GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Tuesday, June 4, 2013

Tas Tangan yang 'Rare'

     Aku percaya ramai yang sukakan tas atau beg tangan. Tas tangan bagi orang perempuan dan beg sandang bagi lelaki. Beg tangan dan beg sandang neh ada macam-macam corak dan saiz. Ikut selera sendiri. Macam pakaian gaks, aksesori ini biasa menggambarkan identiti dan citarasa pemiliknya.

     Dari segi corak dan warna, ada antara kita yang sukakan beg tangan dan beg sandang yang unik dan lain dari yang lain. Aku pun macam tuh gaks. Agak cerewet kalau nak membeli tas tangan. Sudahnya aku pakai apa yang ada berkurun lamanya. Ada gaks yang kawan2 bagi, aku sebat pakai.

     Tapi, pertama kali aku tengok 1 produk kawan aku neh terus terpikat. Memang unik sangatlah. Korang tengok sendiri...

Ini adalah 'sling' bag atau beg sandang. Kasi 'close up' design dier nooo...

Kaum ibu pada tahun 60-an. 'Rare' sungguh kan?

     Aku juga ralit tengok corak pada produk2 yang lain terutama bangunan2 dan suasana di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang beberapa ratus tahun lampau. Ada yang mencecah 200 tahun. Yang gambar JWW Birch pun ada ko...

     Sebenarnya, produk dari jenama Sopan Santun Design neh bukan terhad kepada beg sandang sahaja bahkan ada juga bekas pensel, kusyen mini, alas meja dan terbaru, depa akan buat 'clutch' yang praktikal. Coraknya boleh diterbalik/ditukar. Korang nantikan.

     Harga produk2 neh semua bermula dari RM50 hingga RM160. Nampak macam tinggi sikit tapi nilainya itu yang penting. Gambar-gambar ini semua memang tiada di tempat lain kerana depa dapat hak eksklusif Jabatan Arkib Negara untuk menggunakannya. Hebat tak hebat kan? Kalau korang nak jadi pengedar pun boleh. Sangat dialu-alukan.

     Nak tahu lebih lanjut? Mohler 'like' FB depa, Sopan Santun Design dan boleh jamu mata lagi kat website sana. Tentu asyik.


4 comments:

JunAina said...

Akak handbeg dah lama masuk muzium, gi kerja galas je beg sandang. Tapi design depa tu memang lain dari yang lainlah.

akubiomed said...

Lain daripada lain tas tangan yang cuba diperkenalkan.

Ms Haslina said...

memang rare.
bagus hidupkan kembali zaman dulu2 ini.
menggamit kenangan.

Ibu Muda 30series said...

wahhh...mmg unik la kak ayuu... nk kena g jenguk ni :)