GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Sunday, August 12, 2012

Sudah Setahun...


Setahun yang lepas, sebelum solat Jumaat; 12 Ogos 2011, aku berhempas pulas di bilik bersalin PPUM. Masuk kul 12.00 tghari. Lepas azan jer, Iffah Zukrina binti Zamri kuar dari rahim aku. Bulat jer nampak dari belakang. Sama gaks macam Abang Imran Zamir dulu, tak menangis. Bukan pasal lemas tapi mungkin masih 'perasan' dok kat dalam lagi.

     Malam pertama di wad, aku tak boleh nak lelapkan mata sampai misi nasihatkan supaya aku tidur bila bayi tidur. Tapi, tak bole gaks. Mungkin berubah tempat tito n takder yang 2 orang lagi tuh. Jadi, terkebil2lah aku. Iffah plaks lena sungguh tito sampai aku plaks naik risau dan kejap2 aku jenguk; kejap2 jenguk. Esoknya dah bole kuar wad memandangkan tiada apa2 masalah dan bermulalah hidup kami berempat beranak pula. Malam kedua barulah Si Iffah takleh nak tito malam pasal lapar. Susu aku plaks lom kuar lagi. Kul 1 pagi dek kesian kat dier dok nangis2, ku minta Abah belikan susu Lactogen. Dah minum dier leh tito. Tapi kesian plaks dier cirit-birit sampai melecet bontotnya. Nasib baik berurut hari kedua, susu terus keluar dan aku masih menyusu Iffah sampai hari ini. Masalah juga tadi pasal timbang2 beratnya tetap 7.5kg... underweight suda.. Kenalah aku cari jalan cemana nak bagi dier berselera makan.

 Manja Abah. Asyik sebut 'Abah...Abah' ajer...

     Iffah Zukrina, nanti bila Adik dah besar dan bole baca ini, Mama nak Adik tahu yang Mama sayang sangat kat Adik. Tak sangka ALLAH kurniakan lagi cahayamata untuk Mama dan Abah. Mama dan Abah selalu berdoa supaya Adik jadi anak yang solehah dan anak gadis yang tahu menjaga diri dan agama. Sayangilah juga Abang pasal Abang juga sangat sayangkan Adik. WE LOVE U SO MUCH!!
     
     

4 comments:

Acik Erna said...

Happy birthday adik iffah.semoga menjadi anak solehah

-gedek! said...

kenapa brader baju merah tu termenung jaoh?

kakcik said...

Selamat hari ulangtahun kelahiran yang pertama Adik Iffah. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

@cu SaYaNg said...

Happy belated birthday adik iffah :)