GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Saturday, May 30, 2015

Makan di U-Cafe Wangsa Walk

Dah lama tak dapat jemputan 'food review'. Alhamdulillah kali ni Jamar Bahar jemput untuk merasa hidangan di U-Cafe Wangsa Walk, Wangsa Maju. Terima kasih, bro. Tentu korang tau tempat ni kan?

Nak cari lokasi kafe ni tak susah. Korang masuk ikut pintu utama Wangsa Walk terus nampak tempatnya kat depan ni. Dua tingkat lagi. Kat atas korang boleh pilih nak makan 'indoor' yg berhawa dingin atau 'outdoor' kalau nak berpanas dan berpeluh sikit.





Pembuka selera iaitu kerabu taugeh. Memang terbuka selera u ols. Minuman plaks macam air pudina asam.




Platter makanan laut. Ada sotong dan udang celup tepung beserta 4 ketul isi ikan salmon. Sesuai gaks untuk 'starter'.






Combo platter. Ada kentang 'fun fries' dan 'wedges', isi ikan bersalut 'jaring' rangup, ikan dori celup tepung dan ayam goreng. Ayamnya aku suka. Berjus dan lembut walau dah lama dihidang. Kompom ayamnya segar.






Lagi satu pembuka selera, salad bersama roti perancis. Atas roti tu ada sambal ikan bilis kering. Memang membangkitkan selera.







Spghetti karbonara dengan kepingan daging. Sosnya agak cair tapi oklah tak muak sangat.







Dua pinggan stik yang tak sama ye? 1 ada campuran lamb shank dan ayam gril. Lagi satu memang lamb shank je. Ok juga rasanya.






Nasi putih dengan ikan talapia goreng rangup dengan sayur acar kobis dan sambal kicap. Nampak 'humble' dan ringkas tapi rasanya kelas pertama! Ikan tu nampak macam masin tapi sebenarnya tidak. Sesuai sungguh gandingannya acar kobis/sayur campur dan kicap tu. Sedap sangat. Ada 'chia seed' kat nasi putih tu.







Nasi putih dengan sayur campur dalam bakul keladi. Pertama kali rasa bakul tu. Ringan je rupanya. Tak berapa suka. Lauknya ayam mentega. Boleh diterima. Tapi sayur kacang botol tumis sambal tu pedas sangat. Pedih lidah. Haha






Udang tumis sambal dengan asparagus. Ku suka gaks. Sedap ratah2 sayur mahal ni. Haha..






Nasi goreng bersama isi ketam dalam daun lotus. Biasa je bagi aku.







Nasi lemak rendang ayam. Tengok kacang tanah dia punya besau. Masa ni perut aku dah tak larat nak terima makanan dah. Sendat oi!. Haha..







Nasi putih dengan kari hijau ayam. Alamak! Kegemaran ni. Sesal kalau tak rasa. Amek sesudu nasi dan lauk. Aduh, sedapnya! Lain kali datang nak pesan ni. Highly recommended! Abe Zam makan separuh.






Mi kari. Besar sungguh mangkuknya. Aku dah tak larat tapi tengok rupa macam sedap. Depa ni dok makan nampak sedap. Karinya pekat dan isi boleh tahan.







Kue teow goreng. Nampak sedap. Sedap kots. Haha..








Nasi lemak paha ayam. Nampak menyelerakan tapi perut dah sendat. Larat tengok je.







Mihun goreng dengan kupang. No komen pasal tak rasa. Dah sendatttt perut!







Menu terakhir. Kegemaran plaks. Tapi memang tak sampai hati nak dera perut lagi. Asam Laksa. Kuah nampak pekat. Lain kali nak pesan ni gaks.



Memang mewah 'food review' kali ini. Itu pun aku tak rasa nasi kukus depa pasal sampai lambat. Kalau tak.. Huhu. Aku nampak nasi kukus ayam berempah tu banyak. Ayam pun agak besar. Bulan puasa ni U-Cafe ada buat buffet Ramadhan dan menu nasi kukus. Harga korang boleh tanya Rachel di nombor 019-3133668. Nak tempah untuk sambutan hari jadi atau apa-apa jamuan pun boleh. Ikut tema pun depa layankan. Yang penting hubungi Rachel tu tau?





Yang pompuan tu Rachel takkan yang lelaki tu plaks kan? Nick ke nama dia tu. Aku lupa.. Huhu

Apalagi korang? Jomlah terjah. Ini baru tunjuk makanan. Belum minumannya yang ada macam-macam jenis dan banyak pilihan.. Kat FB 'like' page depa U-Cafe Wangsa Walk...

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 4, 2015

Jemputan Makan di Corona Del Mar, Kota Damansara

Sabtu, 31 Januari lepas. Kami dapat jemputan merasa masakan Spanish. Eh, Spanish/Spain dalam BM apa eks? Haha.. Terima kasih buat Traveller Comel, Rayyan Haries sudi melayang jemputan walau orangnya jauh beribu batu.

Ramai gaks kengkawan bloggers yang hadir. Terubat juga rindu ni. Tapi tak sempat nak nyembang pasal dok meja sendiri yang terpisah. Lagipun dok melayan gelagat bebudak ni. Lain kali boleh sambung borak.

Khabarnya Corona Del Mar ni bakal menambah menunya. Menu inilah yang dijamu kepada kami. Meh tengok dulu menu. Hidangan menyusul nanti..



Nak nyebut sesatu tak pandai. Korang tengok tajuk hidangan dan keterangannya nanti..

Inilah menunya..



Roti perancis kots org panggil tu. Diletak campuran tomato dan sos yg dibuat sendiri memang membuka selera. Yang ini terdapat bawah 'deskripsi' tapas.





Ini plaks sup makanan laut. Rasa macam rempah2 sikit tapi tak kuat sangat. Dimasukkan juga beberapa hiris udang. Bolehlah dihirup perlahan-lahan masuk tekak n perut.. Haha





Ini spghetti sayuran. Sos dia tak berapa banyak jadi makan spghetti ni tak berapa nak sesak perut, tak kembang sangat so masih boleh masuk hidangan lain lagi.





Rasanya ini paella. Risoto atau nasi beras kontot yang biasa omputih makan. Ada makanan laut macam kupang yg bam bam, lala yang segar serta udang. Sedap! Gua suka sebabnya rasa lala yang segar tu kuat. Sesuai selera gua. Ada rasa berkeju gaks.





Inilah menu yang direkemen oleh chef iaitu ayam bakar Moroco. Pendapat aku, rasanya sangat biasa. Daging ayam agak kering tak berjus pun ye. Sos dia agak tak kena. Bagi aku hidangan ni sangat simple. Pihak restoran boleh perbaiki lagi.






Hidangan terakhir adalah ekor lembu dalam sos apa ntah. Mohon rujuk menu lagi sekali ye? Dagingnya lembut tapi kuantitinya kurang. Tak puas makan. Kena tambah sikit kots. Sos dia rasa mcm sos bolognaise je. Tapi sebab dagingnya lembut boleh ampun lagilah.

Bila kawan bloggers cakap ada 1 hidangan tak ada baru teringat. Betullah. Bebola daging tak ado. Dalam menu ado..

Minuman yang dihidangkan adalah teh lemon ais dan air kosong je. Bolehlaa..

Jadi, bila korang plaks nak try jadi org Spanish? Hihi

posted from Bloggeroid