GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Sunday, October 17, 2010

Seorang Wira Dalam Dunianya Sendiri

     Di sekolah saya ada ramai pengawal keselamatan. Tapi yang seorang ini menarik perhatian saya. Kenapa? Kerana beliau merupakan seorang yg sangat istimewa. Kalau korang tgk pon korang akan tau dier istimewa. Yer, istimewa dan 'istimewa'. 
     Saya rasa dia kerja kt sekolah saya tuh dalam bulan Ramadhan atau bulan sebelumnya. Saya tak bper ingat tapi mmg baru sangat. Tanggapan pertama saya apabila melihat beliau?? "Kenapalah syarikat neh amek orang istimewa sebagai PK? Kalau ader aper2, boleh ker jaga sekolah? Jaga murid, jaga harta benda sekolah? Harta benda guru, nyawa guru?" Alahai, tanggapan jahat... seorang guru lagik. Tapi yerlaaa kan? Guru juga manusia. Tanggapan2 itu yang bermain di fikiran saya. Tambahan pulaks, saya selalu melihat beliau di'buli' oleh PK2 yang lain. Disuruh depa buka pintu, beliau akur. Disuruh ke sana sini, beliau buat ajer tanpa byk soal.
     Tanggapan dan layanan buruk tak putus di situ. Banyak kali juga teman2 guru yang lain merungut macam2. Satu contoh; pada hari Khamis dua minggu yg lepas. Suami saya menghantar saya ke sekolah. Mula2 saya nampk beliau baharu masuk ke pondok PK. Saya agak beliau baharu sahaja membuka pintu pagar. Beliau baharu sahaja menyelak helaian surat khabar apabila sy membunyikan hon, jgn salah faham. Sy tak akan membunyikn hon kalau beliau sudah nampak saya. Beliau dengan susah payah berlari ke arah pintu pagar. Tetapi beliau tidak terus membuka. Kenapa beliau tidak membukanya? Kerana beliau tidak cam kereta baru (eheheheheheh...) saya dan juga pemandunya. Beliau meneliti dahulu sama ada ada pelekat sekolah atau tidak di atas cermin kereta saya. (Tengoklah betapa beliau teliti, tidak terus membenarkan saya masuk, jadi tanggapan buruk tidak berapa elok saya kpd beliau adalah meleset) Selepas saya bersilat menunjukkan pelekat tersebut, baharulah beliau membuka pintu pagar dan membenarkan suami kereta baru saya masuk. Dipendekkan cerita yang sudah meleret ini, saya merenung sebentar kereta dan suami saya berlalu meninggalkan perkarangan sekolah. Tidak berapa lama selepas itu, saya ternampak kereta rakan guru saya plaks yang bergerak untuk cuba memasuki kawasan sekolah. PK tadi pula sudah menutup kembali pintu pagar sekolah. Rakan guru tadi terkocoh-kocoh keluar dari kereta sambil marah-marah.
     "Itu guard ah, malas punya orang. Lambat mau buka pintu." Mendengar tuduhan sebegitu, saya tetiba berasakan yang saya perlu membetulkan persepsi salah itu.
     "Excuse me, Puan bla bla bla...... awak tak nampakkah yang kereta saya tuh baharu keluar dan PK itu baharu sahaja menutup pintu pagar sekolah?"
     Saya nampak muka rakan saya itu agak merah dan terus berlalu sahaja. Saya tidak pasti sama ada dia mendengar atau tidak buah butir penerangan saya itu akan tetapi mustahil kalau dia tidak mendengar kerana suara saya ini agak terkenal juga dengan 'kualiti' petir dan guruh di sekolah.......ahahahahahhaha....akan tetapi, saya juga tidak menyalahkan rakan itu. Mungkin kerana hari itu beliau tgh 'bad mood' kots.
     Ingatan saya kepada kawan-kawan saya yang merasakan martabat mereka lebih tinggi dari orang lain, kita semua sama sahaja di mata Pencipta kita. Baik kita senget, tempang atau gemuk. Apa yang membezakan kita? Iman dan amal yang ikhlas dan tulus itulah yang membezakan kita. Juga budi bahasa dan cara percakapan kita itu membuatkan kita dipandang tinggi dan dihormati orang lain.Mungkin anda rasa orang takut pada diri anda, tapi adakah itu mencukupi?
     Bagi saya, PK itu adalah seorang yang hebat. Hebat kerana beliau tidak meminta2 untuk mengisi mulut dan perut beliau sendiri. Beliau berdiri di atas kaki sendiri, beliau berusaha; walaupun susah. Cubalah anda semua bandingkan antara peragut, mat rempit atau bapa ayam; siapakah yang lebih baik?
     Begitupun, siapalah saya untuk menilai dan menghukum manusia; kerana saya juga manusia. Akan tetapi, marilah sama2 kita hidup di dunia ini dengan aman damai dan berfikir secara lebih rasional. Insyaallah, dunia akan lebih aman. Tak percaya?? Ayuh,mulakan!....

11 comments:

Kak Mahh said...

Perlu sentiasa bersangka baik...

akuzle ayu said...

zmah: btui tp sikap manusia neh mmg begitu... lepas dok pk br kiter sedar...

kak gojes said...

erm harus la bersangka baik...tapi kengkadang sangka baik pun meleset juga kan...

akuzle ayu said...

eryati: manyak mutut... itu yg kiter neh kdg2 pk yg bukan2... takperlaa Allah tau semernyer kan?

nuriz said...

gaji minimum pk dah naik ni heheh tetiba je...

apa2pun dia memang istimewa

akuzle ayu said...

nuriz: tetiba pk nk jd PK eks? miahahahahahahha....

Unknown said...

indeed..gembira dan bersyukur sbb ade orang yang berkongsi untuk menyebarkan mesej sebegini...memang patut pon... :)

anyway, femes dengan suara petir kat sekolah?hahah

setailo la kak! caiyok caiyok!

dear anies said...

igt 1 benda je...kite ni x sempurna

Ros said...

ya ayu...
kita sama di sisi Allah SWT,
kita berbeza dari iman, ilmu, amal, akhlak dan taqwa.

moga kita semua diberkati Allah SWT.

mama ju said...

Salam

Tulah kita ni kena bersangka baiklah..mama belajar sesuatu dr cerita ini, tkasih.

tulip leeny said...

Moral of the story...don't judge the book by the cover (betul ke nih???)ko lg mano Pn roshi kito...