GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Tuesday, October 21, 2014

Destinasi

Baru sekejap tadi aku menonton 'Great Destination' di TV2. Rancangan tersebut memaparkan tempat-tempat menarik di luar negara. Kebanyakannya di Eropah. Tempat depa kan banyak kesan sejarah lampau. Aku rasa tempat tu semua yang jarang dilawati pelancong asing. Antara negara yang aku ingat adalah Hungary, Belgium dan lain-lain lagi. Bila tonton rancangan lain seumpamanya pun aku tetap bersetuju yang negara Eropah banyak mengekalkan bangunan bersejarah depa sehingga hari ini untuk tujuan pelancongan. Usia bangunan tersebut mencapai ratusan tahun. Senibinanya pula memang sangat berseni dan cantik sekali. Kalau dapat jejak kaki ke sana alangkah bahagianya.

'Destinasi' tontonan aku seterusnya adalah 'Jejak Pribumi' di TV1 pula. Rancangan ini pula memaparkan cara hidup masyarakat Asli di negara kita. Dari cara memasak, bertani, meluangkan masa bersama-sama sehingga diajarkan solat dan aktiviti agama yang lain. Tak kurang juga menarik rancangan ini. Destinasi yang ditunjukkan memang menarik juga iaitu hutan dan sungai di negara kita. Seronok tengok depa mandi-manda di sungai. Kemudian, depa bergotong-royong menyediakan hidangan tengahari. Masak nasi dalam buluh. Bakar ikan pun guna pemanggang buluh. Dah siap semua makan sama-sama. Best!

Destinasi menarik ada di mana-mana. Jika kita tinggal di kota besar, kita mengimpikan pula berada di kawasan pedalaman. Dikelilingi hutan, air terjun atau sungai. Mungkin juga kita mahu berada di pantai, laut dan juga pulau. Memang seronok bercuti ke destinasi tu semua.

Jika kita tinggal di kampung atau kawasan terpencil pula, destinasi yang kita ingin pergi pula sudah tentunya bandar besar dengan gelaran bandaraya. Ada bangunan tinggi sehingga tak larat nak mendongak untuk melihat puncaknya. Ada jaringan pengangkutan awam yang kita memang terasa nak naik sambil menikmati pemandangan hutan batu sehingga tiba ke destinasi yang dituju. Terasa juga nak tengok ragam manusia pelbagai bangsa yang menuju ke destinasi masing-masing juga.

Ke mana pun destinasi kita sekarang, akhirnya hanya satu destinasi kita yang abadi. Kita sama-sama tahu.







posted from Bloggeroid

No comments: