GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Monday, October 20, 2014

Hilang Anak

     Dari kejauhan nampaknya macam ada sesuatu yang tak kena. Seorang lelaki melihat ke kiri dan kanan dalam keadaan cemas. Sambil itu, dia melaungkan nama seseorang dari pintu kedai menjual telefon dan kad pra-bayar. Seorang wanita di belakangnya seperti menangis. Memang situasi itu agak janggal.

     Aku melihatnya sekali imbas tapi memang rasa ingin tahu tu tinggi. Sementelah pula kereta kami bergerak perlahan.  Tiba-tiba aku ternampak seorang kanak-kanak dalam usia 3-4 tahun sedang menangis sambil tercari-cari sesuatu. Kepala otak ni terus terfikir yang kanak-kanak tersebut sedang mancari ibu bapanya.

     Lantas aku meminta Abe Zam memberhentikan kereta di tempat yang selamat. Lepas tu, g kejar kanak-kanak terbabit. Macam biasa, sepantas kilat Abe Zam bertindak.

     Kelakar juga bila lihat kanak-kanak tu macam keliru tengok Abe Zam g amek dan dokong dia. Alhamdulillah dia tak lari atau meronta-ronta.

     Apa yang jadi lepas tu aku tak nampak jadi aku andaikan kanak-kanak lelaki tu dah selamat sampai ke tangan ibu bapanya.

     Bila Abe Zam masuk balik ke kereta, aku bertanyalah apa jadi lepas tu pula. Katanya ibu bapa kanak-kanak tu memang nampaknya takut sangat dan pelik juga tetiba Abe Zam g hulur anak kat bapa dia. Dia hanya sempat ucap terima kasih.

     Macam tonton drama kat tv plaks rasanya. Aku rasa mak ayah budak tu tengah asyik belek2 telefon bimbit tanpa menyedari anak dia dah keluar dari kedai. Ataupun juga bapak harap ke mak jaga anak atau sebaliknya. Tahu2 anak dia dah melilau jauh dah. Dalam dua blok juga dia jalan. Bayangkan lepas beberapa lama baru mak pak dia sedar anak dia dah hilang. Dan bayangkan jika ada orang berniat jahat nampak kejadian ni. Bayangkan itu kali terakhir depa jumpa anak depa. Hish, aku plaks yang seriau!

     Kejadian ni berlaku 3 tahun lepas. Masa ni arwah Ma aku jaga si Iffah Zukrina. Lepas je si Iffah dah pandai berjalan dan berlari, kalau keluar ke mana-mana memang kena lebih prihatin dok tengok dia. Sekarang ni pun kalau bawak 'stroller' biarlah dia yang dok dalam tu dulu. Kalau Izz Ziqry tidur baru letak adik kat situ. Memang kita ibu bapa ni kena lebih prihatin bab tengokkan anak masa kat tempat awam. Nak meng'usha' telefon bimbit ke gajet bagai pastikan ambil giliran ngan bapaknya atau pastikan 'askar-askar' tu semua kumpulkan kat depan mata. Kalau jenis yang terlampau aktif lari sana sini, pastikan ada sesuatu benda nak bagi depa 'sit still'. Anak-anak kalau dah takdo depan mata, bukan macam gajet segala boleh g kedai dan beli balik. Peringatan berharga ni untuk aku dan Abe Zam gaks.



3 comments:

Rai Ourkizuna said...

Takutnya.... Tak payah la nak belek sgt hs bila jalan ngan anak...

Kakcik Nur said...

Aduhai laaa...

Ish...mujur juga Abe Zam tidak disoal siasat pulak.

Semoga menjadi pengajaran berguna buat mereka dan kita juga.

Afasz said...

ingat kan cerita novel ke apa .. rupa nye real .. hehe

boleh jd pengajaran buat sy n ibu bapa di luar sana..

btw akak.. dah leh tukar gambar banner blog ni..
baby tu dah besar..

akak jom la jumpa, lama tk jumpa si comel tu....dah besar pon jd kakak..