GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Monday, July 22, 2013

Berbuka Puasa Anjuran Denaihati

     Alhamdulillah. Puasa tahun ini dapat sekali lagi kami sekeluarga berbuka bersama-sama rakan blogger. Terima kasih tak terhingga kepada Denaihati dan Abang Ensem serta beberapa pihak lagi yang 'memayungi' sesi kali ini. Didoakan rejeki korang lebih murah. Amin3...
     Hotel Singgahsana menjadi tempat pertemuan dan iftar kami kali ini. Khabarnya 135 orang bloggers telah mendaftar dan hadir bersama keluarga untuk memeriahkan acara. Memang ramai kan 'kaum' bloggers dalam Denaihati Network neh.


Bloggers glemer yang dah tiba; Iera Kan, Yana Yassin, Nunu Eera dan Jamar Bahar.

     Lepas tu macam biasa sesi mengangkut mengambil makanan sementara menunggu kawan-kawan yang lain. Terlepaslah rindu aku pada kawan2 bloggers semua. Sememangnya 'event' yang macam neh kita semua berpeluang jumpa kan? Lepas neh tatau bila plaks. Kena kumpul rindu tu banyak2 balik..

     Makanan macam biasa tak dan nak merasa semua kan? Maklumler tangki kocik..kah3. Percayakah korang? Memang tak sempat nak merasa semua pasal perut dah takder ruang yg kosong lagi dah walaupun tangkinya idokler kocik mano..

Macam biasa pinggan 'sweet tooth' macam aku. 'Dessert' dah jadi 'starter'. Bolehler kan?

     Acara formal tu takderlaa sangat. Memang takder pun. Sesi gebang2 dan tangkap2 gambo macam biasa. Santai sungguh. Buka puasa pun kan? Yang best dapat sampul raya Denaihati.com percuma dan anak2 pula dapat duit raya rm10 sorang. Lumayan deh! Teringat masa jadi anak2 dulu. Dapat duit rasa syokk sangat.. Now anak2 kita dapat duit pun kita syok. Alhamdulillah. Ini orang kata rejeki bebudak kan?

     Lepas tu macam biasa sesi 'snap2' gambar beramai-ramai...

Hoh! Betapa meriahnya. Belum masuk keluarga lagi tu..

 
    Akan datang kalau ada lagi; berbayar pun kami sanggup. Pasal 'event' macam neh dapat mengeratkan ukhwah sesama kita tak kira bloggers baru atau lama. Yang dah selalu jumpa tu macam adik- beradiklaa bergurau senda... alhamdulillah

8 comments:

Nizam Ijam said...

bercahaya muka saya disitu..hehe

kujie said...

kalau pergi event blogger memang tak berapa nak lalu makan...........sibuk nak menyembang saja..mcm dok tulis kat blog tu tak cukup cukup..hihi

JunAina said...

Owhhh Ayu pergi eh? Kalau akak tahu ada geng mau akak gi jugak neh...ahahhaa...

Masa nilah nak beramah mesra mengeratkan ukhwah.

NUNU EERA said...

owh.. glemer la sgt.. posing pn mata nk pejam.. hehe..

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

laaa yang pakai bju hijau tu akk ke?? aaauuummmmm

Ms Haslina said...

alhamdulilah rezeki dapat makan, rezeki juga dapat sambung siratulrahim dgn blogger lain.
seronoknya...

azieazah said...

Ajak la saya pulak pasni. hehehehe

makchaq said...

Aih belum ada cerita raya?

Ingat makchaq yang jarang2 buat post... ada orang lagi lama cuti nampaknya...