Kita semua dah biasa dengan gel dan minyak rambut kan? Tapi, yang biasa menggunakan kedua-dua produk ini adalah kaum lelaki. Bagaimana pula dengan kaum wanita? Kalau yang 'free hair', mereka akan guna serum rambut dan sebagainya. Yang bertudung?
Aku berpeluang mencuba satu produk yang baru dalam pasaran. Produk ini sesuai sekali dengan mereka yang bertudung. Yang tak bertudung pun boleh je nak pakai. Takder hal punya. Apa nama produk yang aku maksudkan ni? Jom tengok..
Inilah Cool Hijab
Cool Hijab ini merupakan sejenis serum rambut terbaru dalam pasaran. Belah kiri tu aku punya tester untuk 'review' produk. Isipadunya 15ml. Belah kanan adalah yang berada dalam pasaran.
Harga bagi sebotol isipadu 30ml adalah rm70. Nampak macam mahal kan tapi sebenarnya produk ini tahan sebulan hingga dua bulan jika dipakai secara berhemah. Hanya pamkan sekali atau dua ke tapak tangan dan ratakan ke dasar rambut iaitu ke kulit kepala dan terus pakai tudung. Senang je kan?
Sesuai namanya, Cool Hijab ni memberi kesan sejuk dan berangin semasa dipakai. Macam aku ni, rambut senang sangat terkeluar dari tudung pasal panjangnya tak sekata jadi sesuai sangat nak kemaskan rambut supaya tak terjuntai je. Serum Cool Hijab ni memang 'memegang' rambut supaya rapi je walaupun dalam tudung. Tak perlu aku sentiasa nak betul2kan tudung aku. Sungguh rimas.
Selain menyejukkan kulit kepala, Cool Hijab ini berbau wangi. Ia menghilangkan bau hapak rambut akibat kelembapan peluh dan rambut yang tidak dikeringkan dengan betul selepas mandi. Jadi, aku rasa lebih yakin tidak seperti sebelum ini rasa was-was sama ada kepala ni tak berbau yang busuk.
Lagi satu yang aku suka pada Cool Hijab ni adalah botolnya. Ia tak ada 'straw' yang mengeluarkan serum apabila dipam tapi menggunakan kaedah tekanan biasa sahaja. Bila korang beli dan guna baru lebih paham apa yang aku maksudkan ye? Teknologi botolnya aku baru pertama kali tengok. Kagumlah juga.
Info lanjut korang boleh tengok dan baca kat laman webnya dan FB depa. Nak beli dengan kak Hanny Abdullah pun boleh. Beliau salah seorang ejen Cool Hijab ni.