GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Tuesday, April 3, 2012

Sarapan Bersama Penulis Pulaks.. Bab 1

     Ekoran kenyataan 'seseorang' yang menyatakan Kelantan itu mundur, seorang penulis yang dikenali ramai kalau korang tatau bolehler tnya pakcik Google iaitu Uthaya Shankar SB ingin melihat dengan mata beliau sendiri dan merasai pengalaman berada di negeri mundur tersebut.
     Lantas, beliau berkongsi status FB dan aku terbaca pula. Rasa berbesar hati dan berbangga apabila nama besar  tapi 'kecil' ini ingin melihat negeriku. Ramai juga kawan2 FB yang terbaca dan memberi sokongan dan cadangan. Tertubuh pula 1 'group' yang 'adhoc' dan kami semua berbincang mengenai lawatan tak rasmi tersebut.
     Dan, pada cuti sekolah bulan lepas, sampailah jodoh dan rezeki kami bertemu. Pertemuan itu pula membuahkan banyak hasil. Antaranya membincangkan isu penulis teks Komsas yang tidak mendapat mendapat royalti. Banyak isu yang terbongkar. Sungguh tak disangka realiti yang dihadapi oleh penulis2 ini tatkala guru2 dan pelajar2 belajar pelajaran kehidupan dari karya2 mereka. Kalau korang nak ikuti perkembangan isu ini, bole 'follow' kat Kavyan. Isu royalti teks Komsas pada masa depan ada kat sini

Sarapan pagi di Selera Daun Pisang, Tmn. Uda Murni,Pengkalan Chepa... ditaja oleh.. tak nampak plaks gambo penajanya..huuuhu

Ohkey, baru nampak penaja sarapan iaitu Puan Rohani Deraman yang berbaju ungu itu. Paling kanan adalah Puan Zainab Ngah. Paling kiri tokey 'Selera Daun Pisang' dan di sebelahnya adalah Uthaya Shankar SB. Leh ler add depa d FB.

     Tetiba 'blank'..sementara 'fenomena' ini pulih, moh2 baca catatan awal Tuan Uthaya semasa 4 hari beliau berada di KB. Ini kat Free Malaysia Today dan ini kat Malaysian Insider.

     Tudiaaa ada bab2 plaks. Memoga esok aku rajin nak sambung bab 2 dan seterusnya..amin3! ..ehhehehehe

    
 

6 comments:

Zarul Umbrella said...

mana ada mundur ..haish mcm2 la ..ni smeua politik ni

jeBateja said...

Den duduk kelate 2 tahun...tak terasa mundur pun....ahakz.....ahakz

Kakcik Seroja said...

Kakcik suka baca karya US ni. Dulu dia guna macam2 nama pena, kan? Ada nama Melayu ada nama Cina.

Kakcik juga pernah beberapa kali singgah/menginap di Taman Uda Murni tu. Ada kenalan di sana. :)

Afasz said...

politik -politik...uhuk2

Darling Pya said...

asal pihak lain yg mentadbir je mesti selalu cakap negatif...emmm...ntah lah..

Eliss said...

seronoknya shopping kat negara mundur tu :p padahal semua pun kat sini dari negara mundur tu kan..hehehehe. tak kenal , maka tak cinta.bangga boleh berdialek kelate :)