KOrang ader terfikir tak bagaimana generasi selepas korang nanti? Soalan neh utk org2 muda laaa.... yang lebey muda dari aku. Kalo yang terperasan muda tuh aku tak dapeklaa nak nolong.
Aku neh dalam bidang yang kunun2nya menjadikan seorang orang itu manusia; bukan seekor manusia. Byk juga kes yang aku tgk (bkn. handle), biler anak2 melakukan kesalahan dan ibu bapa dipanggil, kita neh ingatkan mak bapak budak tuh nak 'tarokkk' anak2 depa habis2san, tapi.... orang lain plaks yang kena 'taruk'; tak lain tak bukan, pihak yang memanggil ibu bapa tadi lah. Pihak yang memanggil tuh, niat depa adalah untuk berbincang pasal cara2, pendekatan untuk tindakan supaya anak2 depa neh mendapat pengajaran dari apa yang depa buat. Tapi, kalo dah belum bincang dh kena 'tarokkk', aper kes? Ader kes lagik ker??
Lepas tuh, iba bapa tuh plaks jadi 'defensive'lah. Korang tau aper makner 'defensive'? Mengikut pemahaman aku yang tak baper cukup ilmu neh, 'defensive' adalah tindakan mempertahankan sesuatu pihak, terutama yang mempunyai pertalian darah, walaupun pihak yang yang dilindungi itu memang bersalah. Teruk kan? Macam menjadi peguambela pada perogol atau pembunuh. Kita dah tau depa tuh mmg jahat, tapi tetap kita nak pertahankan. Huhhhh....
Aku slalu g kat Uptown Shah Alam. Biler time ngah tunggu order makanan sampai, so mata aku melilaulah. Selalunya, aku nampak ader pasangan muda; suami isteri ngan anak depa dalam 1-2 orang. Ok, goodlah, nampak macam happy family, mak bapak layan anak makan etc. Yang aku tak berkenan, anak2 lelaki depa 'distylo'kan dengan macam2 aksesori yang kalo korang tgk pon, korg akan terpikir balik; betui ker dak mak pak depa neh? Biasernyer, mak pak akan:
a. potong rambut ala2 ader ekor, berjuntai rambu-ramba. Lawo ker?
b. dipakaikan rantai leher. Lawo juger ker?
c. dihiasi lengan depa ngan gelang tangan@bangle 'silver'. Stylo eks?
Nasib baik depa tak subangkan anak2 lelaki depa, kalo lepas neh aku nampak sure aku pingsan mitam 2-3 jam. Haiii... korang pk, patut ker depa ibu bapa moden neh buat macam tuh??
Budak2 neh mengikut ajer dengan apa yang disogokkan kepada mereka terutama dari kecik lagi. So, depa budak2 neh rasa apa yang mak pak terapkan tuh memang betul dan boleh diterima masyarakat dan budaya kita. How bad is that?
Kita sebagai ibu bapa, tak boleh tidak, kena terangkan kat anak even depa kecik lagi, apa yang betul dan apa yang salah. Apa yang patut dibuat dan apa yang patut ditinggalkan. Kalau mak pak hanyut, anak2 boleh lemas. Kelemasan itulah yang kita tgh hadapi dan tengok sekarang; ponteng sekolah, merokok, pergaulan bebas, bermaksiat/berzina dan macam2 lagilah yang aku ngeri nak sebut lagik.
Jadi, peringatan utk aku dan ibu bapa muda yang terbaca 'entry' aku neh, sila2lah pk dan renungkan setiap tindakan kita, sama ada patut ker tidak kita tunjuk kat anak2 kita. Besar t'jwb mak pak neh. Jatuh bangun sesebuah negara dan bangsa bergantung pada cara ibu bapa mendidik/mengajar anak. Tak percaya??
3 comments:
saye setuju
sy setuju
1)kebanyakan ibu bapa skang terlalu percaya ckp anak dan terlalu yakin anak mereka cukup baik
2)masalah pelajar di sekolah berlarutan dan berlanjutan sebab bila mereka buat salah ada yg back up
3)trend anak2, gaya hidup yg moden sbb ibu ayah berkerjaya dan lebih wang.time kita dulu2, potong rambut pun mak ayah yg potong sendiri, xsempat nk gi saloon
4)perhiasan berlebihan kerana lebih budget, anak-anak diberi kemewahan dan digayakan dgn benda yg mahal2, rugged sikit org nampak
5)ibu bapa berperanan penting utk didik anak2, kerana didikan yg betul menentukan anak itu menjadi manusia ataupun tidak
btol sesangat..kdg2 anak2 kecik bukan tau ape..tp diorg la yg nak cantik2kan anak dia lebih2. pakaikan rantai emas la.baju seksi2 la..itu la..ini la..nak kasi kwn2 jeles anak dia lawa la tu kot. tp dia tak tau kesan mase depan nnti..anak dia dah bese ngn bnda2 cmtu. tak bertudung sume..nak biasakan bertudung bila besar nnti pon ssh..
kat khutbah jumaat ade ckp..kalo nak tgk masa depan islam camne. tgk anak2 muda skrg ni camne..erm, nampaknye rosak la mase depan negara. haishh..
Post a Comment