GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Saturday, February 5, 2011

Mari Makan Anggur

     Nak kuar beli lauk malas ah. Nasib baik bukak2 peti ais, tgk2 ado anggur ijau yang dibeli dekat paso malam malam tadi. Alhamdulillah so now ngah ngup ngap krup krap itulah dulu. Nasi beras perang dah masak. Plannyer nak masak nasik goreng ah. Letak telur... Hopefully sedap...hmmm...
     
Inilah lebih kurang rupa anggur ijau yg ngah aku kunyah now.Tapi nama rasminya adalah 'white grape' yang rasanya omputih buat wine kan? Gambo aku amek kt sini

     Biasanya aku ske anggur itam tuh, yang takder biji punya. Tapi yang tuh manis kan? So now aku terpaksa tukau ke anggur putih/ijaulah. Masem banget tapi kalau dah sejuk kurang sket masamnyer tuh. Apa khasiat anggur neh? Tak kiralah apa kalernyer. Moh kita baca....

Anggur adalah buah yang tumbuh dari batang pokok menjalar berkayu dalam keluarga Vitaceae. Anggur tumbuh dalam gugusan 6 hingga 300 tangkai, dan terdapat dalam warna hitam, biru, keemasan, hijau, ungu, merah, merah jambu, perang, kuning kemerahan atau putih. Ia boleh dimakan mentah atau digunakan untuk membuat kismis, jem, air anggur, jeli, wain dan minyak biji anggur. Penanaman anggur dilakukan di ladang anggur, dan dikenali sebagai vitikultura.
Daun anggur itu sendiri boleh dimakan dan digunakan bagi menghasilkan hidangan dolma. Pokok anggur seringkali digunakan sebagai pokok makanan untuk sesetengah larva dari order Lepidoptera. Anggur liar seringkali dianggap rumpai, kerana ia menutupi tumbuhan lain disebabkan pertumbuhannya yang pantas.

Khasiat anggur

  • Kandungan vitamin C yang tinggi.
  • Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2.
  • Mempunyal kalori yang rendah.
  • Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium.
  • Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.
Ini sumbernya dari sini

     Jadi, mohler beli anggur untuk kudapan pada hari ini.

3 comments:

e.l.i.z.@ said...

sy pun suka anggur! mmg prefer yg seedless lg senang nk makan hehe

Unknown said...

Petua makan anggur kita kena basuh dengan air garam dulu untuk hilangkan chemical...rasanya lagi sedap.

akuzle ayu said...

eliza: btui tuh. kunyah2 telan, x yah susah2 nk kuarkan bijik kan?

kak intan: sy apa2 buah n sayur mmg rendam pakai garam, garam bukit lagik...ehhehehe