Sepatutnya entri ni aku tulis dan terbitkan semasa dalam atau baru lepas pantang. Tapi sebab 'kerajinan' melampau, aku baru terbitkan sekarang. Pun bolehlah kan? Yang penting topik ini sentiasa ada orang yang akan dapat manfaatnya.
Semasa bersalinkan Iffah Zukrina 3 tahun lepas, Abe Zam cari merata-rata daun herba untuk mandian aku. Dari Johan Setia, Klang sampai ke beberapa kawasan di Shah Alam ni sampai dah tak larat nak menjelajah dah. Pantang nampak orang tanam, beliau akan berenti, bagi salam kat tuan yang tanam tumbuhan terbabit dan nak minta beli. Kalau ada rezeki, tuannya ada kat umah; biasanya orang tu akan bagi je. Yerla untuk orang dalam pantang kan? Sebanyak itu orang prihatin kepada ibu mengandung, sebegitu juga orang prihatin pada ibu dalam pantang.
Tapi, korang jangan terkejut plaks bila aku katakan bila balik kampung aku, lagi susah beliau nak cari dedaun tu semua. Hebat kan? Moden benar kat kampung aku; orang dah tak berminat nak bercucuk tanam herba penting. Semua dok ingat beli je. Lagi 1, nak cari tukang urut pun kemain payah. Mak bidan jauh sekali. Masa bersalinkan Imran Zamir, aku nak berurut pun susah. Dah dapat tukang urut, tak lepas 3 hari plaks pasal makcik tu pun dah uzur. Uhux! Lepas tu baru tau anak sepupu Arwah Ayah aku ada sorang pandai urut. Jadi, bila balik kampung kami panggil beliau untuk urut aku. Upah pun ikut ikhlas.
Baiklah, kembali ke topik asal ye. Dah susah sangat nak cari daun herba mandian ni, Abe Zam cuba tanya kat kedai ubat Cina. Kat area umah kami ni boleh tahan banyak kedai ubat Cina ni. Selain harga agak murah dari pasar raya dan kedai runcit lain, macam-macam barang kita boleh beli. Salah satunya herba mandian ini. Agak lama juga aku guna herba mandian ni. Harganya pun tak mahal. Tapi aku lupa harga sebenarnya. Dalam RM2 lebih kots.
Herba mandian Daifonai ni 'penyelamat' urat-urat aku dalam pantang. 1 pek ni ada dua uncang besar untuk dua kali mandian.
Cara-cara penyediaan lengkap disediakan di belakang bungkusan. Senang saja, bah!
Herba mandian ini dipek dalam uncang seperti serbuk teh minuman tu. Cuma saiz dia agak besar. Masukkan satu uncang untuk sekali rebus untuk sekali mandian. Air rebusan herba ini dicampur pula dengan air biasa sehingga mencapai suhu yang diingini. Biasanya suamlah kan? Baunya memang herbalah dan aku sangat suka. Belum mandi boleh hidu dulu kasi naik semangat nak mandi.. haha
Penyediaan herba mandian dalam pantang ni sama pentingnya dengan amalan pemakanan, proses berurut, memakai bengkung dan lain-lain semasa dalam pantang. Kalau tak ikut, dikhuatiri badan dan urat kita wanita ni akan menanggung akibat di kemudian hari. Masa muda-muda ni tak terasa sangat tapi makin berusia nanti mulalah kita rasa situ sini sana sakit dan lenguh.
Korang plaks guna herba mandian apa untuk mandi dalam pantang?