GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Wednesday, July 20, 2011

SEO atau Kemanusiaan?

     Mender neh macam dah lama aku nak utarakan kat sini tapi macam malas ajer. Tapi, selagi ianya tak aku 'garap'kan kat sini, kadang2 ianya timbul tenggelam dalam kepala jemala aku neh. Tapi, lepas aku tgk gambo yang agak ngeri pasal kemalangan yang lori ker haper hempap kereta yg mangsanya ibu mengandung yg dikhuatiri terkorban, aku rasa dah sampai masanya aku share pandangan, pendapat dan rasa tidak puas hati aku pada korang semer. Korang yang sudi baca mender neh.
     Dalam gambar muka depan Mingguan Malaysia Ahad lepas kalau tak silap, ramai manusia berkerumun di tempat kejadian dan yang paling menarik perhatian aku, pada seorang lelaki yang memegang telefon bimbitnya dan merakam gambar kenderaan yang remuk dan seakan leper dilenyek lori.
     Itu hanya 1 contoh. Kalo korang baca paper, baca blog pasal kemalangan, bukan seorang manusia yang ringan tangan...oppsss...bukan utk menolong tapi merakam gambar mangsa2 di tempat kejadian. Lagi bagus kalau masa tuh mangsa meninggal di tempat kejadian, mayatnya belum diangkat dan pihak berkuasa belum tiba. Aku tataulaaa apa perasaan korang kalo tgk mender neh, then tak merasa apa2. Memang tidak dpt dinafikan yang kita suka tgk n baca berita mengenai kemalangan terutama kemalangan maut. Lebey2 plaks kalo diletakkan kat blog untuk tujuan SEO or nak dapatkan trafik yang mencanak. Memang akan tinggi trafiknya, tak dapat nak dinafikan. Yerler, kalo nak tgk kat paper kne sensor kan? Mana syok.
     Aku masih teringat dengan beberapa kemalangan maut kat negara kita dalam 1-2 tahun lepas yg melibatkan kehilangan byk nyawa dan juga terjadi pada tarikh yang 'cantik'. Berlumba-lumba bloggers yg kebetulan berada di tempat kejadian snap seberapa byk gambar tempat kejadian dan juga mangsa2. Kalo tak berada di tempat kejadian pun, bloggers yg seakan ketandusan idea neh sanggup copy n paste; dengan izin atau tidak gambo2 terbabit. Semuanya pasal 'keywords'  kemalangan tersebut mencatat hits yg tinggi. Suratkhabar juga akan cepat habis dan biasanya gambar muka depan yg paling ngeri akan jadi laaggiii laris macam cekodok pisang panas. Hmmm... sepatutnya akhbar2 yang mendapat untung lebey dari berita kemalangan itu menyumbang derma untuk keluarga2 mangsa... ada btui? Memanglah tugas melapor tuh koje depa tapi kalau mender tuh tidak disensasikan secara melampau lagi bagus. Silalah jaga hati dan perasaan ahli keluarga mangsa.
     Lagi, aku teringat juga, melalui komen2 kat gambar yang diambil tuh, ader juga bloggers/wartawan yang men'sensored' gambar2 tertentu, contohnyer keadaan mayat yang menyedihkan demi menjaga integriti, adab sopan dan maruah mayat, itu aku hormati dan puji. Yang buat aku bengkek, ada yg komen tuh beria-ria sungguh nak tgk yang tak 'sensored' punya. Kata depa tak pueh hati tgk gambo yang di'blur'kan or yang di'kaler'kan. Nak tgk yang real. Hampeh!! Kebengongan apakah ini? Depa neh takder hati dan perasaan? Kalo mangsa tuh mak pak depa, adik2 depa, bini depa, anak depa...cemana? Nak ker org ramai amek gambo dan paparkan kat khalayak? Meski hanya kat blog or melalui maya, tapi mender tuh tetap tidak hormatkan pihak2 yang terlibat. Geram sungguh aku neh...
     Lagi satu, isu neh gaks bukti orang kita or orang lain gaks menyalahgunakan teknologi canggih manggih yang ada now. Maklumler, semer orang dah mampu pakai macam2 henpon, leh amek video ler haper, so kalau dah terserempak ngan kemalangan, ramai yang sukarela nak jadi jurukamera tak berbayar serta tak bertauliah. Then, ngan bangga plaks dok tayang sana sini, muat turun kat youtube lah bagai. Lepas tuh rasa cemana? Bangga coz dapat dedahkan aib orang? Aib mayat? Bila nak minta maaf ngan orang yang dah mati tuh? Bukankah kita neh dituntut menutup aib org? Terlebih lagi aib org lain? Aib orang yang dah meninggal? Agak2 bole jawab??
     Kalo ada yg nak marah ngan luahan aku neh, aku minta maaf. Tapi, dari segi kewajaran tuh, aku memang mempertahankan pendapat aku neh demi byk mender. Salah satunyer, kemanusiaan. Sudah hilangkah dari dalam diri kita semua?? Dah tak tertinggal langsung??

    

2 comments:

madammondoq said...

salam singgah..

panjang u cerita ye.. nice..

JOM BACA NI : MENANG DETTOL DARI REDMUMMY

JOM BACA NI : TRAVELODGE DOCKLANDS MELBOURNE HOTEL

akuzle said...

madam: ahahha... dh namo ae membebel, biaso ah...ehehehhe..taniah menang bebarang dettol tuh... cukup stok 2-3 bulan yer?