GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Friday, October 20, 2017

Nasib Sebuah Blog

     Terjebak membuka dan menulis blog bermula dari kegemaran membaca blog orang lain. Pengalaman dari orang lain sangat menarik perhatian untuk menulis pengalaman sendiri dan manjadi tatapan orang lain pula. Dari situ, menggelarkan diri sendiri sebagai seorang blogger. Uniknya kerja dan gelaran ini boleh diletakkan sendiri tanpa ada pengiktirafan. Daftar dan mula taip, siap. Kita dah bergelar blogger.
     Dulu, blog adalah tempat aku melupakan masalah dan tekanan bekerja tapi mengelak untuk menulis perkara yang negatif. Ok, ada juga kadang-kadang tersesat luahan hati bila tak tahan sangat nak tanggung sendiri. Kebanyakannya berkisar tentang perkara yang jauh dari kerja hakiki sendiri. Bila bosan dan tiada ilham menaip, mulalah aku baca catatan terdahulu. Terhibur hati dan dapat mengenang kisah lalu.
     Kali terakhir aku menaip, sudah lama. Sudah setahun rasanya, simpati pula kat blog ni. Macam dah dibuang terus. Bila nak, datang. Bila tak nak, tinggal terus. Dilupakan terus. Memang kesian nasib kau, blog. Kalau blog ni hidup, dah lama dia merajuk dan tak hiraukan aku dah…
     Selepas hari ini, tak taulah bila pula aku nak menjengah ke sini. Sekarang ni cuti bolehlah. Minggu depan dah kerja balik jadi mungkin 2 bulan lagi aku kembali ke sini. Insyaallah jika umur masih ada.
     Begitulah nasib sebuah blog…


Bebudak ni pun dah besar. Imran pernah tanya macam mana nak tulis blog minggu lepas. Nak mewarisikah? :-)

4 comments:

al-lavendari said...

praktikan 3 dlm satu mcm saya .. tulis kat blog kemudian share kat fesbuk dan wasap atau sebaliknya. ia lebih mudah dan jimatkan masa

al-lavendari said...
This comment has been removed by the author.
mamapp said...

Sebagai blogger mmg mencabar nak istiqomah. Mama pun sama

wahida said...

samalah saya ni pun...dulu aktif menulis..kalau boleh sehari 2 post...tapi sekarang ni...adoi la...sebulan sekali pun payah...ikut mood dah la ni...