GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Tuesday, March 20, 2012

Menonton 'The Comedy of Errors'

     Menontonnya dah lama tapi baru sempat rajin nak hapdet. Teater ini merupakan projek pelajar  Diploma Seni Lakon dan Pengurusan Seni, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UITM Shah Alam.

Bacerler sinopsis kat sini.

     Karya William Shakespeare neh macam biasa berpusing berbelit citer dier. Aku yang belajo siket2 neh pon slalu bingung2 masa belajar dulu. Jadinya, aku memang respeklah kat pensyarah depa ini iaitu Encik Fasyali Fadzly yang berjaya memahamkan aku dan khalayak dengan menterjemahkannya dalam Bahasa Malaysia. Bila mula2 dengar dialog pelakon2 tuh, rasa kelakar sungguh. Yerler, nama pon teater komedi kan? kuikuikuikui....meh aku kongsikan sedikit ulasannya...

1. Pemilihan pelakon - baik. watak si kembar memang sesuai diberi kepada kedua2 pelakon tersebut. nanti korang checkler nama depa kat fb neh. sorang nampak mcm si Ezendy (watak 'Bokbong' dalam 'Budak Kelantan') dan lagi sorang macam Along Cam Raja Lawak... meh tengok btui ker tak...

Watak 'hooker' yg vaa vaa voom the vast!!

Punyalaa besaq rantai mas...

 Orang ker unta neh? kehkehkeh...


2. Props dan 'costumes' - pakaian depa semua neh memang menarik. tampal sana, mixed sini. budaya tempatan campo budaya asal citer ini. budaya omputihlaaa kan? 2 unsur kelainan yang paling menarik adalah barongan yang dipakai atas kepala seperti mahkota ker tiara tuh. Pastuh, tanda '?' dan '!' di kiri dan kanan pinggang para pelakon. Akan diangkat untuk 'nada' yang bersesuaian... memang kreatif sungguh...

3. Pentas - susun atur dan penggunaan 'props' yang kemas. Pengunaan blok2 beroda yang boleh ditolak ke sana ke mari untuk pertukaran babak sangat praktikal. Pelakon yang menunggu babak mereka pula tidak ke belakang pentas sebaliknya duduk di sekelilingnya. Ala, macam dalam 'Spontan' tuh.

Blok beroda tuh kat belakang depa neh...

     Masa aku menyembang ngan seorang lagi pensyarah depa iaitu Puan Ummi, aku dapat tau yang depa neh memang 'raw' punya bakat. Tak penah g Istana Budaya, tak penah nonton teater, tak penah ada pengalaman berlakon kat memana pon. Tapi, lakonan memang mantap bagi newbies laaa.. Tak pakai 'mic' pon tapi suara depa memang jelas.

4. Teknikal - ada sikit kelemahan pada permulaan iaitu 'setting' lampu tapi dapat di'kaver' oleh pelakon2nya. Harap pada masa hadapan masalah ini tidak berulang memandangkan pementasan itu ditonton pada malam kedua.

     Ohkey, secara keseluruhannya aku bagi 4 (5 sebagai markah penuh) bintang untuk teater ini. Layak juga mendapat 'standing ovation' dari aku. Betul2 aku tepuk sambil berdiri masa depa semua neh kuar semula untuk diperkenalkan di pentas. Aku harap depa neh semua meneruskan kerjaya dalam bidang teater dan perfileman pada masa depan pasal idea dan bakat depa neh tak patut disia-siakan.

Jumpa retis plaks sebelum masuk...

Si tukang pomot sampai masuk TV1, TV2 n TV3 dan juga suratkhabar... err, ader masuk kat lain lagik? tqvm 4 the hospitality, wahai Dik Dinni...

Pameran kat luar yang cantik sungguh...

6 comments:

kakcik said...

Lamanya Ayu bertapa. Ingatkan dah merajuk dengan dunia blog ni. :(

KhaiRin : anies said...

sapa retis tu?

nyanyisunyi said...

oooo..ni yg dpt tiket free tu ke...

retis tu dah dewasa sikit tmbh hensem kan..

@cu SaYaNg said...

lama menghilang

azieazah said...

Retis tu yang jadi watak “Muhammad” dalam citer Qalesya tu eh?

Best nya dapat tonton teater!

ainnoraini said...

Waaa...mesti seronokkan pegi tengok teater...
apasal tak ajak kakain...nk jugak pegi.. Kalau free la kannn..