GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Wednesday, March 9, 2011

Rupa-rupanya Mamat Khalid tuh.....

     Bagus gaks cik abe aku beli paper hari Ahad lepas. Bolehlaaa aku tau 1 fakta yang tak kusangka. Mungkin korang semer dah tau tapi seingat aku takder plaks disebutkan dalam media2 yang lain. Atau masa fakta tuh disiarkan aku tak baca kots. Macam2 kemungkinan kan?
     Dalam ruangan apa aku dah lupa, ada temubual dengan Dato' Lat. Aku neh nak kata peminat fanatik Dato' Lat tuh takderler. Jujur neh jujur. Tapi memang aku kagum ngan bakat semulajadi anugerah Allah kepada beliau. Dan lebih membanggakan, karya beliau telah diangkat dan tersohor di serata donia.Diterjemah plaks dalam berpuluh-puluh bahasa. Kudos sgt2, Dato'! 
     Antara intipati yang paling menarik hati aku ialah beliau menyatakan yang pengarah filem 'pecah panggung' kegemaran korang tuh...alaahhhh...saper lagi kalo idok si Mamat Khalid tuh, adalah adik beliau sendiri.Fuuuhhhhh!! Korang dah tau ker or ngah melopong macam aku now? Aku still 'melopong' neh yea....ehehehehhe...memang 'unsangkerable' lah... Memang lagi kagum aku ngan keluarga Dato' Lat; telah membesarkan dan mendidik 2 orang 'harta' yang sangat menyumbang kepada negara. Al-fatihah utk. Pak Khalid!
     Lagi satu yang tak kurang menariknya, kisah 'Keluarga Si Mamat' itu pon rupa2nya mengenai si Mamat Khalid dan keluarga beliau....ehehehhehe...kiranya MK dah glamer dari kecik tapi  dari 'dimensi' kartun....alahai! Teringat den citer 'Dunia Baru The Movie' yang MK ada stesen minyak dan ajar pekerja Bangla beliau tentang selok-belok kejer.....hahahahhahahaha....


Tak sama langsung kan3? Tapi, 1 persamaan yang nyata adalah bakat yang ada dalam diri beliau berdua ini.

 Terima kasih aku ucapkan kepada Kak Intan dan Alex (sori kalo silap agak2 nama anda) di atas sumber gambar di atas. Silalah melawat blog depa. Isu2 yang ditulis memang menarik.

     Sesungguhnyer untuk berjaya seperti 2 insan ini bukanlah mudah. Bakat yang Allah kurniakan perlulah seiring dengan azam dan kesungguhan. Dan aku gaks berbangga kerana salah satu petikan dalam buku teks Bahasa Inggeris Tingkatan Satu adalah berkenaan Dato' Lat. Ini memang bagus pasal aku rasa generasi muda kita neh kurang tahu pasal sasterawan dan seniman tempatan berbanding seniman luar walaupun personaliti2 kita ini lebih terkenal seantero sedunia. Di akhir temubual dekat 'mingguan malaysia' itu, penulis/penemubual mengucapkan ulangtahun ke-60 kepada Dato' Lat. Dato', SAYA PON NAK MENGUCAPKAN BEGITU UNTUK DATO'.SEMOGA DATO' TERUS SIHAT SEJAHTERA UNTUK TERUS MENGHIBUR SAMBIL MENDIDIK KAMI MENGENAI JATI DIRI DAN ASAL KAMI SENDIRI.AMIN3!!


P/S: Teringinnya nak tgk 'Lat The Musical'.....hmmmm..dapatkah??

    

7 comments:

Nobita Sensei said...

yeke..baru tau jugak..haha.

akuzle ayu said...

nobita sensei: yeker? so sy tidak berseorangan eh? ehehehe

The Red Rambutan said...

wahh... patutlah hebat hebat Idea Encik Mamat Khalid ni. mereka berdua memang hebat. Dan sya amat respect kepada mereka tu. Tahniah untuk Encik Mamat Khalid dan Dato' Lat.

Ms Haslina said...

baru tahu juga. kagum dengan abangnya dan juga kagum dengan hasil filem adiknya.

akuzle ayu said...

red rambutan: mmg individu2 tersohor...

haslina: sy pon mmg kagum sgt2 ngan mereka neh...

kak ina kl said...

akak memang dah tau lama dah..
memang kagum dengan mereka berdua.
rasa cam nak tenguk teater lat tu..tapi budget ketatlah pulak

akuzle ayu said...

kak ina kl: yeker, kak? x bagitau...ehehehhe...btui2,teringinnyer nk tgk teater tuh tp bajet sy pon ketat mcm akak....huhuhuhuhu...sesama nangislaa, kak