GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Tuesday, October 5, 2010

Salam Perpisahan

     Aku mengenali'nya' sudah lama. Cukup untuk seorang kanak-kanak kenal huruf, boleh membaca dan mengira. Cukup untuk sebuah perkahwinan digelar matang. Pendek akal kata, dah memang usia yang panjanglaa kalo nak dihitung. Lapan tahun, bebs... lapan tahun... bukan tempoh yang sekejap.
     Si 'dia' setia menemaniku ke mana saja; bekerja, berekreasi... bla..bla.... tanggung beres ah. Sebut ajer ke mana. 'Beliau' tidak akan berkata tidak. Sungguh setia!!

     Tetapi, selepas beberapa tahun, terutama sekali selepas habis tempoh masa 'beliau' di'sponsor', 'beliau' mula buat hal. Bising2, membebel malah pernah protes. Aku jadi tak menentu, tak keruan dibueknyer. "Apa kena neh? Aper lagi yang tak cukup neh?" 'Makan pakai' diberi cukup masa dan seadanya. Tidak pernah 'beliau' kebulur. Setiap kali tiba musim perayaan, 'beliau' juga kubelikan mender2 baru. Tak kisah aku berhabis, sekali sekala kan? Setahun dua kali gaks...huhuhuhuhuhu

     Aku dah tak tahan. Seksaku sudah tidak tertanggung. Aku bimbang kalau aku masih 'menyimpan' 'beliau', 'beliau' akan terus 'mengamuk'. Atau mungkin akan membahayakan aku. Haiishhh!! Tak sanggup weh...

     Errrr... aku rasa sudah sampai masanya, untuk kita membawa haluan sendiri; kerana aku sudah tidak sanggup, mempertaruhkan nyawaku; demimu. Tak berbaloi yea? Mungkin hari Khamis ini, adalah kali terakhir kita bersama. Kuharap kau bertemu dengan 'jodoh' yang lebih ideal. Yang mampu menjagamu seperti kami menjagamu. Maafkan segala kesilapan dan 'kerosakan' yang dah kami sekeluarga buat (terutama Imranlah)....

     Kudoakan semoga kau mendapat tuan baru yang 'cermat', pembersih dan tau hal ehwal 'dalam' perut kao tuh. Selamat berbahagia, wahai KERETA TUAKU!!

nota penumbuk server Blogger.com: gegambo nanti aku upload later eh... 'minatang' server neh buat hal plaks.

6 comments:

Sumijelly said...

akak..wat terperanjat jer citer...
ingat pasla apa...hahaha

sekali kereta daaa..............


Sumijelly.com

Lovely Kitchen said...

hihiiii besh nih...pas ni leh naik kete baru laaa....nnt tayang lak hero baru yer...;-)

akuzle said...

sumi: agak2 trafik naek x psl neh? hehehehhe

e-na: tunjuk ker? tanak ah... sogan.. nnti awak blk 2 thn lg tgk ler sndri... keter kocik yor, keluarga kocik kan? hehehheeh....

ComeyBelako said...

suspen sungguhs...
salam kenal. folo u. add u in my blog list.

kak ina kl said...

ooo beli keta baru ek..tahniah..nanti check balik ek pasal sponsor tu..betul ker idak..tq sudi jadi sponsor

akuzle said...

comeybelako: relax2....ehehhehe...tqvm

k ina kl: hokeh jer,kak..nnti sy check...tqvm