GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Thursday, January 31, 2013

Aku Orang Teraniaya

Terima kasih pada sahabat2 yang prihatin dan komen pada entri semalam. Ada juga yg tanya 'bendera' itu dapat dari mana. Sahabat, itu bukan bendera. Itu adalah mafla yang dihadiahi oleh saudara2 HAMAS kita di Gaza kepada rombongan MAPIM dari Malaysia. Mereka ke sana bersama pengerusi Mapim iaitu Sani Araby Al-Kaheri, Afdlin Shauki, Dr. Sheikh Muszaphar dan beberapa orang lagi. Tuan Sani Araby Al-Kaheri merupakan salah seorang tetamu di majlis Sepetang Bersama Bloggers 2013 ( #SBB2013).

Dalam majlis tersebut, Tuan Sani bercerita mengenai pengalaman beliau semasa berada Gaza. Tetamu2 lain dan para bloggers mendengar dengan penuh khusyuk. Bayangkan dewan yg mempunyai lebih kurang 1++ orang boleh senyap sunyi mendengar perkongsian beliau. Cara penyampaian beliau yg bersahaja tetapi tegas dan bersemangat 'menawan' qalbuku. Hati kecil berbisik,"Patutlah beliau ke Gaza". Lantas rasa kagum dan hormat kepada beliau, Afdlin Shauki, Dr. Sheikh Muszaphar dan orang2 yg pernah menyertai misi kemanusiaan meningkat. Orang2 yg hebat!

Berbalik kepada tajuk, macam tak caya kan? Hakikatnya, entri semalam adalah mengenai aku. Bila dipreview, kena plaks ngan isu kemanusiaan yg dah sekian lama tiada penyelesaiannya ini dan dibangkitkan juga dalam #SBB2013. Sebenarnya ini adalah kempen 'Rebuild A Nation'; salah 1 projek besar yang sedang diusahakan oleh pihak Denaihati Network, MAPIM dan Tuan Khir Ariffin. Korang g gugle lah ngan apa2 yang kurang jelas. Aku tak reti nak terangkan. Kata kunci aku dah nyatakan tu.

Ok, ke laut lagi. Aku orang teraniaya; sejak 2008. Kalau nak dibongkar lagi memang dari kecil aku boleh katakan aku orang teraniaya tapi yang berlalu itu biarlah dulu. Kalau ada kes berbangkit baru aku kupas balik. 2008 lepas sambung Ijazah TESL, aku ditempatkan semula di sekolah baru iaitu sekolah menengah. Sebelum itu aku mengajar selama 5 tahun di sekolah rendah. Kenapa aku sambung belajar? Kerana aku sudah bosan; tiada peningkatan dalam diri. Masih di takuk lama. Jadi dengan menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya, aku harap dapat meninggikan tahap berfikir aku. Menjadi!! Aku banyak belajar ilmu2 baru dan lama. Bukan dalam kelas sahaja bahkan di luar kelas juga iaitu ilmu kelangsungan hidup.

Tiba masa utk penempatan semula seperti cerita aku di atas. Aku ditempatkan ke sebuah sekolah menengah di PJ. Teruja juga dapat ke sekolah bandar yang pelajarnya2 kompom lebih 'advanced' dan semestinya lebih terbuka mindanya dari seorang guru. Serius! Banyak yang aku belajar dari mereka. Dari segenap segi. Tahun pertama, aku mengajar English tingkatan 4. Mula2 aku memang kena kejutan budaya juga. Tapi syukur, lepas itu aku boleh menyesuaikan diri. Aku sayang semua pelajar aku tak kira bangsa dan agama. Seorang guru biasa; takkan prejudis dan diskriminasi kepada pelajar2nya. Sekarang pelajar2 itu kebanyakannya sudah ke luar negara dan sebagainya. Bukan jasa aku tetapi usaha pelajar itu sendiri dan didikan ibu bapa mereka yang tegas tapi penuh kasih sayang. Mereka adalah kaum Cina dan anak2 kaum Melayu yang ibu bapa mereka dari golongan profesional. Bertutur dalam Bahasa Malaysia/Melayu pun tidak berapa fasih tapi ada juga pelajar Cina yang bagus dlm BM sehingga menjadi wakil debat dan perbahasan BM. Hebat pelajar aku. Aku hanya tumpang bangga.

Hampir genap 3 tahun aku di sana dan mula rasa selesa dengan budaya, kawan2, pelajar, cara kerja dan rutin harian berulang-alik dari Shah Alam ke Damansara; detik hitam hadir lagi dalam diari hidup aku. Betul. Bila kita rasa selesa, orang pula rasa tak selesa begitu. Banyak juga masalah aku di sana. Melibatkan juga kredibiliti dan prestasi keja aku. Akhirnya, 1/12/2010 aku 'ditendang' dengan penuh 'hormat' dari sana. Ianya dinamakan 'redeployment' atau penempatan semula. Jujur kuakui, setiap kali menyebut, menaip ataupun teringatkan perkataan itu, aku rasa takut.

Selama sebulan itu, rasa seperti berpuluh2 tahun untuk dilalui. Sebabnya? Dalam tempoh itu juga aku selalu bertengkar dengan suami, marah2 pada Imran Zamir, rasa tak selesa, badan tak sihat, malas nak bertegur sapa dan bergaul dengan orang lain dan macam2 perkara/benda/kejadian negatif terjadi. Tambahan pula; ALLAH mengurniakan kami Iffah Zukrina. Masa itu aku disahkan hamil 2 bulan. Syukur tak terkata. Tapi disebabkan 'redeployment', aku selalu mengalami pendarahan. Aku percaya korang tahu sebab apa kan? Tapi, ALLAH panjangkan usia Iffah Zukrina sehingga sekarang. Sebab itu juga aku katakan dia 'survivor'; dia tetap istiqomah dan bertahan dalam rahim ibunya dan lahir dengan cepat sehari dari jangka lahir asalnya. Dengan sangat mudah tanggal 12 Ramadhan, 2011; semasa sembahyang Jumaat. Semasa itu juga suami aku berdoa kepada ALLAH. Dikabulkan tanpa hisab; kerana KAMI ORANG TERANIAYA. Itu yang aku dengar ceramah seorang ustaz di Nasional FM petang semalam semasa pulang dari sekolah. Kata beliau, "kita kena berhati2 dengan ORANG TERANIAYA, kerana mereka dizalimi; tiada keadilan untuk mereka jadi berhati2 dengan doa dan ucapan mereka."Itu ustaz cakap; bukan aku. Tapi, aku tahu ALLAH memberi 'mesej' kepada kami sekeluarga supaya jangan berhenti berdoa. Pertahankan hak kami.

Jika sahabat2 masih kabur dengan apa yang terjadi kepada aku pada tahun 2010, jemput 'selongkar' entri2 lama pada tahun tersebut. Aku dah lupa tajuknya.

Subhanallah! Lega sikit dadaku. Sesak dan perit sudah berkurangan. Ketegangan pada urat2 kaki dan seluruh badan makin berkurangan. Terima kasih sahabat semua kerana meluangkan masa membaca. Dan paling utama; mendoakan kami sekeluarga kerana.. Aku/KAMI ORANG TERANIAYA...




Setiap hari pergi kerja, aku terpaksa 'berlumba' dengan kenderaan berat..




.. Balik pun tiada beza. Azan Maghrib berkumandang, aku masih dalam perjalanan..

Apakah alasan korang yang tinggal berdekatan dengan tempat kerja untuk merungut berlebihan?

posted from Bloggeroid

17 comments:

Azian Elias said...

semoga terus bersabar dan tabah..akak pun mengalami keadaan yg serupa semasa menjadi guru dulu.. tak semua org happy dengan kejayaan kita. perasaan PHD sentiasa ada dlm hati manusia.. sabar is the best answer..

Chik Att said...

Kadang2 orang yang tak tau akan cakap " heklehhh keja cikgu ..senang ja , itu pun nak berkira" tetapi siapa yang tahu bebanan yang terpaksa ditanggung oleh guru2 ini. Jika dpt sek yang elok tp tak kena angin dgn pihak atasan pun ....satu penindasan juga.
Birokrasi masih wujud dlm dunia pendidikan . Birokrasi masih wujud di kalangan guru . Tgk cukuplah ...pembahagian tugas ... itu barj di sekolah.
Tp ....CA memang salute ...guru2 yg menyabung nyawa ...berkorban jiwa ...masa ...yg terpaksa bertugas jauh dr kediaman. Tika ini ...dimanakan kebajikan ..yang dicanangkan....

Panjanglah pulak...kuatkan semangat dan tabahkan hati. InsyaAllah .....bahagia dan ganjaran dariNya ada di hadapan....

Unknown said...

Sebak.
Mengharapkan sentiasa redha wlpun plbagai dugaan ditempuhi.

Ayu yakin k.Ayu seorang y bkebolehan.
K.Ayu org y terpilih dr y tpilih..

Btabahlah.
In sha Allah..

Khariri-love heart said...

Saya yakin Ayu hebat dan mampu mengatasi masalah ini walaupun tidak sehebat peperangan di Gaza..

kak ina kl said...

banyakkan bersabar ayu..insyallah satu hari nanti kamu akan dapat hak kamu semula

Misz-ella said...

Politik dalam pekerjaan ini mmg wujud dan berlaku d mana-mana Ayu. Biasanya yang baik menjadi mangsa. Memang sedih tapi sewajarnya lah kita bangkit dengan lebih bersemangat. Dlm hidup, 'down' tak apa tapi jgn terlalu lama.

Kancilbiru said...

Allah akan kembalikan hak kita kak ayu, dengan syarat jangan berhenti berdoa. kerana doa itu senjata org mukmin, yang memberi semangat dan kekuatan luar biasa :)

penaberkala said...

Kagum dgn kak ayu.. tabah dalam mengharungi dugaan yg datang
apepun kak, sy doakan yg terbaik utk akak dan famili
senyum sokmo deh :)

azieazah said...

Kak Azie pernah baca kisah mintak tukar sekolah yg asyik gagal dan gagal itu. Allahuakbar... tak terbayang rasa sedih dan kecewa itu, kan?

Mengenali Ayu sekian lama, tahu betapa positifnya Ayu sekeluarga. Cuba memahami setiap orang akan melalui pelbagai ujian, Kak Azie juga tahu Ayu memang strong!

Teruskan kekuatan itu okeh!

We’re friends....!

Unknown said...

berat kesnya ni kak.. nak selongkar entry lama..

Ros said...

Ayu...
semoga sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah SWT..

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..moga segala urusan ayu dipermudahkan.

Kita dalam genggaman Allah SWT.

Unknown said...

Kak Ayu.. Sedih baca kisah akak.. Sabar ye kak InsyaAllah.. betul ckp akak, org2 yg teraniaya doa2 dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Kuatkan semangat, tabah & sabar hadapi dugaan hidup..

Masa SBB2013, masa cita pasal Gaza tu memang kusyuk sgt, x puas dgr cerita dia kan kak.. tapi syg masa x cukup, kena short kan cita..

JunAina said...

Ayu dalam hidup Allah memberi ujian yang penghujungnya ada kemanisan percayalah. Dianiaya tetapi doa kita terus2an makbul bukankah itu manis?

Bersabarlah. Kawan2 sentiasa menyokong Ayu.

Kat office akak pun ada seorang staff buat perkongsian di surau minggu lepas. Dia baru balik dari Gaza juga tetapi akak tak dapat hadir kerana perkongsian diadakan di surau Main Office.

perjalanan pulang said...

Salam, sungguh banyak nasihat penghibur hati. Banyak yang menyebut tentang Allah....Semua orang pecaya pada tuhan tapi bagaimana pula "orang" yang memikul masalah itu ? Saya tidak mempunyai banyak masa untuk berperasaan perasaan....Apa kata tarik nafas lega dan terus berjalan.. Dan lagi ada satu falsafah bengong untuk itu " bersikaplah ingin hidup jika mahu terus hidup"..

gadisBunga™ said...

jangan main-main kan...? doa orang teraniaya ni makbul...

cuma saya tak boleh jumpa iffah sebab dia sangat drama queen hoccay!!! ;D

munir ardi said...

meski merasa teraniaya namun patut kita syukuri kita masih bisa menjadi guru banyak pura orang di luar sana sian tak punya kerja

ummi_khalish said...

Dil doakan dari bumi barakah ini agar nasib ayu akan terbela..dipermudahkan segala urusan dan sentiasa di bawah rahmat Allah bersama yang tersayang...nsya Allah....caiyo2....be strong....