Pada suatu hari, ada seorang wartawan datang dan ingin menemuramah aku. Jangan tatau. Walaupun aku bukan blogger retis, ada juga orang nak tau pasal aku. *mode: perasan*
Tepi kolam sebuah hotel tak terkemuka kami bertemu. Memula depa renung aku tanpa jemu. Aku pon lagi perasan; jiwa tak menentu. Tunggu dan tengok sapa yang tegur dahulu.
" Ini Puan Akuzle Ayu?" tanya wartawan itu.
" Ehem.. inilah daku," jawabku malu-malu.
" Ok, saya bla..bla..bla.. dari .... majalah...*****. Boleh kita teruskan?".
" Sila...silakaaann," macam tak sabar nak jawab soalan pula aku neh.
###
Wartawan :Apakah ketakutan anda yang paling hebat?
Aku :Apa punya soalan daaa?? Agak-agak apa?
Wartawan : Errr... tempat tinggi?
Aku : Appa daaa tempat tinggi. Tak jadi masalah tuh. Meh nak tunjuk bukti....
Tengok! Relaks dan santai jer naik kereta kabel kat Langkawi neh. Sila teka lagi.
Wartawan : Baiklah..baiklah... tentu puan takut air kan?
Aku : Kah3... tak berapa nak betul sangat. Tengok neh.....
Walaupun tak reti nak berenang macam puteri duyung, jadi mak dugong kejap pon jadilah.
Aku : Tak takut air kan? Salah tu...
Wartawan: Adeiii! Penat main teka-teki macam neh. Tolonglaaahhh cepat jawab!!
Aku : Yerler. Gurau sikit pun tak boleh. SAYA TAKUT LAPARRRR!!!
Wartawan : Hah?? Biar benarrrr??.. Jadi macam mana rasa takut itu mempengaruhi hidup anda?
Aku : Dey! Tak nampak lagikah? Bila takut lapar, maka saya selalu makan. Bila selalu makan, tengoklah rupa bentuk muka bumi badan saya macam mana? Kesan yang tidak baik iaitu saya obes.
Wartawan : Heheh... boleh nampak dengan 'jelas' tuh.. err... soalan seterusnya.. Mengenai Astro’s Fear Factor Malaysia
siapa artis yang puan minat dan boleh menang?
Aku : Saya pilih pasangan Dr. Faiz dan Jehan Miskin. Saya pilih mereka kerana Dr. Faiz sebagai angkasawan kedua negara telah mempunyai pengalaman menjalani latihan menguji ketahanan diri semasa pemilihan angkasawan negara dulu. Jehan Miskin pula memang seorang yang aktif dalam sukan. Tengoklah badan beliau...;-)).. Jadi, kombinasi mereka ini dapat menggugat peserta-peserta lain.
Wartawan : Dah macam pengulas sukan dah yea? Baiklah... sebagai penutup, boleh tak puan sebut sesuatu?
Aku : Sebut apa??
Wartawan : Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live!
Aku : Bolehhh!!!... bla....blaa....blaaaa...
###