GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Sunday, May 15, 2011

Harapan Seorang Guru Cabuk Pd Kesekian Hari Guru

     Bulan Mei setiap tahun orang sangat teruja ngan pelbagai sambutan. Hari Ibu, Bapa, Jururawat dan macam2 lagi. Yang paling 'glemer' aku rasa, Hari Guru. Gah pada nama mungkin. Esok, Tan Sri Menteri Pelajaran akan mengumumkan satu berita baik untuk guru. Berita baik? Aku harap jangan jadi berita yang indah khabar dari rupa sajerler. Kalau nak cakap pasal imbuhan, bagi akhir thn n awal tahun ajerler tan sri weh. Yang dah lama pihak2 admin lupakan adalah dari segi kebajikan guru2. Memang selalu digembar-gemburkan pasal kebajikan neh tapi tindakan dan pembaharuan dari segi ini masih sepi. Aku tak nampak dan tak rasa lagi setakat ini. Contohnyer, pembantu guru. Katanyer jawatan dah diwujudkan tapi hanya di sekolah yang mempunyai enrolmen murid/pelajar 1500 ke atas. Jadi yang kurang dari itu maksudnyer guru2nyer tuh kurang kerja dan beban eh?..... ting tong sungguh...
     Esok, semua guru dan pelajar perlu ke sidang pagi. Adakah aku berharap untuk mendapat berbondong2 hadiah dari pelajar2 sehingga penuh kereta aku? Semua guru nak macam tuh ker? Aku tak kisah sangat pasal hadiah tuh. Kalau diberi, alhamdulillah. Apa yang aku harapkan dari murid/pelajar2 aku adalah supaya mereka lebih serius dalam pelajaran, dalam menimba ilmu. Terutama; peksa dah nak dekat neh. Kalau depa x bersungguh2 gaks, apa aku boleh buat lagi? Salah aku ker kalau depa tak nak menerima ilmu yang dicurahkan? Tak berhargakah ilmu itu? Lagi satu, supaya murid2/pelajar2 aku semua tahu membezakan antara kawan2 mereka dengan guru2. Dari segi adab dan pertuturan. Cara mereka berkomunikasi dengan guru. Bukan untuk dihormati sampai tahap sujud sembah hormat, tetapi cukuplah bercakap dengan nada yang sepatutnyer bukan tengking- menengking guru. Aku memang terfikirlah,"Apa mak bapak depa neh tak ajau ker tentang adab sopan neh?"
     Kepada mak pak plaks, sila2lah pantau anak anda terutama dari segi disiplin dan adab anak2 anda. Cara percakapan dengan orang tua2. Ajarlah depa atau setidak2nyer cakap dan cerita sket kat depa yang golongan tua harus dihormati bukan untuk dibuat 'derk' ajer. Dan juga, periksalah sket jejak langkah anak anda. Kemana destinasi depa dan dengan sapa depa berkawan. Apa plaks yang depa buat. APa aktiviti mereka. Kat Buletin 1.30 tadi, ada berita yang membuatkan aku dan ramai gaks orang2 kat luar sana menggeleng kepala. 10 orang remaja berumur lingkungan 14-15 thn sanggup berbasikal 3 jam dari Sijangkang ke Dataran Shah Alam semata-mata untuk ronda2 dan lepak2. Siap bawak rokok lagi. Apabila ditanya mak bapak tau ker tak yang depa nak reronda, kata mereka ibu bapa mereka dah maklum. Lagi terkejut beruk aku, mak bapak depa pon tau yang depa merokok. Korang bole trima tak? Aku plaks terpikir, budak skola aku ker? Hmmmm... dah kalo mcm tuh, korang pikir lagi, senang ker nak mendidik budak2 yang macam neh?
     Cakap psl harapan, kiter boleh berharap macam2. Kita nak itu, kita harapkan ini. Harapan tuh plaks, kdg2 boleh termakbul dengan izin Allah. Juga berkemungkinan akan jadi seperti yang kita ndak. Tapi, kalau harapan tuh seakan2 kelam ajer, adakah relevan lagi untuk kita terus berharap? Ikut lagu S07, Berhenti Berharap??

4 comments:

Nieda said...

Harapan tinggi seorang guru. "Selamat hari Guru" .

akuzle ayu said...

nieda: mungkin sukar juga utk dicapai

gnesop said...

Selamat hari guru ayu. Nampaknya berita pengumuman hanya yg sudah berlaku. Tak gitu? Huhuhu

akuzle ayu said...

sop: mmg bener. nama jeks lain. makna sama. mcm pembedahan jantina laaaa.jantan jd pompuan, kener tukau nama...hmmmm, tqvm 4 the wish