GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Saturday, October 9, 2010

Ko Lagikk (You Again)

     Orang kata kenangan yang paling tak dapat dilupakan adalah kenangan masa sekolah. Baik manis atau pahit. Kalau dah manis tuh senantiasa kita terkenang-kenang. Tapi yang pahit plaks cemana? Mestilah kita nak lupakan, btui tak?
     Dok terpikir-pikir apakah kenangan yang kununyer tak dapat dilupakan. Hmmm... aku rasa masa aku kat sekolah menengah dulu. Lepas PMR, aku diterima masuk ke sekolah menengah vokasional di negeriku. Kiranyer 2 tahun aku spent time kat situ. Aku amek kursus 'aircond n refrigerator'. Dalam kelas tuh, aku sorang jer bunga. Yang lelain kumbang. Dalam reramai kumbang tuh, ada 'sekor' kumbang yang selalu nak cari gaduh jer ngan aku. Aku rasa dier neh jeles pasal aku adalah 'teacher's pet'....hohohohohooh
      Aku teringat, 1 hari masa English. Mamat neh mencabar aku untuk mengeja 1 perkataan yang kununyer susah. Dia kata tuh pon kalo aku neh terer. Wah2! Baekkk punya cabar.....
     Aku plaks jenis pantang dicabar (cheewahh...). Alhamdulillah, dapatlah juga aku mengejanyer dgn btui. Lagilaa bengang si mamat tuh. Padan muko kao!!! Hohohohoho...
     Tapi, ada 1 kali tuh, seorang minah dari kelas yang bertentangan sudah jatuh minat plaks ngan mamat neh. Yerler, mamat neh pon bole tahan hensemnyer dan aktif plaks main bola. Terhangat jugerlaa dier... Al-kesah, aku plaks yg jadik posmen coz bebudak pompuan sme dok hostel dan saling kenal. So, mamat neh plaks memberi respon positif dan depa pon ber'couple' lah.
     Tetiba, mamat neh mcm nak berbaik2 ngan aku. Cakap pon dah lembut. Katanyer dier terhutang budi kt aku pasal 'introduce'kan depa berdua. Alhamdulillah!!
     Lepas SPM, kitorang bawak haluan masing2 tapi kitorang tetap berutus surat. Dier ceritakan semer apa yang berlaku kat dier, apa yang dier buat sampai clash dah pon ngan minah tuh. Blues ajer kan? Bila dipikir2 mmg kelakau tapi inilah antara kenangan yang aku tak dapat lupakan. Apa khabar mamat neh skang? Dah lost contact, dier pon tak juin FB so tak lehlaa nak jejak kasihan. Aku hope dier masih sihat walafiat dan hidup bahagia.

poster

Imbauan kisah neh untuk aper?  Sekali untuk Abe Nuff laa untuk saper lagik. Ader wayang baru mau kasi tayang. Sinopsis dier?? Ini...

Tidak peduli berapa usia anda, anda tidak pernah mendapatkan lebih dari SMA. Sukses PR pro Marni (Kristen Bell) kepala rumah (JIMMY Wolk) perkahwinan kakaknya dan mendapati bahawa ia menikahi SMA-nya nemesis arch (Odette YUSTMAN), siapa yang mudah melupakan semua hal yang busuk dia bertahun-tahun lalu. Kemudian pengantin jet-setting bibi (Sigourney Weaver) menerobos masuk dan Marni tidak-sehingga ibu-jet-setting (Jamie Lee Curtis) berhadapan dengan saingan sekolah sendiri tingginya. Cakar keluar dan luka lama yang dibuka dalam komedi gila tentang apa yang terjadi ketika anda bertemu kembali dengan orang yang anda ingin melupakan.

Ok, macam kelakau so sila ke page Nuff utk melihat trailer....

No comments: