Minggu lepas pada hari Rabu iaitu last2 kopak cuti sekolah, ada juga rejeki bebudak neh sama mak paknya ke Aquaria KLCC. Dulu dok lalu-lalu; tengok2 ajer. Nak masuk tak mampu. Tengok2 website dier; mak ai boleh tahan gaks harga tiket masuk. Alhamdulillah CIMB Junior kasi 1 tiket dewasa dan 1 tiket kanak-kanak percuma. Dah lama dapat sebenarnya tapi dok simpan2 sampai dah nak luput. Dok pujuk2 Abahnya last2 dapat juga beliau cuti.
Memula rancang nak g naik lrt tapi setelah dinasihatkan adik ipar aku supaya memandu jer ke sana pasal ramai sangat orang naik lrt, akhirnya kami akur. Gamble jer parking lebih sikit. Yang penting cepat sampai dan parking dekat tempat tujuan. Last2 balik kul 4.30 ptg; dah sedang elok sangkut dalam jem 2 jam. Adessshh!
Nak parking pun leh tahanlah pusing2. Akhirnya dapat kat Menara UO ker haper tuh. Seberang jalan dan ada 1 bangunan dalam pembinaan. Giloslaa depa neh. Bina bangunan tinggi-tinggi rapat jer tepi idung..aishhhh!
Dah sampai beratoq nak beli 1 lagi tiket dewasa, tengok2 boleh tahan gaks ramainya orang. Itupun Abahnya nak g ari Ahad. Aku kata rentikan. Baik g ari kerja. Beli 1 tiket dewasa RM38. Gulp! Dah boleh makan mewah2 dah bagi kami sekeluarga tuh tapi takperler sekali ajer. Dah kaya nanti; amin3... boleh masuk lagi yer dak? hehehe...
Kalau bukan warganegara atau takder Mykad reganya RM50. Remaja2 Arab belakang kitorang yang terkinja2 tuh masaklaaa beli tiket mahel. Owh! Jangan dilupa yang depa tuh reta banyak nooo..
Bagi aku yang syoknya dapat pegang mender alah neh yang idupler. Aku rasa pernah pegang yang dah tinggal tulang masa dolu2. Jumpa kat tepi laut.
Menatang yang kat bawah neh plaks gua tak berani nak pegang pasal duri2. Dok tengok budak staf dier tuh 'kacau2' masa depa dok jalan nampak ok jer. Terus belangkas neh terbalikkan badan. Kalau angpa pandai mana 1 yang jantan?..kikiki
Sombong betui naaa cara belut neh posing? Mentang2 dier ader karan..
Yang aku kelakonya, mungkin rejeki atau memang dah masanya, aku tertengok 3 kali binatang2 kat sini menguap. Haaa! Unik tak pengalaman aku tuh? Memula aku nampak ikan aperntah waaarrpppp bukak mulut menguap. Pastuh sambung jalan2 kat bahagian amfibia dan reptilia plaks, menatang ini pun menguap. Tengok neh...
Tah berapa ekor tikus agaknya dah selamat beliau telan.
Lepas tuh aku tengok si iguana pun menguap gaks. Agaknya selain dah mantok pasal dah kenyang; depa bosan dok nengok manusia hari2 macam pelahap sangat nak tengok depa kan?...ehehehe
Secara keseluruhannya, memang puas hatilah mai sini. Dapat tengok binatang2 yang rasanya memang kita tak dapat nak tengok secara langsung kat depan mata. Malahan mender tuh semua kita tanak jumpa pun kan? Pasal kebanyakannya berbisa macam labah2, kala jengking, lipan dan ular tuh. Taip neh pun gua geli goloman...humang haiii!!
Yang bagusnya si Iffah Zukrina boleh rampas nasi goreng bahagian Abang Imran yang dibawa bekal secara selamba tanpa rasa bersalah. Kemudian, menikmatinya secara khusyuk...
Tengok pun dah terliur..
Kesian kat Abang Imran Zamir yang tengah kelaparan.
Alhamdulillah lepas tuh Abah datang menyelamat membawa sepinggan beriani kambing. Wauuu! Sedappp banget.. Oklah, lain kali kita jalan2 tempat lain yer, anak2ku sekalian...