann," macam tak sabar nak jawab soalan pula aku neh.

###

     Wartawan  :Apakah ketakutan anda yang paling hebat?

     Aku            :Apa punya soalan daaa?? Agak-agak apa?

     Wartawan : Errr... tempat tinggi?

     Aku           : Appa daaa tempat tinggi. Tak jadi masalah tuh. Meh nak tunjuk bukti....  

Tengok! Relaks dan santai jer naik kereta kabel kat Langkawi neh. Sila teka lagi.

     Wartawan   : Baiklah..baiklah... tentu puan takut air kan?

     Aku            : Kah3... tak berapa nak betul sangat. Tengok neh.....

 Walaupun tak reti nak berenang macam puteri duyung, jadi mak dugong kejap pon jadilah.

         Aku          : Tak takut air kan? Salah tu...

  Wartawan: Adeiii! Penat main teka-teki macam neh. Tolonglaaahhh cepat jawab!!

     Aku             : Yerler. Gurau sikit pun tak boleh. SAYA TAKUT LAPARRRR!!!

     Wartawan   : Hah?? Biar benarrrr??.. Jadi macam mana rasa takut itu mempengaruhi hidup anda?

     Aku                 : Dey! Tak nampak lagikah? Bila takut lapar, maka saya selalu makan. Bila selalu makan, tengoklah rupa bentuk muka bumi badan saya macam mana? Kesan yang tidak baik iaitu saya obes. 

     Wartawan : Heheh... boleh nampak dengan 'jelas' tuh..          err... soalan seterusnya.. Mengenai Astro’s Fear Factor Malaysia
 siapa artis yang puan minat dan boleh menang?

          Aku          : Saya pilih pasangan Dr. Faiz dan Jehan Miskin. Saya pilih mereka kerana Dr. Faiz sebagai angkasawan kedua negara telah mempunyai pengalaman menjalani latihan menguji ketahanan diri semasa pemilihan angkasawan negara dulu. Jehan Miskin pula memang seorang yang aktif dalam sukan. Tengoklah badan beliau...;-)).. Jadi, kombinasi mereka ini dapat menggugat peserta-peserta lain.

     Wartawan        : Dah macam pengulas sukan dah yea? Baiklah... sebagai penutup, boleh tak puan sebut sesuatu?

     Aku                 : Sebut apa??

     Wartawan :  Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live!

     Aku                 : Bolehhh!!!... bla....blaa....blaaaa...   
        
      ###

Thursday, November 29, 2012

Kenduri ke Jimba

     Lepas puas makan kenduri, buah rambutan dan cendol Behrang, kitorang buat plan tokojut2 plaks. Sementelah Acu pon ado sekali jadi kenapa tidak g jumpa Kak Azian Elias plaks. Nak tunggu aku ke Butik Canggih beliau lambatlaaa lagih...

     Balik anto Abang Imran yang masih dalam pantang berkhatan, Cik Abe dan Adik Iffah, aku dan Acu zooommmm plaks ke SACC Mall. Nak berpot pet ngan Kak Yan kat sana.

Sembang topik apa agaknyer?

Yang penting dapat merasa ini...keh3

Dapat juga berborak ngan Chef Ciju. Masa jumpa kat Tasik Cempaka dulu ala2 memalu kambing lagih. Now udoh bertempuk tampau....kih3

     Kalau udoh 2 bloggers yang selalu jalan2 keliling pusing dunia berjumpa, topik aper lagi diperbincangkan kan? Gua dongar yor... dapat ilmu2 baru...alhamdulillah!! 

     Dari cerah sampai gelap dok beborak. Dalam restoran membawa ke luar plaks. Hebat sungguh. Gegambo makanan dan entri mengenainya aku terfikir nak buat kat 'dapo' aku. Tuh pon kalo rajin..eheheh 
  
     Yang penting semer gembira dapat jumpa semula. Bukan senang nak kumpul sesama begini. Yang penting lagik baper banyak punyer penting daaaa.. TERIMA KASIH BEBANYAK, KAK AZIAN ELIAS KERANA BELANJA N LUANGKAN MASA BERSAMA KAMI... nanti kita bole plan geder2 macam neh lagi...

 Konyang, hepi, syukurrr punya muka...ehehehe

Baca selanjutnya kat entri Kak Yan yang ini...

Monday, November 26, 2012

Ke Kenduri Bro Framestone

     Lepas seminggu baru terhegeh2 nak hapdet...hehehe..ok, no komen.

     17 November 2012 merupakan majlis menyambut menantu iaitu kenduri di umah Bro Framestone. Sekali plaks bersanding adik Bro. Majlis dua dalam satulah neh. Aku ke sana bersama keluarga dan Darling Pya. Beshler ader teman blogger gaks. Err... siapa isteri Bro? Ramai yang dah kenal tapi aku kenalkan juga serba-sedikit mengenai beliau neh. Aku kenai Iera Kan masa gathering bloggers Shah Alam anjuran Shahrul Hairy sedikit masa dulu. So Iera adalah blogger juga. Cukup ah tuh kan? kikikiki....

Ok, simpan sahaja peribahasa itu yea? heheh...

     Perjalanannya taklaa lama sangat. Dalam sejam lebih siket ajer. Dok berborak ngan Acu sedor2 dah sampai. Pusing2 makan buah langsat japs pastuh dah sampai kat dewan tempat berlangsungnya acara makan minum pengantin dan tetamu. Rejeki sungguh kitorang dapat bergambar ngan pengantin. Pasal depa ngah sesiap nak balik umah bergambo kat pelamin plaks.

Yeshhhh!!!

     Lepas pengantin balik...errr.. sebelum tuh dapat berkenalan ngan blogger ala2 tokan events iaitu Yana Yassin. Ternampak dari jauh Boni Kacak. Nak bertegur ngan beliau tapi ramai plaks aweks blogger mengerumuni so gua layan perut sajalah. Ada gaks blogger Melastik Bintang tapi gua tak cam muka beliau. Ramai blogger yang hadir tapi masa kenduri tak cam muka; dah balik dok tgk2 kat FB baru cam siket2...haaaa.. lupa lagik. P.A Bro jangan dilupa iaitu Cik Nurul kito. 

    Pastuh appa lagik, sesi isi perut ah. Meh tengok hidangan....

Masak lemak ikan masin nenas pujaan hati bersama sambal belacan n ulam2an. Speechless! Ada ayam goreng sekali.

Nak makan baper byk pon bole. Gua siap tapau. Pokok kat dopan umah Bro ajer. Banyak sungguh buahnya...

Catatan dari kami. Tengggsss, Acu yg tolong tulih. Tuh bukti dier... Nak tengok lagi gegambo bole tgk kat FB aku nooo?

     Terima kasih, Bro n Iera atas jemputan, makanan n layanan... 


 

Wednesday, November 21, 2012

Jemputan Bloggers Jelajah Johor 2012

     Aku dengan rendah hati nak menjemput rakan2 bloggers yang free pada Disember ini untuk turut serta melawat rakan2 bloggers di selatan. Butirannya adalah seperti berikut:-

TARIKH : 1-2 Disember 2012 (Sabtu dan Ahad)

MASA : 9 pagi

  Bloggers yang akan dilawati : Cik Mat Gebu, Citarasa Rinduan dan Kak Zakie

Aturcara:

8.30 pagi - Berkumpul di Plaza Tol Seremban

9.00 pagi - Bertolak ke kediaman Cik Mat Gebu

12.00 tgh - Dijangka tiba. Makan tengahari.

Aktiviti seterusnya bergantung kepada kelapangan masing2. Kalau nak terus melawat2 Johor bole 'kawtim' ngan Citarasa Rinduan. Penginapan korang kena cari awal2. Nak tito umah CR pon bole so malamnya korang leh gebang2 ngan beliau sampai pagi. Kalau nak lajak ke Kota Singa jangan lupa bawa pasport dan duit berguni. hehhheheheh...

Amacam? 

 Tengok makanan sedap, teringat ketiga2 bloggers neh...

Wednesday, November 14, 2012

Serba Sedikit

     Dah cuti. Best? Boleler... Alhamdulillah! Tapi koje masih ado. Biasalah. Online. Gaji pon jalan. Jadi sila buat keja jangan banyak songeh nooo...
     Sebelum cuti banyak 'events' gaks. Kalo rajin gua cerita. Kalo tak, pepaham lerr.. Jumaat malam. Bertolak ke Langkawi. Hari Isnin, sampai balik ke Shah Alam. Selasa, khatankan Abang Imran. Belum ada majlis pasal bajet dah lari ke Haji Ismail Group kelam-kabut. Insyaallah, ada rejeki nak buat kat kampung bulan 12 nanti.

  Cantik kan?

Friday, November 2, 2012

Terima Kasih

     Keputusan peraduan 'De Palma Cute Baby Muslimah' dah kuar. Adik Iffah tak menang. Johannya dapat 1+++ 'like', kedua 8++, ketiga 6++ dan lelainnya tak kurang 5++ lah. Cemana depa pomot eks?

      Walaupon tak menang, aku nak berterima kasih buat korang semua yang sudi 'like' gambo Adik Iffah neh....

Bole tahan 'like'nya... 


Ini ajer yang aku reti bikin. Yang lagi 35 tuh tak reti dah. Tapi, you guys/girls know who you are kan?

     Terima kasih kerana amek masa japs untuk klik 'like'. Dan untuk yang 'share' juger. Aku sangat menghargainya....  

Tuesday, October 30, 2012

Mana Satu yang Betul?

     Ku nak mintak nasihat/pandangan dari korang yang lebih pakar. Mana satu yang benar neh? Ker bermasalah macam yang dialami oleh beberapa orang blogger sebelum ini? Nak kena anto tiketkah?






 

Sambil Buat Kerja

     Silalah layan coretan pengalaman aku untuk peraduan Perodua. Bukan peraduan sangat kots. Hanya catatan pengalaman pemilik kereta keluaran Perodua. Tanpa hadiah. Pasal tuh tak sesuai nak letak perkataan 'peraduan' tuh kan? Minta maaf ayat berbelit. BM untuk SPM aku adalah C4. Nasib baik... Korang layankan catatan aku ini...

PERODUA MOMENT
 
    Semasa melanjutkan pelajaran, saya berdepan dengan masalah pengangkutan ke kampus. Walaupun saya boleh menumpang rakan sekelas, waktu balik pula menjadi kerumitan bagi saya.

     Setelah berbincang, suami saya memutuskan untuk membeli sebuah kereta kancil terpakai untuk menyelesaikan masalah saya itu.
     Kami menghadapi kekangan kewangan juga pada masa itu kerana saya hanya mendapat gaji separuh yang memaksa kami mengorek saki-baki wang simpanan.

     Alhamdulillah, bayaran pendahuluan sebanyak RM500 dapat dilunaskan sementara ansuran bulanan adalah RM175 sahaja. Dengan itu, saya dapat ke kelas tanpa sebarang masalah lagi.

     Meskipun terpakai, WJB 329; berkuasa 660 cc sahaja; mampu membawa kami sekeluarga ke mana sahaja. Saya juga dapat menumpangkan kawan2 untuk membeli buku2 serta bahan2 rujukan untuk pengajian kami. Juga, bergerak2 ke tempat2 berkenaan untuk tujuan 'research' dan belajar secara berkumpulan.

     Kini, setelah beberapa tahun dikurniai ijazah sarjana muda, Kancil hijau itu terus berkhidmat untuk bapa mertua saya pula. Beliau memandu Kancil itu ke pasar, ke masjid dan juga bertemu rakan2.

     Wahai WJB 329, walaupun kekuatanmu hanya 660 cc, kau sungguh berjasa kepada kami sekeluarga. TERIMA KASIH!!

     Macam ayat budak sekolah rendah plaks.. huhuhu.. lepas tuh aku tatau apa depa buat ngan 'Perodua Moments' tuh. Tak kuar kat tv pon.. Kancil hijau kepala itik itu masih ada dan bayaran bulanan tetap dilunaskan. Walaupun keadaan fizikal dan dalaman dier dah tak berapa nak sihat ( 2nd. hand pon kan?) , nak bawak dekat2 masih boleh lagi. 

p/s: entri tanpa gambo. korang berminat nak baca?