GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Wednesday, December 15, 2010

Keputusan Tefal Galore dan Keceriaan Oren di HKL.

     Nasiblah blog eden neh. Tak cukup glemerlaa tuh sampai 2 kali buat contest penyertaannyer mcm sendu sangat...hhuhuhuhuuh.. Tapi takperr... ader seorang yg kugelarkan celebrity blogger yang sudi menyertai contest keduaku ini. Tak lain tak bukan....

     Boleh baca entri kemenangan beliau  DI SINI. Begitu bersungguhnyer beliau mencari venue sales terbabit sampai sesat barat. Siap call aku lagik bertanyakan tempat. Tengoklah kesungguhan beliau so memang beliau layak untuk menerima penghargaan ini. Tahniah, kak! Tapikan, sebab saya tak sempat nak ke sales tuh, sy terpaksa gantikanlah hadiah tersebut dengan wang tunai atau apa2 yg akak nak ngan nilai yg sama, rm50. Nanti sy sms akak yea? Lagi 1, SELAMAT HARI JADI, KAK INA KL. Harap2 'tabung' Kenwood Toy Mixer tuh cepat penuh noo?? Amin3!! Sesama berdoa weh kalo korang follower beliau.

     Ok, babs kedua. Jumaat lepas(10/12) aku mendapat invite untuk juin aktiviti amal neh.Dari seorang teman blogger gaks. Beliau neh pon korang kenai punyo. Sapa lagik kalo bukan Bella Enveeus. Naper tak beliau saja yg g? Psl nyer medium bahasa blog beliau adalah English. Organizer ndak yg medium B.M so beliau pas dkt akulah. Alhamdulillah! Coz 'kempeni' yg buat neh dah mmg aku kenal bener; iaitu...

Haaa... sapo x konei kan?

     Aku mula 'kenal' Clinique neh hasil dari reronda dkt pasaraya lorrr. Pastuh, nak dijadikan cerita, kwn chatting aku plaks bermurah hati menghadiahi 'perfume' Clinique Happy neh yg dalam botol 30ml punyo. Masa tuh reganyer rm90. Now tatau regalah coz dah berfamily neh 'perfume' rm14.60 pon jadik...ehehehehhe. Biler first time bukak kotak n tgk isinya udah rasa gembira lain macam. Yerler, masa tuh takder suami nak hadiahkan mender2 yg tak baper nak tercapai poketku kan? So korang imagine ajerlah...hwhehwehhwhehwhe
      Mengikut bos Clinique yg bertugas pada hari tersebut, tahun ini merupakan tahun keempat program ini dijalankan di Malaysia. Dekat HKL gua lupa ah coz arituh memacam info aku dapat sampei terlupa2an ah. Tapi, memang penganjur bersama or yg diraikan memang Institut Pedeatrik HKL amnya dan Wad Kanak2 khususnya.
Kupon jemputan kpd. pesakit

     2 jam bersama-sama warga Wad Kanak2 HKL membuatku insaf dan bersyukur dengan apa yg aku ada dan yang telah dikurniakan Allah kepadaku. 2 jam bagaikan tidak cukup untuk aku menyelami jiwa, perasaan dan rintihan ibu bapa pesakit2 cilik itu. Aku mengakui yg aku terpaksa menahan airmata aku dari menitik demi mendengar luahan beberapa org bapa dan ibu yg tetap setia menemani anak2 mereka mengharungi jerit tangis anak2 yang menerima rawatan di sini. Ada yang umurnya tidak sampai setahun pun tp bilangan pembedahan demi pembedahan yg terpaksa dilalui melebihi usia mereka sendiri. Bayangkan sahaja....
      Akan tetapi, 2 sikap yang dimiliki mereka ini, yang banyak orang2 di luar wad seperti kita ini tidak ada iaitu KEBERANIAN dan KETABAHAN. Dari segi luaran, memang nampak seolah-olah adik2 dan anak2 ini seperti biasa. Bergelak ketawa, bercerita sesama sendiri dan sangat teruja untuk mencuba semua aktiviti yang disediakan. Lihatlah....
Comey2 depa neh. Tersenyum riang nak cuba semua aktiviti.

     Ini antara pesakit yang mampu berjalan sendiri atau mampu meninggalkan katil masing2. Ada juga yang dibantu ahli keluarga atau jururawat.
 Tetap bersemangat untuk melibatkan diri.

      Selepas aktiviti di depan kafeteria, proses pengagihan kotak2 makanan KFC pula bermula. Jam 12.30 tghari, rakan blogger iaitu Feeq mencuitku dan mengatakan 'team Clinique Happy' akan naik ke tingkat atas untuk mengagihkan makanan tghari kepada pesakit2 cilik tersebut dan yang lain2. Sekali lagi aku rasa berdebar dan berdoa supaya aku tabah menyaksikan adik2 dan anak2 yang tidak dapat turun tadi.
Adik ini, lupa plaks nama dier. Age 7 thn, begitu teruja nak mengetahui isi 'goodie' bag beliau. Sedang menjalani rawatan kimoterapi. Tgk wayar hitam tuh, mesin kimo ah tuh.Tak dapat nak bygkan kesan rawatan selepas itu.Tabahkan hati dan jiwa adik ini, YA ALLAH!
 terima kasih kpd. jururawat2 yg menjaga dan melayan mereka.they also deserved to be happy.


The Clinique Happy Team... harap2 kitorg berjaya menceriakan mereka semua...amin3!

Malam minggu neh korang g maner? Moh2 hadir ke sini

12 comments:

Mama Zharfan said...

salam

me singgah baca entry :)

- zuriey - said...

wah..mcam2 event..tak perasan akak wat contest..kalau tau join skali

ManjaIxora said...

isy, sedey tgk keadaan adik yg buat kimo tuh.. semoga dia cpt sihat.. amin..

penaberkala said...

bestnye join program amal

akuzle said...

suzie: udah bc

zuriey: ttuuuddiiaaa bz manjang sampei x perasan tuh, ehehehe

manjaixora: tuhlaa, tahan airmata jeks akak tgk tuh

penaberkala: sgt besh n menginsafkan.kalo ader ksmptn awk pon bole juin yg dkt Penang kan?

penaberkala said...

dekat penang? bila tuh?
tak tau pun pasal event2 mcam ni
nk dpt katne info

kak ina kl said...

terima kasih ayu sudi pilih akak sebagai pemenang contest kamu tu..baik gak kamu nak bagi RM50.00 tu sebab tefal dah byk gak akak beli.

daydeck86 said...

cam best jer
kenapa tak hajak kerja amal tu

Eazy Izzuddin said...

hype2

Layans~
Ku Rindu Dia

akuzle said...

k ina kl: u deserve it, kak! taniah..

daydeck86: hitu pon event last minit aih. nnti kalo ado akak war2kan noo? err, fri-sun ado open day Taylors Lake site campus, ada belon panas n pandu uji kereta konsep f1.. awk g? akak g, nk naik belon pns...ehehehe

penaberkala: maksud akak nanti kalo ado event dkt Png lah...eheheh.. cemana contest konsert dable trable wings search tuh eks? senyap yo...

penaberkala said...

owh,yg konsert tu dah umum dh result
dapat la 2 pass free,hehe

Bella Enveeus said...

aww glad u had a good time there.. memang best join event seperti ini.. dapat membantu sekaligus memberi kesedaran juga pada diri kita sendiri.. value our health and love those around us :)

anyways, thanks for agreeing to go ayu!