GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label selamat hari guru. Show all posts
Showing posts with label selamat hari guru. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Hadiah Hari Guru Dari Imran Zamir

     Dalam dok sibuk2 ngan pelbagai benda dan urusan, cikgu Imran terlupa plaks yang Senin lepas adalah Hari Guru.Biasalah, kaum ibu merangkap guru dan suri rumah neh terlupa ngan sambutan2 istimewa utk diri sendiri. Jadi, sambutan Hari Guru peringkat skola Imran akan diadakan esok hari. Dah namanya sambutan, kenerlaa ader hadiah bagai kan? Kalo tak dibeli hadiah utk cikgu2 kesayangannyer, takot si Imran neh meleleh-leleh plaks. Jadi, ikutkanlah ajer.

 Mug n paper bag yg reganyer x sampe pon rm5. Berbaloi2 kan?

      Besh gaks kedai cenderamata 'Max Value' yang agak baru dibuka neh. Biasanya dok lalu2 n tengok2 dari jalan jeks. Tak penahnyer masuk. Maklumler, lom ader keperluan kan? Dah ado keperluan neh, mmglaa sampe berjodoh ngan kedai neh...ehehheheheh
      Bila masuk ajer, wah! Terdetik dalam hati,"Not bad kedai neh. Barang banyak" Kira byk pilihanlah.Next time takyah g jenjauh. Dkt Sri Muda neh memacam ado. Epengnya ajo disedia.
      Aku plaks kalo nak bagi hadiah, lebih suker kalo bender tuh digunapakai dalam rutin seharian si penerima. Barulah org tuh ingat kita bila pakai barang yg kita bagi kan3?...ehehehehe. Aku sendiri kalau diberi pilihan utk memilih hadiah aku, mmg aku nak yg dipakai/guna hehari. Bukan untuk hiasan. Yang hiasan tuh siket2 udohler kan? Macam tahun2 lepas, bila bebudak bagi hadiah hari guru mender2 hiasan tecik2 cinonet yg letak atas meja tuh, dh agak byk, aku tatau nak letak kt mana plaks. Ader budak yg bagi mug, aku suka sungguh pasai boley pakai wat meminum pepetang sementara tunggu masuk kelas kan? Itu skola dulu, skola now dah takder ayor panas so....hmmmm...ajerlah.
      Harap2 cikgu2 Imran suka hadiah itu yg semernyer ikhlas dari hati suci murni insan kurus bernama Imran Zamir. SELAMAT HARI GURU, CIKGU SU, CIKGU CT N CIKGU IZA!!

Sunday, May 15, 2011

Harapan Seorang Guru Cabuk Pd Kesekian Hari Guru

     Bulan Mei setiap tahun orang sangat teruja ngan pelbagai sambutan. Hari Ibu, Bapa, Jururawat dan macam2 lagi. Yang paling 'glemer' aku rasa, Hari Guru. Gah pada nama mungkin. Esok, Tan Sri Menteri Pelajaran akan mengumumkan satu berita baik untuk guru. Berita baik? Aku harap jangan jadi berita yang indah khabar dari rupa sajerler. Kalau nak cakap pasal imbuhan, bagi akhir thn n awal tahun ajerler tan sri weh. Yang dah lama pihak2 admin lupakan adalah dari segi kebajikan guru2. Memang selalu digembar-gemburkan pasal kebajikan neh tapi tindakan dan pembaharuan dari segi ini masih sepi. Aku tak nampak dan tak rasa lagi setakat ini. Contohnyer, pembantu guru. Katanyer jawatan dah diwujudkan tapi hanya di sekolah yang mempunyai enrolmen murid/pelajar 1500 ke atas. Jadi yang kurang dari itu maksudnyer guru2nyer tuh kurang kerja dan beban eh?..... ting tong sungguh...
     Esok, semua guru dan pelajar perlu ke sidang pagi. Adakah aku berharap untuk mendapat berbondong2 hadiah dari pelajar2 sehingga penuh kereta aku? Semua guru nak macam tuh ker? Aku tak kisah sangat pasal hadiah tuh. Kalau diberi, alhamdulillah. Apa yang aku harapkan dari murid/pelajar2 aku adalah supaya mereka lebih serius dalam pelajaran, dalam menimba ilmu. Terutama; peksa dah nak dekat neh. Kalau depa x bersungguh2 gaks, apa aku boleh buat lagi? Salah aku ker kalau depa tak nak menerima ilmu yang dicurahkan? Tak berhargakah ilmu itu? Lagi satu, supaya murid2/pelajar2 aku semua tahu membezakan antara kawan2 mereka dengan guru2. Dari segi adab dan pertuturan. Cara mereka berkomunikasi dengan guru. Bukan untuk dihormati sampai tahap sujud sembah hormat, tetapi cukuplah bercakap dengan nada yang sepatutnyer bukan tengking- menengking guru. Aku memang terfikirlah,"Apa mak bapak depa neh tak ajau ker tentang adab sopan neh?"
     Kepada mak pak plaks, sila2lah pantau anak anda terutama dari segi disiplin dan adab anak2 anda. Cara percakapan dengan orang tua2. Ajarlah depa atau setidak2nyer cakap dan cerita sket kat depa yang golongan tua harus dihormati bukan untuk dibuat 'derk' ajer. Dan juga, periksalah sket jejak langkah anak anda. Kemana destinasi depa dan dengan sapa depa berkawan. Apa plaks yang depa buat. APa aktiviti mereka. Kat Buletin 1.30 tadi, ada berita yang membuatkan aku dan ramai gaks orang2 kat luar sana menggeleng kepala. 10 orang remaja berumur lingkungan 14-15 thn sanggup berbasikal 3 jam dari Sijangkang ke Dataran Shah Alam semata-mata untuk ronda2 dan lepak2. Siap bawak rokok lagi. Apabila ditanya mak bapak tau ker tak yang depa nak reronda, kata mereka ibu bapa mereka dah maklum. Lagi terkejut beruk aku, mak bapak depa pon tau yang depa merokok. Korang bole trima tak? Aku plaks terpikir, budak skola aku ker? Hmmmm... dah kalo mcm tuh, korang pikir lagi, senang ker nak mendidik budak2 yang macam neh?
     Cakap psl harapan, kiter boleh berharap macam2. Kita nak itu, kita harapkan ini. Harapan tuh plaks, kdg2 boleh termakbul dengan izin Allah. Juga berkemungkinan akan jadi seperti yang kita ndak. Tapi, kalau harapan tuh seakan2 kelam ajer, adakah relevan lagi untuk kita terus berharap? Ikut lagu S07, Berhenti Berharap??