GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Saturday, April 30, 2011

Kegilaan 'God of Carnage'

Half naked on stage? Gila tak?

     Alhamdulillah! Selamat sudah aku ke PJLA ditemani seorang kawan blogger yang tak pernah bersua muka namun dek kerana rejeki tgk play neh dapeklah menatap wajah memasing...ehehehehhe... Tqvm, my dear Bella Enveeus!
     'God of Carnage' neh mengenai 2 pasangan ibu bapa yang bertemu untuk menyelesaikan konflik antara anak2 lelaki mereka. Alan dan Annette (Will n Lina) mempunyai anak bernama Benjamin yang aku anggap membuli Henry iaitu anak kepada Michele dan Victoria (Megat Sharizal dan Maya Tan Abdullah). Mereka bertemu di rumah pasangan Michele. Mula2 tuh situasi sangatlah terkawal lagi. Victoria yang berkerjaya penulis seperti sedang menemuramah pasangan Alan dan aku plaks sedikit confuse dan tersalah anggap yang depa neh muncul dalam program bual bicara televisyen....ahahhahahah.... so slow!
 Tgk tuh.Macam dalam talk show kan? Si Victoria siap tulis dlm notebook dier lagik.

      Situasi di awalnya sangat2 terkawal lagik walaupun sebenarnya nampak macam janggal benar. Yerler, kalo anak2 dah bergaduh or dibuli, mana mungkin ibu bapa kedua2 belah pihak bole control lagik kan? Musti mak pak pon panas ponggong rasa nak bergasak ajer.
  
 Keadaan dah mula tak terkawal apabila Annette tetiba rasa mual nak muntah

 Annette rasa bersalah lepas muntahkan isi perutnya kat buku2 kesayangan Victoria.

       Memang real btui time Lina neh tetiba muntah. Patutler seat row 1 dan 2 dikosongkan. Mati2 aku ingat ader vvip maner or sesapa yg istimewa ker nak dok kat situ.. Rupa2nyer....ahahhahahaha... giler punyo gimik.
Dah namanyer comedy play kan? Memang beshlaa depa neh semer. Alan ngan gelagat sombongnyer sebagai seorang peguam; asik dok berkepit jeks ngan henponnyer. Dulu tgk dier baca biter serius ajer. Dah tgk kat iklan2 tv, ada watak kelakau sket. Dah ada kat teater neh plaks, tahap kelakau n byk ckpnyer tuh memang dah di tahap gaban dah...ahahahha...sungguh unsangkerable. Megat Sharizal as Michael plaks mmg natural bangat. Selamba jeks tak macam berlakon. Memang ada gaks tgk dier berlakon dalam cerita2 terbitan Red Communication. 

      Show GOC neh dah start pada 28/4 lepas membawak ke 8/5/2011 depan. Ada show kul 3.00 ptg, ada yang kul 8 mlm. Bagi korang yang minat ngan Lina Teoh, inilah peluang korang nak tgk dier live dan sesungguhnyer mmg dier cantik sgt. Tak rugi woh. Tiket2 berharga rm60 dan ada diskaun untuk pelajar dan warga emas. Korang leh lawat web PJLA. Aku x leh nak haplod or search aper2 plaks neh. Line ker letop aku yang mengong. SElamat menonton eh!

 p/s: PJLA ngah wat 'laugh fest 2011' now.. so kalo  idup dah sgt2 stress, bole release kat sini. Byk aktvt2/show2 menarik yg korang leh tgk. Berlangsung selama sebulan ker 2 bulan rasanya.

Saturday, April 23, 2011

Aku Memerlukan Teman

     Alhamdulillah! Rejeki lagi pada tahun ini. Terima kasih aku nak ucapkan kpd Mak Merah krn. menerusi entri di laman beliau, aku antara 3 pengomen bertuah untuk menyaksikan 'comedy play' bertajuk,'God of Carnage' kat PJLA. Aku dah lama teringin nak tengok show2 macam neh. Pasal memang aku minat dan nak cari pengalaman gaks dalam 'stand-up comedian'. Mana tau, 1 hari nanti aku bole jadik mcm Usop Wilcha versi fompuan plaks....ehehhehehehe... berangan mesti ader kan?
       Ari senin neh (25/4/2011)... jam 8.30 mlm... ader 2 tiket, hub aku x dpt nk juin so ader sesaper sudi temankan aku?? Plzzzzzzzzzzzzzzz......




Sunday, April 17, 2011

Gembira Melakukan Apa yang Disukai.

     Dalam hidup ini, ada 2 kemungkinan saja; suka atau benci. Bukan suka dan benci pada orang tapi kepada apa yang korang kerjakan hari2. Kira macam rutin harianlah. Ada orang yang dikira bernasib baik dapat belajar dan bekerja mengikut bidang yang digemari. Hari2 berlalu seakan-akan berlari; terlalu laju dan ianya dinikmati sepenuhnya. Senantiasa ada semangat untuk melakukannya dan tak sabar-sabar plaks nak menunggu hari yang baru. Apa yang dilakukan plaks asyik menjadi dan membawa keuntungan kepada tuan empunya diri. Sangat2 bertuah kan?

 Senangkah untuk berperasaan begini? Kredit untuk Google

     Bagaimanakah pula untuk mereka yang benci kepada sesuatu yang dikerjakannya? Terpaksa pula membuatnya setiap hari? Akan ceriakah hati mereka? Bagaimana pula dengan kualiti kerja itu? Mereka ini tak bersyukur atau saja2 mengada-ngada memberi pekerjaan mereka atau memang seorang yang pemalas?
      Korang cemana? Suka pekerjaan dan rutin harian korang?

 Kuning sentiasa bertuah. Berperasaan 'biru' memang tak besh.

Saturday, April 9, 2011

Pemandangan yg Cantik kt KLPac

     Korang ingat tak ngan 'open day' yang dianjurkan oleh KLPac? Memang setiap tahun KLPac ada buat 'open day' neh. Mula dari tahun biler aku lupa; maybe ader dekat 2-3 tahun kots. Aku menyambut baik 'open day' yang dibuat ini pasal inilah satu2nya hari orang2 awam yang juga peminat seni persembahan mendapat ilmu yang baru mengenai bidang tersebut. Kalo sesuker nak g KLPac tuh idokler kan3? Lagi satu, orang2 awam boleh berpeluang tengok macam2 persembahan dari seni tarian, seni lakon, street entertainment, stand-up comedian (minat aku neh) dan lelain. Boleh gaks tengok filem pendek dan filem 'indie'.

'Main office' yang sungguh cantik . Kat sini kebykan events berlangsung.

Memana events sure ado moto2 besau or vintage.
 
     Dah ingat elok2 bole haplod gambo tadi, tetiba mingung balik. Rejeki korang leh tengok dua tuh ajeks. Kesimpulannya, memang best pengalaman kitorang kat sana. Tengok macam2 jenis bakat orang. Ntah biler turn aku nak tunjuk bakat aku plaks...err, apa bakat yang aku ado eh?...eheheheheh
 


Tuesday, April 5, 2011

Adakah Anda Mendidik Anak Anda?

     Selepas berkahwin, biasanya pasangan manusia itu akan dikurniakan anak oleh Allah. Dah nak dapat anak, semua ahli dalam keluarga pasangan itu bersyukur dan bergembiralah. 9 bulan 10 hari ditunggu dengan  sabar. Si ibu pula mengamalkan pelbagai amalan dan petua supaya anak yang bakal dilahirkan nanti sihat fizikal, mental dan rohaninya.
     Akan tetapi, apabila anak itu sudah lahir dan dalam proses tumbesaran ke arah kedewasaan, apakah amalan yang kita; sebagai ibu bapa amalkan? Apakah pendidikan yang diterapkan kepada anak itu? Ada ker takder?
     Cemana aku terpanggil nak tulis pasal neh? Sebenaunyer aku heran; budak sekarang neh macam dah takder sifat2 baik dah. Dah tak terdidik langsung moralnya. Contoh? Tak hormatkan orang tua. Hormatkan cikgu jauh sekali. Bukannyer guru-guru neh nak disembah dicium kaki mereka tapi kalau tak nak belajar tuh dok diam2 dahler dalam kelas. Aku selalulah terpikir; apakah latarbelakang depa neh? Di mana mereka dibesarkan? Cemana depa dibesarkan? Adakah depa diberitahu mana buruk, mana yang baik; apakah yang boleh dibuat;apakah yang tak patut diucapkan terutama apabila bercakap dengan orang yang lebih berumur?
     Korang cuba jawab sendiri soklan2 aku tuh. Aku rasa korang pon takkan temui jawapannyer. Memang tugas guru untuk mendidik anak2 akan tetapi memberi pendidikan itu tidaklah boleh dipikul oleh guru sendirian. Ibu bapa juga perlulah memberitahu apa yang baik dan apa yang buruk kepada anak2. Kalau biar ajer anak2 membesar macam tuh, memanglaa hancusss.....
     Nak kata aku neh terer mendidik anak, idokler juger. Nak kata perangai anak aku baguih bebenau tuh idokler. Tapi, sedaya-upaya aku dan hub selaku ibu bapa memang selalu terangkan kepada anak aku tuh mana yang boleh dan tak boleh dalam kehidupan. Setakat yang dier paham, bolehlaa dier terima. Kalo lom tercapai akalnya, 'in the future' bole terangkan lagi. Never give up lah untuk good things kan?
     Jadinyer, misi dan dan visi kerajaan kita untuk melahirkan modal insan yang berbudi pekerti tinggi tercapai ker agak2? Hmmmm....
  
Hanya mimpi??