GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label Kota Damansara. Show all posts
Showing posts with label Kota Damansara. Show all posts

Wednesday, February 4, 2015

Jemputan Makan di Corona Del Mar, Kota Damansara

Sabtu, 31 Januari lepas. Kami dapat jemputan merasa masakan Spanish. Eh, Spanish/Spain dalam BM apa eks? Haha.. Terima kasih buat Traveller Comel, Rayyan Haries sudi melayang jemputan walau orangnya jauh beribu batu.

Ramai gaks kengkawan bloggers yang hadir. Terubat juga rindu ni. Tapi tak sempat nak nyembang pasal dok meja sendiri yang terpisah. Lagipun dok melayan gelagat bebudak ni. Lain kali boleh sambung borak.

Khabarnya Corona Del Mar ni bakal menambah menunya. Menu inilah yang dijamu kepada kami. Meh tengok dulu menu. Hidangan menyusul nanti..



Nak nyebut sesatu tak pandai. Korang tengok tajuk hidangan dan keterangannya nanti..

Inilah menunya..



Roti perancis kots org panggil tu. Diletak campuran tomato dan sos yg dibuat sendiri memang membuka selera. Yang ini terdapat bawah 'deskripsi' tapas.





Ini plaks sup makanan laut. Rasa macam rempah2 sikit tapi tak kuat sangat. Dimasukkan juga beberapa hiris udang. Bolehlah dihirup perlahan-lahan masuk tekak n perut.. Haha





Ini spghetti sayuran. Sos dia tak berapa banyak jadi makan spghetti ni tak berapa nak sesak perut, tak kembang sangat so masih boleh masuk hidangan lain lagi.





Rasanya ini paella. Risoto atau nasi beras kontot yang biasa omputih makan. Ada makanan laut macam kupang yg bam bam, lala yang segar serta udang. Sedap! Gua suka sebabnya rasa lala yang segar tu kuat. Sesuai selera gua. Ada rasa berkeju gaks.





Inilah menu yang direkemen oleh chef iaitu ayam bakar Moroco. Pendapat aku, rasanya sangat biasa. Daging ayam agak kering tak berjus pun ye. Sos dia agak tak kena. Bagi aku hidangan ni sangat simple. Pihak restoran boleh perbaiki lagi.






Hidangan terakhir adalah ekor lembu dalam sos apa ntah. Mohon rujuk menu lagi sekali ye? Dagingnya lembut tapi kuantitinya kurang. Tak puas makan. Kena tambah sikit kots. Sos dia rasa mcm sos bolognaise je. Tapi sebab dagingnya lembut boleh ampun lagilah.

Bila kawan bloggers cakap ada 1 hidangan tak ada baru teringat. Betullah. Bebola daging tak ado. Dalam menu ado..

Minuman yang dihidangkan adalah teh lemon ais dan air kosong je. Bolehlaa..

Jadi, bila korang plaks nak try jadi org Spanish? Hihi

posted from Bloggeroid

Sunday, December 19, 2010

Sesi Sejuk Dingin Bersama Bang Dul dan 'Bilik Sejuk'

     Nak kata aku ikut sgt n baca blog Bang Dul neh hari2 takderlaa (pengakuan berani neh..eheh). Tapi aku ader follow beliau. Dok merayau2 dekat 'umah' kakak kesayangan kebanyakan dari kita iaitu Kak Ina KL , ternampak plaks 'iklan' khidmat masyarakat neh dekat umah Abg Dul. So, rasa happy lah pasal bolehlaa tgk depan2 cemana rupa 'bentuk' Bang Dul neh...ehehehehhehe
     Errr... tetiba takder idea... uhux!! Ok... gua nak share ngan korang semer APA YG MEMBUATKAN GATHERING BERSAMA MAZIDUL KALI INI SPECIAL:


1. Diadakan di tempat/restoran konsep yang dah lama aku teringin nak g; iaitu di Ice Room Kota Damansara. So, gathering ini menjadi alasan kukuh untuk aku ke sana...kuikuikuikui...

2. Dapat bergambar kenangan dengan pemilik Ice Room Kota Damansara iaitu Dato' Razali n Datin Faridah Kassim. Sapa yang slalu dok tengok2 drama2 tv era 80-90an sure kenai Datin Faridah neh. Beshlah Dato' n Datin yang ramah. Rasa macam dah lama kenai.

 3. Dapat merasa pelbagai hidangan yg kebanyakannyer 'fusion' Oriental + Western pada harga yg berpatutan.Nyam3....

 4. Sudah tentunya dapat merasa aiskrim yang memang lemak berkrim tetapi tidak terlalu manis. Manis2 buah yg asli lah katakan. I can see people droolinggg!!!

5.Berpeluang menggunakan 'wifi' free jadi pembaziran masa dapat dielakkan. Boleh 'update' blog, 'publish' status dkt 'Twitter', boleh 'upload' gegambo dkt FB dll lah... Satu lagi sebab untuk melepak lebih lama di sini..Sebut pasal 'updet' blog, nak tgk bukti 'hidup' dan langsung d depan mata? Meh2..
 Bang Dul begitu 'komited' kpd blog dan pembaca2 beliau.
Nak bukti lagikk? Ado laie neh haaa...

 Azrul Hisham turut menggunakan perkhidmatan yg disediakan. Alid seperti kebiasaan (yeker?) menjadi 1 entiti plaks...ehheehhe. Hokeh2 sambung....
 
6. Ada 'playground' untuk melekakan anak2 supaya mak pak lehlaa gebang2 sampe tak hengat donia eks? Takper, Ice Roo neh tutup kul 12 malam.
7. Berpeluang pulaks berjumpa dan bergambar dengan Uncle Ruslie Sophian, dramatis popular yang dah lama menghilang. Rupanya ini kerja Uncle selama ini yea??hihiii... gurau2, Uncle... tak sempat nak borak lelama tp wife Uncle sgt ramah. Tqvm sudi bagi contact no n blog Uncle kt saya.

8. Dapat bergambar reramai even dalam pose neh aku n suami tak kelihatan. Hasil 'jari' Imran Zamir. Ada lulus tak?? ..ehehehe

 9. Palinggg besshhh... dapat bergebang2 ngan Bang Dul yg sgt2lah mesra rakyat. Tak sangka ada orang popular yang ramah macam beliau eks? Datin Faridah pon sama. 


     Dah tau sebab-musababnya gathering neh best eks? Sebenarnya, ada lagik weh. Sebab ke-10, entri paling kreatif melaporkan pasal gathering neh akan dipilih oleh Bang Dul untuk 'dikurniakan' voucher bernilai rm100 untuk menikmati aiskrim secara besar2an di Ice Room....huhuhuhuhu... saperlaa yg bertuah tuh. Ada 1 jeks voucher...huhuhuhuhu...doa2 ajerlaa kan?
      Kat bawah neh adalah senarai 'bloggers' yg hadir pada malam tersebut. SEnarai ini gua cilok dari 'umah' Bang Dul. Jgn mare eh, bang...eheheh
1. Kak Cik seroja - kakcik, tqvm coz sudi mai kt meja kitorg n salam2 serta memperkenalkan diri.Den neh baru 1st timer tuh yg memalu tikus tuh....ehehe
2. Azieazah
3. Badut - sapo neh? x jmpa link..aduyai!
4. Lord Zara
5. Gapisman
6. Enul Wani
7.Eri-Chan dan kawan (Hak mana satu?)
8. Acu
9. Jard The Great
10. The Red Rambutan
11. Akuzie dan famili - coba teka siapakah ini? hwehwhehwe...
12.Azrul
13. JMR
14. Mia
15. Zaini Zaa
16. Jinkamen - tgk header blog awk dah geli dh perut, bro...whehwhehwe.. tq sudi tegur2 kitorg
17. Ondscene 
18. AzMask dan Adam   - isteri tersayang kpd. blogger bernombor 16... hehehehhehe