GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Tuesday, April 5, 2011

Adakah Anda Mendidik Anak Anda?

     Selepas berkahwin, biasanya pasangan manusia itu akan dikurniakan anak oleh Allah. Dah nak dapat anak, semua ahli dalam keluarga pasangan itu bersyukur dan bergembiralah. 9 bulan 10 hari ditunggu dengan  sabar. Si ibu pula mengamalkan pelbagai amalan dan petua supaya anak yang bakal dilahirkan nanti sihat fizikal, mental dan rohaninya.
     Akan tetapi, apabila anak itu sudah lahir dan dalam proses tumbesaran ke arah kedewasaan, apakah amalan yang kita; sebagai ibu bapa amalkan? Apakah pendidikan yang diterapkan kepada anak itu? Ada ker takder?
     Cemana aku terpanggil nak tulis pasal neh? Sebenaunyer aku heran; budak sekarang neh macam dah takder sifat2 baik dah. Dah tak terdidik langsung moralnya. Contoh? Tak hormatkan orang tua. Hormatkan cikgu jauh sekali. Bukannyer guru-guru neh nak disembah dicium kaki mereka tapi kalau tak nak belajar tuh dok diam2 dahler dalam kelas. Aku selalulah terpikir; apakah latarbelakang depa neh? Di mana mereka dibesarkan? Cemana depa dibesarkan? Adakah depa diberitahu mana buruk, mana yang baik; apakah yang boleh dibuat;apakah yang tak patut diucapkan terutama apabila bercakap dengan orang yang lebih berumur?
     Korang cuba jawab sendiri soklan2 aku tuh. Aku rasa korang pon takkan temui jawapannyer. Memang tugas guru untuk mendidik anak2 akan tetapi memberi pendidikan itu tidaklah boleh dipikul oleh guru sendirian. Ibu bapa juga perlulah memberitahu apa yang baik dan apa yang buruk kepada anak2. Kalau biar ajer anak2 membesar macam tuh, memanglaa hancusss.....
     Nak kata aku neh terer mendidik anak, idokler juger. Nak kata perangai anak aku baguih bebenau tuh idokler. Tapi, sedaya-upaya aku dan hub selaku ibu bapa memang selalu terangkan kepada anak aku tuh mana yang boleh dan tak boleh dalam kehidupan. Setakat yang dier paham, bolehlaa dier terima. Kalo lom tercapai akalnya, 'in the future' bole terangkan lagi. Never give up lah untuk good things kan?
     Jadinyer, misi dan dan visi kerajaan kita untuk melahirkan modal insan yang berbudi pekerti tinggi tercapai ker agak2? Hmmmm....
  
Hanya mimpi??

2 comments:

mekar said...

Salam.
Pendidikan dan asuhan anak2 bermula dari rumah yang dididik oleh dua org guru iaitu ibu dan bapa mereka sendiri. Mungkin ada ibu bapa terlebih manja pada anak2 mbuatkan anak2 "pijak kepala". Sampai guru2 kat sekolah pun mereka tak hormati.

akuzle said...

mekar: mmg btui apa yg awk ckp tuh.. pendidikan akademik diutamakan tp nilai2 moral diketepikan. lebih malang kalau 2-2 pon dibiar begitu shj so anak2 membesar ikut persekitaran bukan didikan...