GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Thursday, December 20, 2012

Fear Factor House Challenge 2012

     Rupa-rupanya dah lama aku tak 'update' yea? Pasal banyak cerita sangat kots..kahkahkah...

   Gigih sungguh aku balik dari kampung hari Jumaat kerana hari Sabtu ada 'event' yang aku sendiri macam tak sangka terpilih. Korang boleh rujuk kat sini untuk baca entrinya. Alhamdulillah.

     Sabtu, 15/12/2012. Fear Factor Selebriti Malaysia dah buat 'roadshow' dan Sunway Pyramid, Bandar Sunway menjadi 'garis' permulaannya. Terus terang aku tulis, memang aku tak tahu-menahu langsung pasal FFSM. Bila dah sampai ke 'Zon Ketakutan' neh, barulah terang dan jelas semuanya. Rupanya ada sesi orang awam juga. Sesi 'bloggers' bermula jam 11 pagi dan berakhir lebih kurang sejam setengah berikutnya.

 Aksi selepas pendaftaran. Baju tuh kalo aku pakai macam 'pembalut' nangka so nak elakkan cacing, ikan, ulat pumpun dan ular sawa tuh semer mati tokojut, baik aku wat 'topeng' ajer.

Korang agak ada ulo beso dan ganas macam neh tak kat dalam tuh?

     Lepas taklimat gedebuk gedebak, sesi bergambar reramailah apa lagi kan? Baru sesi pertama neh.

 Takot tak korang tengok muka aku tuh?

     Ada 4 cabaran semuanya. Tapi kena lepas yang memula neh baru boleh teruskan.

 Cari 3 biji guli dalam tanah liat yang ada cacing. Ok jer hakak. Orang kampung kan? Pacat lintah semer no hal. Cacing apertah lagi. Buat umpan mancing ikan keli/puyu jer dulu. Anne dan Darren, korang jangan naik heran sampai tertelan cawan tuh udah yea...

     Alhamdulillah, berjaya! Seterusnya tadak gambo pasal kena masuk bilik gelap. Ada Cik Abe aku snap kat tv depa tapi tak jelas sangat. Korang boleh tengok dalam album kat FB aku.

Cabaran-cabaran lain:
2. Tangkap 5 ekor katak dan pindahkan ke dalam kotak bersebelahannya. - pertama kali aku pegang katak yang aku takut bebeno sebelum neh; katak pisang! Kesian pulak aku tengok katak2 tuh semer berkumpul kat sisi kotak dek kerana lari dari tangan2 manusia. Akak minta maaf sesangat yea, adik2 katak? Tangkap 'amfibia' neh kena genggam kuat2. Kang terlopeh..

3. Cari 3 bendera Fear Factor dalam lubang2 kecil dalam gelap - aiseh! Banyak plaks lubangnya tapi alhamdulillah dah last2 baru dapat. Depa letak cicak dan ular getah...'takuuutttnyerrr'.

4. Cari kunci yang ada lambang Fear Factor dalam sangkar ular sawa untuk buka kunci keluar bilik gelap - gua gagal kat sinilaaa pasal gua tengok 6 ekor ular sawa tuh semer dah gelisah dok merayap sana sini. Gua cuba nak alihkan dengan pegang ekor tapi bila salah sekor tuh terkejut, aku tanak kacau lagih. 

     Keseluruhannya, aku memang takut dengan masa lah pasal tempoh yang diberikan cuma 1 minit... gila gabra kan?

     Paling besh aku dapat jumpa kawan2 bloggers macam...

 Penaberkala @ Khairul Anuar. 4 tahun kenal di alam maya, baru kali ini bersua tuannya. Mau tak gembira kan?

Amir Nawawi pon dah lama dok komen- mengkomen ajer. Baru jumpa depan2 neh. Ada Madi yang ceria sokmo. Eyriqazz pon tak ketinggalan.

     Keputusan pon diumumkan. Korang g ah baca link tuh semer. Memang ada pemenang2nya mode:jeles . Tapi sebenarnya lepas tuh 'si johan' nak belanja2 kitorang semer. Alhamdulillah! Rejeki yang tak disangka neh. Terima kasih, yea Dik Kifli. Murah rejeki anda. Amin3..

Sebelum g nyam2, sempat lagi berposing. Shahroll turut cuba nasib edisi orang awam. Ada Tian Chad juga.

Ado lagi pose sebelum g makan. 'grup photo' kedua iaitu bersama selebriti. korang cari ah saper...hihhii

Makan kat 'Laksa Shack' pasal tempat lain penuh. Dua dari kiri adalah Hans. Yang baju ijau 3 dari kanan tuh Hanifi, kawan si Nuar. Tqvm tolong snap2 gambar untuk akak yea?

'Pose' nak mendapat rotan dari aku. Siap korang!..ehehehh...Paling kiri ialah Byrawlins dan kawan beliau, Jae. Sebelah Kifli plaks Hidayat selaku pemandu pelancong kami..heheh..

Cenderahati. Tqvm Astro dan Nuffnang!

Mohler tonton. Tak lama lagi tuh. Add FB depa noo?

 

Tuesday, December 18, 2012

Abang Ensem 'Memang' Tampan

     Aku tau korang nanti2kan pengalaman aku masa pegang katak, ular tuh semer kan? Sabo2.. kasi aku 'cool down' dulu. Belum citer 'shooting' video ngan Lisa Surihani tuh kan?..err....ehehhehe

     Marilah kita memberi perhatian kepada seorang 'jejaka' yang tak berapa nak tampan ini. Walaupun aku rasa beliau tak berapa nak  layak digelar  jejaka mahupun tampan; ada juga cermin sisi lain yang menyebabkan beliau 'perlu' digelar sedemikian rupa...

1. Gambar terbaru beliau dalam 'header' di 'umah'...

Sungguh jelas dan nyata 'ketampanan' beliau kan? Ini termasuk warna baju yang seragam dengan tulisan dalam 'header' tersebut. Sila jangan marah aku jika korang dah tak dapat 'tengok' pose beliau macam neh lagi bila korang wat kunjungan terkini. 

2. ..... beliau..errr... *rasa macam ada angin dalam perut ngah bergelora*... AMARAN KERAS: Jangan sangka aku 'peknen' atau nak 'terbuang' plaks...hehehhe... memulas2 plaks perut neh. Mintak permisi, nak ke tandas japs... 'hebat' sungguh penangan AE neh sampai nak terkeluar seluruh isi perut aku....blblblblrrrr...


     Adeh! Aku malas nak berbebelan lelama. Kalo korang nak melihat sendiri betapa 'tampan'nya cik abe kito sore neh, aku kongsikan cemana caranya...


Tajuk : Mini Seminar Sembang Subsale Bersama Abang Ensem

Tarikh : 5 Januari 2013 (Sabtu)

Lokasi : PKNS BizPoint Seksyen 7 Shah Alam (belakang Gedung Kain Jakel)

Yuran Penyertaan : RM88 sahaja (terhad kepada 25 orang sahaja)

Aturcara Program :

8.30 – 9.00 pagi : Pendaftaran
9.00 – 9.30 pagi : Apa itu Pelaburan Hartanah
9.30 – 11.00 pagi : Tips-tips mendapatkan Rumah Below Market & Prosedur Pembelian Rumah Subsale
11.00 – 11.30 pagi : Tips Mudah Lulus Pinjaman
11.30 – 11.50 pagi : Tea Break
11.50 – 1.00 petang : Slot bersama Peguam

Bagaimana Untuk Mendaftar :

Kirimkan e-mel anda di bawah tajuk “Mini Seminar AE” beserta butiran berikut ke seminarae2011@gmail.com :

  1. Nama :

  2. Alamat :

  3. No. telefon bombit :

     

     Saja jeks beliau letak 25 orang tuh. Hakikatnya kalau korang adalah awek cun atau ada adik, kakak, anak buah hatta anak dara, kompom nombor kat depan tuh boleh berubah. Bapa awek gua tak pasti...ehehhehe.. 

    Insyaallah, jumpa di sana yea?






Wednesday, December 12, 2012

Jumpa di Sana


Alhamdulillah! Antara 30 orang itu. Boleh rujuk di dua entri sebelum ini. Saper lagi terpilih? Jumpa kat sana...

Thursday, December 6, 2012

Salina

Aku dah mula baca tapi tatau biler nak abeh. Korang dah baca? Apa ulasan korang?

Tuesday, December 4, 2012

Baca-baca Kat PRTUSA

     Pagi tadi bukak blog, komen ada tiga. Baru sat2 tadi bukak, wah, dah 16! Tokojut den... pollower pon bertambah. Alhamdulillah! Tengggsss yea korang sudi jadikan aku kawan korang. Terharu sangat....
     Kemain komen korang semer yea? Mentang2 cuti sekolah; tau2 jer aku simpan dalam stor kejap kegarangan aku. Yerler tuh garang.... Sesungguhnyer komen2 tuh semer kasi gua tersenyum lebau. Tahap gelak sorang2 pon ado sampai Imran Zamir pon pelik...eheheh
     'Tugasan2' yang aku senaraikan semalam kasi peram dulu eh. Bior jadi tapai bole makan masa raya Krismas...kah3
     Ekoran 'terpikat' dengan 'kejelitaan' Perpustakaan Raja Tun Uda masa g kursus penulisan tuh, maka semalam aku hangkut semer bebudak yang ada kat umah neh; 2 orang anak aku + 2 orang anak sedara/buah ke Perpustakaan Raja Tun Uda. Ianya terletak di Seksyen 13, Shah Alam. 

   Pandangan masa balik dari kafe/kantin.

     Musim cuti sekolah neh kalau korang mau bawak bebudak ke tempat yang selesa, berfaedah, bersih dan selamat pada kos yang rendah atau mungkin tanpa kos melainkan minyak dan tenaga, siniler tempat yang sesuai. Dari bayi ke orang tua memang sesuai sangat lepak2 sini. Lepak2 berfaedahler...

 Aper2 hal kasi isi 'minyak' dulu.

     Memula masuk memang takkan layan buku dulu. Pasal apa, bahagian kanak-kanak neh memang menarik sangat2. Dah macam taman permainan sampai mak budak pon teruja. Jadi layan golek2 dan kuang lentang dulu...

  Masih sopan..heheh

 Anak gadisku ramah macam biasa..

     Kat sini memang banyak mender best. Korang gugellah kalo nak tau. Antara yang menarik hati aku adalah ini...

 Bole muat 2-3 orang.

For boys..

     Bagus kan? Mendidik secara halus dan praktikal. Rasa2 akan datang lagiks. Moh kiter wat rombongan cik kiah ke sini. Ruang letak kereta pon pree... Baca lanjut kat sini..

 
 

 

Monday, December 3, 2012

Ku Tahu...

     .... yang aku nak kena tulis macam2. Orang tak suruh tapi kena ada rasa tanggungjawab pada blog sendiri. Susah juga nak kena disiplinkan diri dan mood untuk taip 1 entri sehari. Yang penting berusaha!!
     Nak mula balik, aku senaraikan apa yang aku rasa nak tulis nanti sebagai panduan supaya tak lupa...

1. Menikmati Cendol Behrang ( kat  blog 'dapo' ).

2. Menikmati menu di Secret Recipe bersama Kak Azian Elias, Darling Pya n Chef Ciju. Babs jumpa depa semer dah updet pada entri lepas tapi yang ini versi fokus kat makanan plaks  ( kat 'dapo' gaks).

3.   Gathering kat umah Pak Ngah Hamzah Al-Lavendari.

4. Pengalaman pertama ke Langkawi ( kalo rajin buat 2-3 siri ).

5. Jelajah Johor 2012.

6. Bengkel/Kursus Penulisan Cerpen Remaja Anjuran Kavyan.

     Harap2 mampu disiapkan nanti walaupun mungkin sudah basi. Korang kompom tak kisah punyo kan3?...ehehehhee 

 
 Tetiba terpikir nak 'memanfaatkan' gambo2 yang orang dok tag2 aku kat pesbuk. Dari dok 'ssebek' tanpa guna, baik aku manipulasikan...errrr...