Rupa-rupanya dah lama aku tak 'update' yea? Pasal banyak cerita sangat kots..kahkahkah...
Gigih sungguh aku balik dari kampung hari Jumaat kerana hari Sabtu ada 'event' yang aku sendiri macam tak sangka terpilih. Korang boleh rujuk kat sini untuk baca entrinya. Alhamdulillah.
Sabtu, 15/12/2012. Fear Factor Selebriti Malaysia dah buat 'roadshow' dan Sunway Pyramid, Bandar Sunway menjadi 'garis' permulaannya. Terus terang aku tulis, memang aku tak tahu-menahu langsung pasal FFSM. Bila dah sampai ke 'Zon Ketakutan' neh, barulah terang dan jelas semuanya. Rupanya ada sesi orang awam juga. Sesi 'bloggers' bermula jam 11 pagi dan berakhir lebih kurang sejam setengah berikutnya.
Aksi selepas pendaftaran. Baju tuh kalo aku pakai macam 'pembalut' nangka so nak elakkan cacing, ikan, ulat pumpun dan ular sawa tuh semer mati tokojut, baik aku wat 'topeng' ajer.
Korang agak ada ulo beso dan ganas macam neh tak kat dalam tuh?
Lepas taklimat gedebuk gedebak, sesi bergambar reramailah apa lagi kan? Baru sesi pertama neh.
Takot tak korang tengok muka aku tuh?
Ada 4 cabaran semuanya. Tapi kena lepas yang memula neh baru boleh teruskan.
Cari 3 biji guli dalam tanah liat yang ada cacing. Ok jer hakak. Orang kampung kan? Pacat lintah semer no hal. Cacing apertah lagi. Buat umpan mancing ikan keli/puyu jer dulu. Anne dan Darren, korang jangan naik heran sampai tertelan cawan tuh udah yea...
Alhamdulillah, berjaya! Seterusnya tadak gambo pasal kena masuk bilik gelap. Ada Cik Abe aku snap kat tv depa tapi tak jelas sangat. Korang boleh tengok dalam album kat FB aku.
Cabaran-cabaran lain:
2. Tangkap 5 ekor katak dan pindahkan ke dalam kotak bersebelahannya. - pertama kali aku pegang katak yang aku takut bebeno sebelum neh; katak pisang! Kesian pulak aku tengok katak2 tuh semer berkumpul kat sisi kotak dek kerana lari dari tangan2 manusia. Akak minta maaf sesangat yea, adik2 katak? Tangkap 'amfibia' neh kena genggam kuat2. Kang terlopeh..
3. Cari 3 bendera Fear Factor dalam lubang2 kecil dalam gelap - aiseh! Banyak plaks lubangnya tapi alhamdulillah dah last2 baru dapat. Depa letak cicak dan ular getah...'takuuutttnyerrr'.
4. Cari kunci yang ada lambang Fear Factor dalam sangkar ular sawa untuk buka kunci keluar bilik gelap - gua gagal kat sinilaaa pasal gua tengok 6 ekor ular sawa tuh semer dah gelisah dok merayap sana sini. Gua cuba nak alihkan dengan pegang ekor tapi bila salah sekor tuh terkejut, aku tanak kacau lagih.
Keseluruhannya, aku memang takut dengan masa lah pasal tempoh yang diberikan cuma 1 minit... gila gabra kan?
Paling besh aku dapat jumpa kawan2 bloggers macam...
Penaberkala @ Khairul Anuar. 4 tahun kenal di alam maya, baru kali ini bersua tuannya. Mau tak gembira kan?
Amir Nawawi pon dah lama dok komen- mengkomen ajer. Baru jumpa depan2 neh. Ada Madi yang ceria sokmo. Eyriqazz pon tak ketinggalan.
Keputusan pon diumumkan. Korang g ah baca link tuh semer. Memang ada pemenang2nya mode:jeles . Tapi sebenarnya lepas tuh 'si johan' nak belanja2 kitorang semer. Alhamdulillah! Rejeki yang tak disangka neh. Terima kasih, yea Dik Kifli. Murah rejeki anda. Amin3..
Sebelum g nyam2, sempat lagi berposing. Shahroll turut cuba nasib edisi orang awam. Ada Tian Chad juga.
Ado lagi pose sebelum g makan. 'grup photo' kedua iaitu bersama selebriti. korang cari ah saper...hihhii
Makan kat 'Laksa Shack' pasal tempat lain penuh. Dua dari kiri adalah Hans. Yang baju ijau 3 dari kanan tuh Hanifi, kawan si Nuar. Tqvm tolong snap2 gambar untuk akak yea?
'Pose' nak mendapat rotan dari aku. Siap korang!..ehehehh...Paling kiri ialah Byrawlins dan kawan beliau, Jae. Sebelah Kifli plaks Hidayat selaku pemandu pelancong kami..heheh..
Cenderahati. Tqvm Astro dan Nuffnang!
Mohler tonton. Tak lama lagi tuh. Add FB depa noo?
35 comments:
RASANYA TAKAT KATAK DAN CACING TU OKLAH LAGI..ULAR KALU?WA LARI DULU
wehhhhhhhhhhhhhhhhhh...apasal saya tak tau ada FF utk blogger ni??? kalau tak mesti nak join...at least dapat t-shirt tu!!!! ekekeke nak check FB la..tgk gambar2..
ular? ish3..saya memang takut..huhu
Ular sawa pun takut!! apa la, tentu2 ular kat situ dah jinak dan dah bagi makan..Kalau ular tu nak telan peserta yg ni...hahahaha rasanya tak done ular tu !! hahahaha
lama tak komen sini...
tabik spring kat ayu...kalau kak, lari bawah meja!
Haha....terbaik lah kak..gambar last tuu perghh gengster tau!
Haha....terbaik lah kak..gambar last tuu perghh gengster tau!
Menyinggah di sini
Terbaiklah...
Thanks ye sebab sudi berkenalan
Next : Karock di rumah cikgu...eh..kak ayu
Meh baca entry saya gak ye Kak Ayu
Assalamualaikum,
saya pun takut dengan MASA...1 minit je tu, mana sempat hu huhu
Uwaaaaa...(menangis dalam mood jelez)
kira berani juga la kan..
jumpa jugak blog kak ni hahah, untung lah kak oi lepas cabaran cacing tu
tangkap katak..ccing semua tuh ok lg..tp ular tuh...errrr...
terbaek la sis..
hahahaha
nanti ada event apa2 lagi sila roger2 yer :-)
Kenapa pengacaranya si AARON AZIZ tu tak kelihatan langsung?
waaahhh..hebat ah kak ayu.. kalau saye, semua tak terbuat kot sbb geli...hehehe
salam kenal tuan rumah...
seronoknya membaca penfalaman ff tu
oh??!!
saya ada di situ hari tu!!
kalau saya tau...
saya ambik gambor awak banyak banyak!!
Teror la tu.. sampai cabaran terakhir..
wahhh.... dasat tuuu. siap masuk fear factor tuuu.. serronok ye..
Aik tak comment lagi ker kat sini apa pun ni satu permulaan kepada pengenalan rakan2 blogger moga ia menjadi satu empayer kepada blogger2 otai dan blogger2 yg baru nak up mcm mahamahu ni... suka kenal semua ni..
Hehe power la sbb berani join.. kite pon ingat nak join hr tu tp x cukup berani la. Hukhuk.
uishhh .. beraninya ayu pegang menda-menda tu. Kc penakut yg teramat sgt2!!
caya lah beb!!!
kalau aku join, awal2 lagi aku dah failed...aku geli cacing!!!!
kear faktor awak ular eh???
Salam sahabat.. tidak sangka banyak perkara yang kita dapat share.. nice!
Rasa2nya semua benda tak takut nihh....betul tak?..
bila nak update entry nih kak oiiii?
hahaha
bangun tido buko facebook jupe link blog akak
oh my, ada my photo jugak
tenkiu kak
nice to meet you there!
unsangkarable
p/s : esok semoga menu yg akak dan abang zam sedia best-best blake
Kena part angkat atau pegang ular.. saya surrender.. Tahniah kak sebab terpilih join event ni..
Bestnya dapat terpilih jadi 30 yang terpilih tuh..hebat... :p
Assalamualaikum...
Bestnya... byk hadiah ooo..
assalamualaikum ...terbaik la...:)
nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...
Post a Comment