GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Wednesday, September 19, 2012

Anak Lelaki, Anak Perempuan

Dah nikah kawin, mestilah kita mengharapkan zuriat. Zuriat atau anak adalah penguat kasih sayang suami isteri dan keluarga. Kalau takder anak cemana? Boleh amek anak angkat apa.. Anak gaks tuh.
Dah dapat anak tuh, kenalah jaga sebaik mungkin. Mungkin ada tanggungjawab kita yang tak sempurna sangat tapi sekurang2nya kita berusaha menjadi ibu bapa yg prihatin kalau tidak yang terbaik pun. Suka anak lelaki atau anak perempuan? Jiran lama aku dikurniai 5 orang anak lelaki. Dier mengeluh,"Anak lelaki. Bukan boleh suruh buat keja umah pon". Salah! Kalau dididik dan dibimbing dengan betul, anak lelaki lebih hebat tang masak dah mengemas rumah. Contoh2nya korang boleh tengok di sekeliling kita kan?
Jiran mertua aku pula dikurniai 3 anak perempuan berturut2. Dengarnyer depa terus mencuba sehingga dapat anak lelaki. Macam ngeri semacam aku dengar. ALLAH MAHA PENGASIH, dapatlaa depa anak lelaki kemudiannya. Tatau sama ada depa nak mencuba lagi atau tidak.... Aku selalu menggunakan pernyataan ini; yang kudengar/baca dari seorang motivator.. ' anak lelaki senang dijaga; susah dididik. Anak perempuan senang dididik tapi susah dijaga'... betul kan? Pokoknya, dah dapat anak tuh jagalaa elok2. Jangan dok asyik ckp," ntahler. Tatau nak buat apa dah. Dah abeh ikhtiar'.. Betul ker? Ker itu alasan nak lepas tangan? Ingatan untuk diri aku sendiri gaks; tanggungjawab yang dilepaskan akan balik kepada diri sendiri juga. Penat, tekanan atau jemu; tetap kena laksanakan juga. Kalau tidak, bangsa kita hancur. Errr.. Rasanya macam dah teruk dah bangsa kita atau manusia secara amnya pasal suka2 bole campak anak merata tempat. Paling sadis dari tempat yang tinggi. Sakit jiwa jer aku tau pasal tuh. Nauzubillah sungguh!

3 comments:

Kakzakie said...

Anak kakak tiga-tiga perempuan Ayu. Tapi kakak tetap bersyukur berbanding ipar kakak yg tak ada anak pun ada. Didik anak bak kata pepatah biar dari rebung kalau dah didik dari kecik insya-allah besar pun dah biasa. Bukan didik bab akademi saja, agama lagi penting sebab dengan adanya agama otomatik dia tahu tangggungjawab insya-allah.

JunAina said...

Ayu...alhamdulillah akak ada 2 lelaki satu perempuan. Tak perlu susah2 nak berusaha bagai ALLAH sudah beri yg terbaik.

Betul kata Ayu. Paling penting didikan. Anak lelaki akak lebih senang di minta tolong walaupun untuk ampai kain, angkat kain mauhupun cuci pinggan, sapu sampah dan kemas rumah. Anak pompuan? Sebab dah manja terlebih pompuan sorang last2 pijak kepala mak (bapak punya pasallah manjakan sangat).

Irfa said...

bagi aku sama je zaman skrg,anak lelaki anak pompuan pun.yg penting bagaimana anak itu di didik.semoga anak2 kita jadi anak yg menyenangkan ibubapa dan membawa kita ke syurga
amin