Entri pertama untuk 2011. Dah lama aku 'menghilangkan' diri. Tahun bergantilah katanyer. Malas? Bukan itu yea! Sebenarnya, penghujung tahun lepas aku mendapat khabar. Satu khabar duka dan lagi satu khabar gembira. Biasanyer orang bagitau khabar x besh duluh kan? Ok... khabar tak gembira ini yang 'mendorong' aku untuk menyepikan diri sekaligus 'menyawangkan' umah aku ini. Umah yang sebenaunyer pon tak berkemas...huhuhuhuu
Tanggal kain 1/12/2010, aku menerima 1 panggilan telefon dari sekolah; menyatakan aku 'mendapat' sekolah baru. Aku ingat dapatlah sekolah yang dekat memandangkan aku memang memohon pertukaran ke daerah Shah Alam. Akan tetapi, bila ketua kerani memaklumkan yang aku di 'deploy'kan ke Kuala Selangor, aku dah tak reti cemana nak bagi respon dah. Dahlaaa hari sebelumnya tuh aku kener jaga SPM sampai kul 3.30 ptg dan sampai umah plaks kul 4.30 ptg. Lepas tuh nak rehat hari esoknyer; dapek plaks biter bongok neh. Kalo korang cemana tindakan yang akan dibuat?
Aku nak berkemas semer barang n hangkut laki n anak aku ke sana? Bukan semudah itu. Isnin minggu berikutnya, aku ke JPS; menguruskan surat rayuan dan kemudian berhubung plaks dengan NUTP. Yerlah, ini adalah masa yang sesuai untuk aku menggunakan khidmat mereka setelah aku membayar yuran bulanan sejak 2000.
Rayuan aku terus diluluskan? Tidak semudah itu juga. Rayuan pertama ditolak; mentah2 barangkali. Makin bercelaru fikiranku. Berkongsi rasa yang sama adalah 99 orang lagi guru2 yang di'deploy'kan secara paksa; yang kebanyakannyer sudah senior, mempunyai masalah kesihatan dan masalah menjaga ahli keluarga yang sakit. Begitu 'kelakar' dan 'pelik' apa yang berlaku ini. Aku percaya ramai antara korang yang ngah baca neh mengikuti perkembangan semasa juga iaitu berkaitan 'redeployment' ini. Punca 'redeployment'? 'Accessive' teachers... betui ka ejaanku ini?.....huhuhuhuu... nama jeks teacher B.I tp kdg2 'vocab' poblem gaks...ehehehehehe... berlebihan guru di bandar jadi guru2 berkenaan mesti ditempatkan semula ke kawasan luar bandar. Jadi, korang yang lepas SPM neh, masih bercita2 menjadi guru?...ehehhehehhe
Itu belum masuk citer layanan pegawai2 dan staf2 KPM, PPD DAN JPS pada guru2 neh. Malas aku nak citer byk pasal takot dicap aku neh penghasut plaks. Heiii... susah ah jadi pegawai kerajaan. Sesama pegawai kerajaan pon tak boleh nak bertolak ansur dan pakai budi bahasa dan budi bicara yang sepatutnyer. Profesionalkah ini?Tapi tak semualah yang macam tuh. Yang ketua2 neh biasanya lebih memahami tapi yang terlebih songeh adalah orang2 yang berada di bawah lah, staf2 di bawah; yang kadang2 tuh lebih sudu dari kuah. Means ada staf yang tak berkenaan pon ngan bahagian tuh tetapi depa plaks sebok2 nak mai kepoh2 kat situ. Paham ker x eh? Buat2laa paham yea....
Jadi, kepada pegawai2 kerajaan terutama yang bekerja di pejabat2 kerajaan, silalah melakukan ibadah anda dengan betul, terutama yang melibatkan pegawai2 atau staf2 yang lain; kerana kalau anda melakukan kesilapan, dan pegawai yang lain teraniaya, adakah anda mampu untuk memohon maaf? Kalau yang dianiaya secara sengaja atau tidak itu dalam bilangan yang ramai, mampukah anda minta maaf kepada setiap orang? Dan kalau individu2 terbabit sudah meninggal dunia, macam mana??
Dipendekkan 'rintihanku' ini, selepas kali kedua merayu, ianya diluluskan dan aku mendapat penempatan baru iaitu 22km dari rumah. Dah dekatlaa tuh kalau nak dibandingkan dengan 90km sebelum ini. Tapi, baru 2nd day aku berulang, aku dah merasa penat tahap gaban. Terutama hari ini pasal aku kener ngaja ptg.Bolehlaaa tuh... apa nak buat, asal aku boleh berkhidmat dan feel belongs to some place. Sebelum ini nama aku seolah2 tidak wujudlah psl mender neh...hmmmm... nk citer pjg2 tapi tak perlu kots.Tapi rasa best gaks pasal kawan2 baharu semua mesra dan baik2. Hey, it's a good start right? Aku pon nak ucapkan penghargaan kepada Pengarah JPS skang n ketua sektor bahagian sekolah yang mendengar permasalahan kami dan bertindak segera. Terima kasih byk2...
Berita baik plaks? Kalo korang perasan, kat atas belah kiri tuh apa aku letak? Hmmm... korang g usha2 sendirik ah... apart from bad news yg aku dpt neh, terselit juga rejeki yg Allah kurniakan...hmmmm.. it pays laaa untuk mender2 tak besh yang aku lalui b4 this. Tugas aku now adalah untuk jaga kesihatan n jaga 'beliau' supaya beliau kuar nanti dalam keadaan yang sihat dan sempurna..Amin3!! Dan alhamdulillah juga. Imran adalah orang yang paling happy dan selalulah dok tnya baby dok buat apa dekat dalam tuh. Masa memula dpt tau tuh, dalam keta Imran siap nyanyi pelbagai 'genre' lagu yg liriknya diubah sesedap rasa khusus utk baby. Kreatif kan anak aku?...ehehehehhe
Tiada apa yang aku harapkan now selain kehidupan dan kesihatan yg lebih baik. Moga2 bebas dari stress melampau yang sering aku hadapi 3 thn kebelakangan. Korg2 pon doa2kan yg terbaik utk aku sekeluarga dan aku juga berdoa mender yg sama utk kwn2 aku yg baik dan selalu menyokong aku....