GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Tuesday, September 11, 2012

Jemputan Gathering Bloggers Edisi Raya 2012

     Aku suka berkumpul reramai. Tengokler 'profile' tuh kan. Tak kire ler ngan kengkawan atau sedara-mara. Terlebih aku suka kumpul2 ngan bloggers. Kadang2 ada gaks masanya terpikir, "Eh, lamanya tak jumpa n beborak sesama bloggers. Rasa rindu kat kengkawan".

     Aku sungguh gembira bila Kak Azie Azah cadangkan untuk buat 'gath' raya. Tapi, sememangnya kitorang dah bincang2 pasal 'next' gathering setiap kali berjumpa.

     Minggu depan, aku nak menjemput semua yang merasakan diri itu bloggers untuk berjumpa. Tak kiralah uv 1 hari 10 ajer or 1 juta sekalipun. Yang dah jumpa atau belum, mohler kita. Selalu dok kecoh kepoh kat kotak komen atau grup FB ajer kan? Inilah masanya untuk kita bersua muka. 

     Butir2 pertemuan...

Tarikh: 23 September 2012

Hari : Ahad (minggu keempat) 

Masa : 10 pagi - 5 petang

Tempat : Kediaman Dato' LF, Musollah Ehsan, Bandar Baru Bangi

Konsep : Potluck

Tema : Glamour Raya ( pakai baju raya paling glamss laa neh )

     Keterangan lanjut boleh baca kat 'umah' Kakcik Seroja, Kak Azie Azah siap ada reminder lagik  dan Dato' LF...

     Cadangan aku, diadakan 1 tabung kutipan untuk sahabat2 bloggers kita seperti Bang Jejai, Abil, Alia Haryanie dan yang lelain. Meskipun belum gaji masa tuh, sesaper yg rasa ikhlas nak derma rm2 pon dialu2kan. Lagi bagus kalau kita didik anak2 kita yang 'kaya' now ngan duit raya untuk berkongsi rejeki mereka ngan orang2 yang lebih memerlukan. Dulu, kita penah wat kutipan untuk Arwah An-nisa dan An-nur. Rasanya dapat dalam rm200-rm300 gitu.

     Amacam? Silalah tandakan kalendar korang...


Adakah pasangan sehati sejiwa ini akan bertema ini juga nanti? ahahahah... seriusly, sukerrrr sgt tengok gambo ini sampai 'save' kat 'netbook'. Ok, rahsia suda bocor....

18 comments:

Azian Elias said...

Akak teringin nak pegi..tp.tu lah..maybe notice saat akhir kott...nak bawak apa ek kalau pegi...

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Tksih kerana war2kan gathering yg tak berapa lama lagi ini. Harap lebih ramai lagi berbanding dgn tahun2 sebelumnya. Ini gathering kita ... setahun sekali ... datanglah.

kakcik said...

Amboiiii... Gambo sapeler sedia fon biru tu???....

Kakcik memang terfikir tentang tabung tu... Ya paling kakcik fikirkan ialah Alia, skrg dia senyap je... Entah apa khabar agaknya....

kakcik said...

Ini yang letih komen guna iPad ni.... Tulis sedondon dia boleh keluar sedia fon pulak! :(

mamawana said...

harap tiada aral melintang..... Ins'allah mari...

azieazah said...

22 September? Bukan 23 hb ker Ahad tuh?

[PCL] said...

insyaAllah.(23hb Ahad) jumpa di sana.

Myra Jay said...

Teringin nak join tapi itula, jarak memisahkan kita.... sobsob..

bujal X said...

segan ah~~keh keh~

gadisBunga™ said...

huwaaaa...!!!! huwaaaa....!!! *nangis nih!

Eliss Mie said...

teringin nak join tu tapi minggu tu ada kursus di trg.

Dee said...

aiseh..dee ada dpt jemputan tu..tapi tak sure boleh jumpa ke tak sis..almaklum dee ni takde transport..susah sket..

Maiyah said...

salam kenal :)

Citarasa Rinduan said...

dapatkah daku???

Hazmin Hamudin said...

Mesti meriah bila ramai blogger berkumpul..

Crew Fathi said...

Ala... Jauh la plak.. Huhu

KiD said...

dah kira edisi lepas raya... hehehee

Sharidawati Shahrudin said...

macam nak join .. insyaAllah .... terujanya