GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Thursday, June 6, 2013

Sesi BBQ Bloggers Jun 2013

     Dah lama tak berjumpa dan berkongsi juadah rupanya. Dah agak lama juga tarikh dan masa difikirkan. Akhirnya 1 Jun ada lagi rezeki kami berjumpa lagi. Tempatnya macam biasa di Musollah Ehsan, Bandar Baru Bangi.

     Macam biasa orang kuat sampai dulu. Sapa lagi kalau bukan Kak Azie Azah dan Iyra Mutalib. Kali ini dapat bersua juga dengan Pena Rozie. Kul 10 pagi depa dah sampai kooo.. Pastu aku dan keluarga menyusul dalam kul 2 lebih. Tempat dah bersusun jadi Abe Zam siapkan tempat untuk masak char kuey teow.

Tuan umah yang gembira sangat. Di sebelah kiri adalah suami Eja Eskobar dan sebelah kanan pula suami Acik Erna.

     Lepas tu, Ayah Zain, Kak Ida Mahmud dan Bunga Mawar pula sampai. Abah Zino, Acik Erna bersama keluarga singgah sebentar di sebalik kesibukan menghadiri kenduri kendara. Kak Junaina bersama keluarga juga hadir (pulut sekaya tuh besh ah, kak. nanti buat lagi noo?) dan Kak Ain Noraini bertiga beranak sahaja. Kak Azwa Kamar hadir bersama anak bujang beliau beserta kekuih yang banyak. Sample kuih raya pun ada so kalau nak tempah boleh hubungi beliau. Dapat juga kenal dengan Kak Wangi yang dok kat Kajang jer. Jangan dilupa orang agak jauh iaitu Cik Yan kita.

     Seterusnya sesi bergambo secara berjemaahlah...

Aku nak isi mangkuk, depa ajak bergambo. Laayaannn..

Ini pun nak enterprame gaks.

Setelah agak lama dok sentuh2 Mujib, akhirnya Uwan berjaya juga mengkidnep beliau...ahahhah

Kompom korang penah tengok gambo ini tapi dari sudut berbeza kan?

     Pada sebelah malamnya ada lagi yang nak berkunjung. Bukan 1 keluarga malahan dua. Jadi kemeriahannya bersambung selepas maghrib. Makan lagiks!

Atuk cakap kalau tak berpeluh, beliau tak selera makan..eheheh

 Tuan dokter dan memnya tak peduli lensa kamera dahhh..


     Macam biasa, gathering kali ini tersangat meriah. Meriah dengan rejeki, meriah gelak ketawa dan meriah dengan ukhwah. Alhamdulillah. Terima kasih atas kerjasama semua. Paling berharga, kami sekeluarga nak ucapkan terima kasih pada kak Anyss Je pasal menjadi pelanggan pertama char kuey teow-masak-di-rumah kami. Kami mendoakan tempahan tak putus2 lepas ini. GGori hok molek kato ore Kelate. Amin3...

     Macam biasa, kami tertunggu-tunggu gathering seterusnya. Macam Kak Azie cakap, Raya kots. Insyaallah...

8 comments:

cleffairy said...

Best la akak...kalau ada rezeki saya nak join la akak. =D Akak apa khabar? Sihat? Sibuk ke? Jarang update...kat Facebook pun lama tak nampak. Rindu. Hahahaha

*SiRibenMerah said...

Wahhh.. kali ini awal update.. thanks for the ukhuwah.. next gathering raya tuh kne plan bulan x raya la jawabnya..hikhikhik..

Izzy Izzudin said...

sorila x dpt join gathering kali ni...abg kawin...

JunAina said...

Kuih ijo tu tunggu gathering raya ehhh...hehehe...

pena rozie said...

Memang meriah. N best sgt......

atuk said...

Assalamualaikum Ayu

berusaha juga untuk hadir...itu yg datang sebelah malam...he he

walaubagaimanapun ucapkan terima kasih atas semua yg menjayakan perjumpaan ini....moga Allah berkati anda semua

Unknown said...

ruginya...harap lenkali dapat join pulakk..

Kakcik Seroja said...

Kemeriahan yang berterusan. :)