GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Thursday, April 5, 2012

Ada Yang Bermurah Hati Nak Menaja?

     Ini adalah pasukan drama Bahasa Inggeris sekolah aku. Bebudak neh dah jadi juara peringkat daerah jadi akan mewakili Daerah Kuala Langat ke peringkat seterusnya pada 10 April ini.. Hari Selasa tuh. 
     Yang menjadi kerumitan sedikit sekarang ini adalah tempat penginapan untuk depa pada Isnin malam tuh. Kalo bergerak pagi2 dari sekolah kitorang ke Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor tuh, takot tak sampai pada masa yang telah ditetapkan. Guru penasihat utama pasukan ini menetapkan depa bermalam di rumah kakak beliau di Bukit Beruntung. Bila aku 'gugle map'kan, aku tengok boleh tahan juga jauhnya BB ke SEMASHUR tuh.
     Aku mintak jasa baik korang..
1. Cadangkan tempat penginapan/homestay/hostel bajet sekitar sekolah sains tuh.

2. Yang berada berhampiran sekolah tuh untuk menaja tempat tinggal depa/kitorang neh. Bebudak 15 orang, cikgu dalam 2-3 orang.

     Korang jangan banyak tanya soklan2 yg tak perlu macam 'pengetua dan ppd tak bagi apa2 ker?' dan sebagainya pasal ini adalah inisiatif aku sendiri untuk mengelakkan masalah kelewatan pada hari kejadian. Kalo korang leh tolong, leh sms ke no hp aku, 016-2177456...tqvm byk2
 

8 comments:

[PCL] said...

cikgu perihatin, i like..semoga dipermudahkan Allah..

KhaiRin : anies said...

kalu area2 melawati sy sudi menolong tp apakan daya...

kakcik said...

Kalau dari rumah kakcik, jauh tak? Kalau tak jauh, bolehlah kalau sudi hendak menumpang seadanya semalaman.

Kakcik serius ni.

Cik FaRiZaM said...

wahh kak cik dah sponsor numpang tu...

moga dipermudahkan segalanya kak

:)

Daddy Ziyyad said...

Maaf, tak dapat membantu.

Eliss Mie said...

semoga ada homestay budget kat sana. x familiar sgt area tu.

@cu SaYaNg said...

semoga ada yang sudi membantu
good luck beb!

kak ina kl said...

semuga orang yang duk area tu dapat membantu. selamat berjaya kepada anak didik kamu yer