GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label online. Show all posts
Showing posts with label online. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

Balas Dendam

Sudah tentu korang masih ralit membaca entri pasal piknik kat Taman Tasik Cempaka dan Ice Room Bangi lagik tuh kan? Aku pon rasa nak cerita lagi tapi lom sempat. Nanti kalo rajin, aku kasi bikin lagik noo? Hari neh aku nak tunjuk barang online yang terkini dibeli. Apa kena mengena ngan tajuk? Yerler. Mmg balas dendam. Balas dendam pasal tak dapat nak g PBAKL 2012 arituh. Jadinya aku 'berpesta buku' dari umah ajer. Klik sana sini; aku bukak web CESB iaitu Creative Enterprise Sdn Bhd. Alaa.. Yang boothnya dijaga oleh Kak Azie Azah tuh. Sedari remaja memang aku setia dengan penerbitan CESB, DBP n DAWAMA kebanyakannya. Pasal novel2 dan antologi cerpen depa kena ngan citarasa pembacaan aku. Aku tak suka ngan tema cinta yang meleret2 sangat kecuali aku terrrbaca Lagenda Budak Setan. Pasal tahun 90-an karya itu mmg top. Tema yang aku suka adalah mengenai kehidupan, kisah2 yang mempunyai nilai2 murni, kemasyarakatan dan biografi serta pengalaman hidup seseorang atau non-fiksyen. Karya2 yang biasa menambat perhatianku adalah hasil tulisan Khadijah Hashim, Mana Sikana, Ali Majod, Othman Puteh, Arena Wati, Shahnon Ahmad dll. Mereka semua memang mengangkat sisi kehidupan manusia dalam masyarakat jadi senanglah untuk aku fahami. Lagi sorang iaitu Hasanuddin Md. Isa. Setakat ini, aku berusaha memiliki semua karya2 beliau. Tapi, bila aku cuba google mengenai beliau, tak jumpa plaks. Biasanya, tema novel2 beliau ditambah dengan elemen Islam yang menambahkan tarikan untuk terus dibaca. Ok, tertaip cerpen plaks. Iniler hasil belian aku..
Baruler perasaan yang 'Generasi' karya Hasanuddin Md. Isa tuh aku dah ado. Takperler. RM5 jer satu. Penghabisan stok..hihihi P/s: Baru nk try pakai Blog It! neh. Humang hai, lamonyer dier haplod gambo. Tp, tqvm nk ucap kpd Dr. Hanie coz introducekan apps neh..