GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label penulis. Show all posts
Showing posts with label penulis. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

Sarapan Bersama Penulis.. Bab 3

     Lama betul nak sambung dari Bab 2. Dah dekat 5 bulan baru muncul balik.. Dari Bab 2, aku kata g ke sini kan?

 kami tak masuk ke sini tapi ke pejabat urusetia di tingkat atas. Berdepan bangunan SUK atau lebih 'glemer' dikenali JKR 10 ini, ada bangunan baru...

PERKESO ker aper tuh? Lawo kan?

Kami yang khusyuk mendengar penerangan. Ini time 'break' japs yea? hihii.. Dari kanan Puan Rohani Deraman (korang penah baca novel2 beliau?), Puan Zainab Ngah dan Puan Nur Hidayah.

     Aku rasa bertuah dapat bertemu mata dengan kartunis Tuan Haji Rossem. Beliau merupakan Timbalan Pengarah Bahagian Penerangan Negeri Kelantan...

Tuan Uthaya Sankar SB menjawab persoalan mengenai 'Interlok' setelah diajukan oleh Tuan Haji Rossem.


Seorang staf berbangsa Cina di SUK.

Buku2 wajib baca. Cenderahati dari SUK.

     Selepas sesi penerangan, kami dijemput pula untuk menjamu selera di kantin JKR 10 ini. Perut masih sendat ngan nasi daun pisang belanjaan Kak Rohani Deraman kita. Tapi, rejeki jangan ditolak kan? hihihihi...

Bandingkan hidangan kami semua ngan hidangan Tuan Uthaya. Patut slim dan menten kan?

Hidangan istimewa kat situ. Nasi paku. Nasi campur biasa tapi tatau naper depa letak paku. Nak try takot tak habes plaks.

 Tengahari itu, kami terpaksa berpisah pasal aku nak g memenuhi 2 jemputan kenduri plaks. Tqvm pada Kak Nur dan  Adik Abdul Mutalib yang menjadi pemandu pelancong pada hari itu. Dapat kawan baru yang baik hati. Ironinya, Kak Nur ini berasal dari Kedah tapi sudah tinggal lama di Kelate, menunjuk jalan kepada aku rakyat Kelate senirik...ahahahha

Org 'gps' KB...heheheh. Memana pon bole sampai. Tqvm, Abdul Mutalib! 

      Esoknya, depa menghadiri Seminar OKU. Aku tak dapat nak ikut dek urusan tersendiri. Ada rejeki depa berjumpa dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...

Cilok kat sana..

     Itulah serba sedikit catatan aku menyertai 'perjalanan' bersama penulis. Perjalanan untuk melihat dengan mata sendiri apa yang didakwa oleh sesetengah pihak tentang kemunduran negeri Kelantan. Tok Guru pon cukup berbesar hati kalau ada rakyat negeri lain yang datang sendiri melawat ke negeri Serambi Mekah ini. Rakyat Kelantan sendiri pon mengalu2kan kedatangan sahabat2 semua. Sementelah lagi, 2012 adalah 'Tahun Melawat Kelantan'.

     Pahtuh, dok telopong ggapo lagi tuh? Maghilaahhhh...
 

Thursday, April 12, 2012

Sarapan Bersama Penulis Pulaks.. Bab 2

     Selesai sahaja menjamu selera dengan nasi daun pisang, kami bergerak ke rumah anak2 yatim di Taman Sabariah, Pengkalan Chepa. 
 Sumbangan amat dialu-alukan.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 Seperti biasa, kami merakam gambar yang dirasakan menarik. Sempat juga berjumpa dengan seorang alumni rumah ini dan beliau bersama kawan2 sedang merancang 1 majlis 'reunion' atau pertemuan semula. Dan, pertemuan itu sudah usai tanggal 16 Mac lepas.  

     Lepas tuh plaks, Kak Nur Hidayah mengatur pertemuan dengan...jeng..jeng..jeng...ok, tgk tempatnya dulu...


 Pejabat urusetia neh terletak di JKR 10. Kediaman rasmi MB pon ado kat sini.

     Jangan mare. Nampaknya kena ader bab seterusnya lagik neh. Mantok weh jadi takleh nak teruskan. Korang sabar menanti yea?..hihihiih


Tuesday, April 3, 2012

Sarapan Bersama Penulis Pulaks.. Bab 1

     Ekoran kenyataan 'seseorang' yang menyatakan Kelantan itu mundur, seorang penulis yang dikenali ramai kalau korang tatau bolehler tnya pakcik Google iaitu Uthaya Shankar SB ingin melihat dengan mata beliau sendiri dan merasai pengalaman berada di negeri mundur tersebut.
     Lantas, beliau berkongsi status FB dan aku terbaca pula. Rasa berbesar hati dan berbangga apabila nama besar  tapi 'kecil' ini ingin melihat negeriku. Ramai juga kawan2 FB yang terbaca dan memberi sokongan dan cadangan. Tertubuh pula 1 'group' yang 'adhoc' dan kami semua berbincang mengenai lawatan tak rasmi tersebut.
     Dan, pada cuti sekolah bulan lepas, sampailah jodoh dan rezeki kami bertemu. Pertemuan itu pula membuahkan banyak hasil. Antaranya membincangkan isu penulis teks Komsas yang tidak mendapat mendapat royalti. Banyak isu yang terbongkar. Sungguh tak disangka realiti yang dihadapi oleh penulis2 ini tatkala guru2 dan pelajar2 belajar pelajaran kehidupan dari karya2 mereka. Kalau korang nak ikuti perkembangan isu ini, bole 'follow' kat Kavyan. Isu royalti teks Komsas pada masa depan ada kat sini

Sarapan pagi di Selera Daun Pisang, Tmn. Uda Murni,Pengkalan Chepa... ditaja oleh.. tak nampak plaks gambo penajanya..huuuhu

Ohkey, baru nampak penaja sarapan iaitu Puan Rohani Deraman yang berbaju ungu itu. Paling kanan adalah Puan Zainab Ngah. Paling kiri tokey 'Selera Daun Pisang' dan di sebelahnya adalah Uthaya Shankar SB. Leh ler add depa d FB.

     Tetiba 'blank'..sementara 'fenomena' ini pulih, moh2 baca catatan awal Tuan Uthaya semasa 4 hari beliau berada di KB. Ini kat Free Malaysia Today dan ini kat Malaysian Insider.

     Tudiaaa ada bab2 plaks. Memoga esok aku rajin nak sambung bab 2 dan seterusnya..amin3! ..ehhehehehe