Hoh! Dah 3 hari di tahun baru. Patutnya entri neh kuar semalam tapi pepaham ajerler yea?
Ohkey, masa balik kampung arituh, dah siap ber'plan2' ngan anak2 buah untuk wat 'surprise party' untuk kakakku nan seorang itu. Walaupun dah lepas iaitu pada Krismas, dah alang2 kitorang anak beranak berkumpul semua jadi moleklah dibuat. Sementelah hari jadi Imran Zamir pon awal2 tahun jadinyer sekali randuk harunglah.
Mender neh tak penah kitorang buat. Kakak aku pon dok 'pantun2' kat anak2 dier n aku skali pasal 'bday' dier tuh tapi kitorang wat bodo ajer. 'Maintain' simpan rahsia, bebs! Yang penting jangan ada yang terlepas cakap. Dah siap pesan ngan Imran Zamir selaku anggota keluarga yang kedua kecil sebelum Iffah Zukrina. Yerler, Adik Iffah tuh lom reti nak bergosip2 selain baby talk dier....jd selamatlah rahsia japs. Tapi ala2 dapat dihidu 'saspek' pasal Tok Ma asyik terlepas cakap ajer....hihiihhi
2 bijik pencuci molot yang memang 'ohsem' dan ohshedappp!!
Macam biasa 'shot' aku ada macam2 emosi. Gasakler labuuu!!
Nak citer pasal kakak aku? Ermmm... kalo beliau baca neh sure beliau malu. Abeh 'blush' semer pp tuh... Tapi, aku nak citer siket2 ajerler sebagai tanda penghargaan dari aku seorang adik yang sangat manja dan mengharapkan semernyer disediakan beliau. Yang aku ingat....
1. Selalu gilir2 garu belakang 'each other' sebelum tito masa aku sekola rendah. Kitorang beza 13 tahun so paham2 sendiri tahap kemanjaan kitorang bersama....apolah aku taip neh...hhuhuhuuh...
2. Masa aku sekolah rendah gaks, selalu main sorok2 gegula jenama 'rinda' yg sedap tuh. Beliau sorok, aku cari then kitorang makan sesama. The moment? Precious!!
3. Teringat dengan jelas masa tuh, mesin basuh adalah barang elektrik yang mewah jadi arwah ayah lom mampu beli. Jadinyer, kakak akulah yang sental semer kain baju kitorang 4 beranak. Sebesen besau koo...cian kakak aku....huhuhuhuh
4. Kasut sekolah aku pon, beliau yang sentalkan sehingga aku tingkatan 2. Manja takk??
5. Masa aku demam, beliauler yang jaga aku...tanya aku nak makan aper, masakkan bubur, jelum/jarangkan kepala aku....sobsobsob...terharu seh..
Appa lagikk? Banyak weh kenangan aku ngan beliau. Beliau gaks seorang manusia berhati emas. Pendek dan panjang kata, kalo korang kenal beliau, surely korang nak kawan lama dan lagik dan lagik ngan beliau... 'Add' ler FB beliau tapi 'since' umah beliau kat kampung lom ader line tenets, amek masa untuk beliau 'accept request'.
Ucapan untuk beliau?? Untuk kakakku dunia dan akhirat, ROSLINA BINTI CHE MAT..kudoakan segala yang terbaik untukmu....amin3!! takbley nak pjg2 pasal rasa sebak dan terharu sangat mengingatkan pengorbanan beliau semer...huuhuhuhhuuh
p/s: baru belajar haplod video d youtube. Silalah tengok cemana 'saprais' untuk kakakku itu. Manaaa?? Sinikkkk...