GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Wednesday, June 12, 2013

Jogho Yang Tewas

     Kita semua suka membaca. Kalau tak suka memang tak logik. Dulu ada kajian katanya rakyat Malaysia baca 2 mukasurat jer setahun. So lame! Depa p buat kajian kat masyarakat buta huruf mana ntah.

     Aku nak jual kat korang 1 novel kisah masyarakat. Sastera? Memang ya tapi ada juga kisah kehidupan yang lain kat dalam tu. Aku memang suka novel dan cerpen bergenre begini. Kisah cinta liuk lentuk aku jarang baca. Dari mula aku kenal huruf, memang suka karya2 yang macam ini. DBP memang banyak terbitkan cerpen dan novel sebegini masa aku kat sekolah rendah dan menengah dulu. Karya2 terbitan CREATIVE Enterprise pun aku suka.

 Inilah novel yang ku maksudkan. Masih hangat neh. Baru diterbitkan.

     Jogho Yang Tertewas bermaksud sang juara yang tewas. Jogho mempunyai 2 maksud; johan atau pemenang dan juga tok jogho dikir barat. Sang johan yang diceritakan dalam novel ini adalah ketua atau 'kepala' yang 'mengungguli' sesuatu situasi lah.  Kedua2nya memang menjadi subjek dalam novel ini. Errr.. keinginan untuk membaca melonjak pula bila dah baca sinopsisnya...

Kisah pengorbanan seorang ayah (macam sesuai plaks dibaca sempena hari bapa),Pak Ripin seorang tok jogho dikir yang membesarkan anak2nya dengan hasil dikir barat dan menanam padi. Setopa, adalah anak harapannya yang dihantar belajar ke Mesir. Dia mengharapkan Setopa menjadi anak yang mampu menebus kemiskinan dan kepayahan hidup keluarga. Namun, Setopa tidak menunaikan janji2nya. Dia melupakan semua ikrarnya. Pak Ripin amat kecewa bila Setopa menghukum bahawa dia adalah seorang pembuat maksiat kerana kerjanya sebagai tok jogho dikir.
Jogho Yang Tewas juga memaparkan kemelut hidup bermadu di mana Mek Siah selalu mengalah dengan Mek Nab isteri tua. Namun akhirnya Mek Nab tertewas dengan kesabaran dan kebaikan budi Mek Siah. Begitu juga Sudin yang terkenal jogho (juara) kejahatan kampung akhirnya tertewas dengan kebaikan budi Azli yang mengamalkan sikap; yang buruk dibalas dengan baik, ia akan menjadi baik.  

     Menarik kan? Tak sabar gua nak baca weh. Aku tak pasti plaks ketebalan novel ini. Lupa nak tanya kat tuan/penulisnya. Penulisnya korang kenal? Mungkin korang pernah baca karya2 beiau, pernah jumpa kat pesta2 buku atau dah add kat FB. Beliau adalah Kak Rohani Deraman yang senantiasa tersenyum. Ramah orangnya. Karya beliau juga pernah dijadikan teks KOMSAS di sekolah2 seluruh Malaysia. 


Hasil karya Kak Ani. Ada yang diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf. Setiap kali ada pesta buku, Kak Ani akan memenuhi jemputan mempromosi novel2 beliau. Catatan dari Syurga tu gua dah ada nooo. Siap beli 2 buah lagi.

     Berapa harga sebuah novel Jogho Yang Tewas ini? Harga biasa adalah RM33. Promosi sempena... korang namakanlah sesedap rasa asal korang berminat nak beli...ehehehe. Harga promosi adalah RM30 termasuk kos pos. Berpatutan kan?

     Kelebihan korang memesan sekarang:-
 
     1. Jimat kos pos berjumlah RM6.
 
    2. Ada tandatangan/autograf eksklusif dari Kak Rohani Deraman.

     3. Menolong menambah tabungan Raya aku yang masih kosong 
Yang nombor 3 tu penting gaks tau?ehheheeheh... Jadinya tunggu apa lagi? Mailah bantu aku jadi jurujual buku plaks yea? Nak oder, sila pm aku kat FB atau komen kat sini atau isi borang kat FB Benda Sedap atau blog Benda Sedap.

Tengkiusss!
 
 
 
 


 

 

7 comments:

Kakcik Seroja said...

Macam best ni...

ain said...

Ok cuba tambah koleksi lagi dan ambil ikhtiar pada sesiapa cerita yang disampaikan

eyriqazz said...

Rajinnya cikgu membaca

sekadar satu coretan said...

lama x membaca...byk buku kat rmh tu beli pastu simpan...tunggu mood rajin membaca dtg...

3Q's Mom said...

ada lg ke buku jogho yang tewas nie?

gondron said...

ado jual lagi ko

meu sonho com one direction said...

Goood reading this post