GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Monday, May 21, 2012

Menyertai Perkelahan Bersama Bloggers di Taman Tasik Cempaka, Bangi

     Hari yang dirancangkan sudah tiba. Semuanya siap bersedia. Tunggu untuk berangkat dan dihidangkan aja. Marilah mari pergi mengundi ke tempat itu.
     Sorilah aku sampei lewat dari kul 9 pagi. Ahad, biaserlaa kan? Tapi, dari jauh kurasa gumbira pabila ternampak 1 kelompok yang agak ramai bilangan ahlinya. Duduk bersila mesra...ada juga yang berkerusi kerana tak mampu nak bersimpuh atau bersila tapi suasana tetap meriah n mesra macam biasa.
 Kak Azie Azah macam biasa menyambut kedatangan para tetamu. Apron sidai kat umah. Topi juga ganti itu apron kali ini...ahahahha

 "Angpa  sampai time ayam neh dah tinggal tulang." Maybe itu maksud pose Aunty Datin ini.

 Tirgoda x?

 Mihun goreng telur dadar yang sedap itu adalah titipan kasih suami saya.

 Adik Iffah jumpa Nek Chik lagi. Besh!

 Uncle LF mesra seperti biasa. Uncle berkopiah ini adalah ayah Kak Azian Elias sementara yang belah kiri hub aku itu adalah uncle beliau.

2 orang anak dara yg manisss sokmo.

 Kakcik bukan sedang korek idung yea tp maybe sambal nasi kerabu Bro Framestone tuh podeh beno.

 Aktiviti anak2. Err.. ngah prektis semayang pon ado? Anok sapo tuhh? hihihih..

 Pose harus. Adeh! Sampah itu pon nak enterprame..

 Dan pose lagik..

Adegan drama klasik melayu.."Ini sahajalah bekal buatmu, nak" ( nada suara Mak Neng Yatimah)
"Terima kasih wahai bonda. Sodap bau ikan masin ini"...heheheh

     Dah lopeh berpanas tuh, tak puas hati. Mau kasi sejuk badan dan tekak plaks. Dr. Hanie kita menjemput ke Ice Room Bangi. Hishhh! Pantang sungguh den. Pantang jemput..kikikikiki

 Kami yang enjoy sungguh kat situ.

 Model sukarela Ice Room.

 Tengsss zillion2 utk. Dr. Hanie yang sudi membelanja kami. Mwah3..

     Lepas tuh, dalam jam 12 lebey kitorang bersurai. Kalo nak layan borak memang bole lagi tuh. B4 that, Uncle LF ajak sambung kat umah beliau...hihihii..
      Aktiviti seterusnya mungkin jamuan raya kots. Lom bincang lagi pasal tadi dok gebang2 ajer. Tqvm buat semua yang hadir n meriahkan majlis tak rasmi kita neh. Jumpa lagi pada pertemuan seterusnya.

Friday, May 18, 2012

Pelajar

     Hari Guru 2012 sudah berlalu. Tepat jam 12 tengah malam, 16 Mei, bertalu2 status di FB 'dihujani' ucapan2 kepada guru. Tak kira untuk guru di sekolah rendah n menengah dahulu, pensyarah dan tak kurang juga yang menjadikan ibu dan ayah sebagai guru juga. Semuanya ucapan yang baik. Tapi, korang jangan tak tahu. Ada juga ucapan yang tidak baik tapi bukan ditujukan untuk aku. Ok, biarlah rahsia. Status2 di FB itu membuatkan 'feel' hari guru tahun ini adalah yang paling meriah pada pemerhatian aku.
     Jadi, sudah cukup sudah ( baca ikut nada lagu itu ) cakap2 lagi pasal hari guru. Mungkin kita bole cakap pasal hari bapa ker aper. Hari Jururawat 12 Mei noo.. Errr, naper dihimpunkan dalam bulan Mei macam2 hari yea?
     Marilah kita gebang2 pasal pelajar plaks. Pelajar..hmmm.. mari aku tayangkan tunjukkan hadiah2 dari memurid aku. Tak banyak tapi memang cukup bermakna bagi aku. Alhamdulillah!

Mostly..food. Depa memang tau sangat kegemaran guru depa neh yea?

Lovely wish. Hadiahnya adalah minyak wangi.

Ada 1 yang menarik hati..

Dibungkus rapi...

     Masa diterima tuh, berat juga. Terfikir apa isinya. Balik2 umah, 'unwrapped' terus... ini rupanya...

Sabo2..heheheh.. nak bgtau yang pelajar lelaki yang bagi neh. Patutla gaya bungkusnya unik semacam yea?

Kek kukus coklat rupanya. Siap ada pelangi kat tengah. Terharu sgt2.. Tqvm, Syukri.

     Ok, kat umah neh pon bertambah seorang pelajar. Selain dari Imran Zamir, Abahnya merupakan individu terbaru yang memegang gelaran ini. Beliau baru memulakan kelas Diploma Kejuruteraan Elektrik/Elektronik di WIT, Pandamaran. Jangka masa adalah 2 thn 6 bulan. Means 2015, insyaallah beliau akan grad. Kelas plaks 3 kali seminggu tapi 1st week neh direct ajer 4 hari sampai 9.30 malam. Sampai umah kul 10 mlm...ok, dulu 'chance' aku. Now, kasi peluang kat beliau plaks..

Abah sedang mengemas beg untuk kelas yg pertama.

Ok, sayang.. selamat bergelumang ngan ilmu. Mama, Abang n Adik tetap disampingmu..
       

p/s: ada orang tulis pasal aku n 'umah' aku nehlaa.. mailer baca sinik

Wednesday, May 16, 2012

Hari Guru 2012

Esok kena g sekolah pagi. Ada sambutan hari guru. Tapi dah kul 2 neh lom bole tito lagi.
Kat FB dah banyak ucapan utk guru. Terima kasih semuanya. Aku jawablah juga bagi pihak guru2 lain yg x sempat nak jawab tuh.
Tadi sampai umah kul 8 mlm. Pasal gigihnya aku mencari hadiah untuk guru2 Abang Imran. Hadiahnya bukan yang besar2 sampai tak muat bonet keta guru2 tuh semer. Hanya sebatang pen. Ya, sebatang pen yang aku harap dapat membantu guru2 itu semua menyelesaikan kerja2 mereka. Kalau takder apa nak bagi kat guru2nya esok, aku takot Abang Imran rasa segan plaks. Pastuh, aku nak Imran merasa keseronokan meraikan guru2nya di sekolah rendah pula. Tahun2 lepas di tadika, lain pula feelnyer kan?
Macam tahun2 lepas juga, aku guru kecil yg berbadan besar berharap kami tidak semata2nya dihempuk dengan gaji yang konon2 tinggi sahaja tapi kebajikan kami sila ambil perhatian juga. Perasaan dan rintihan kami tidak diperlekehkan hanya sebab kononnya kami dah menerima banyak ganjaran. Hakikat sebenar, yang mengalaminya sahaja yang tahu. Tak lupa juga, yang merasanya adalah ahli2 keluarga kami.


Bakat seorang guru. Tapi ini hasil tangan seorang guru lelaki di sekolah aku; bukan aku yg lukis yea?

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 15, 2012

Kasih Sayang Antara Adik-Beradik


     Aku pernah terbaca kat status FB seorang ustaz kalo tak silap. Kata beliau, baik rapatnya hubungan adik-beradik, adalah tanggungjawab ibu bapa. Jauh, renggang dan dengki antara adik-beradik juga terpulang kepada ibu bapa. Ibu bapa yang mendorong hubungan itu ke arah yang sihat atau 'sakit'. Memang besar tanggungjawab ibu bapa kan?
     Kalo dah namanya tanggungjawab, diabaikan tentulah berdosakan? Aku tak dapat nak bayangkan macam mana hubungan adik-beradik yang masa keciknya tuh elok ajer, tapi 'dicalar' oleh perangai buruk ibu bapa yang ada anak kesayangan kononnya. Menangkan si adik pasal adik lagi pandai/bijak/cantik dari si abang atau si kakak. Natijahnya, anak yang dipinggir itu berdendam, menghadapi tekanan perasaan dan lebih teruk lagi bertindak di luar kewarasan fikiran. Korang ingat tak kes adik tikam abang sampai mati dekat PJ dalam tahun lepas atau awal tahun neh? Puncanya bergaduh ajer. Sedih aku mendengarnya.
     Aku nak menyeru diri sendiri dan korang semer, cubalah menjadi ibu bapa yang waras kalau tidak paling sempurna pun. Dorong anak2 sayang menyayangi antara 1 sama lain dan bukan sebaliknya. Ajar anak2 kita hormat-menghormati juga dan bukan saling ejek-mengejek. Ingat, kita masih waras kan?



Comey ka, huduh ka, baik ka, nakal ka.. tetap buah hati pengarang jantung kita kan?  Pastuh, depa neh lahir 1 mak, 1 pak aja. Sama sedarah, sedaging, sepusat sepusing...ahahahah



posted from Bloggeroid

Monday, May 14, 2012

Pergi ke Majlis Resepsi JMR n Nunu Eera

     Jemputan sudah lama dihantar. Memula melalui FB. Dan kemudian kad dipinta demi sebuah peta. Harinya sudah tiba. Alhamdulillah, sampai juga kami ke sana.

Semai? Bila tgk balik gambo neh mcm kelako pom ado. Tapi, dah tulis kan? So, harap2 cepat2 tumbuh, bebunga dan berbuah. Gituler doa buat pengantin.

 Pink karer adalah peberet Puan Nunu kita neh. So, kaler tema adalah pink putih. Surely banyak masa dan tenaga diperuntukkan untuk buat hiasan2 neh semer kan? Rasanya buat sendiri kots...

'Curi' gambo dlu sebelum...



 .. enterprame! Adik Iffah berkenan beno ngan Aunty Nunu kan? Comey sangat tuh..hihii..2-2 pose tanak pandang kamera..


     Walaupun dapat meluangkan masa kejap ajer, tapi hati rasa seronok dapat hadir ke majlis kawan blogger macam neh. Walaupun juga, tidak dapat nak berbual mesra pasal malu2 kucing2 lagi, tapi rasanya ukhwah ini terasa dekat sangat di hati. Kebetulan plaks JMR pon membesar dengan budu...keh3. Ini kali kedua berjumpa JMR tp macam yang memula jumpa kat Konsert Ruth Sahanaya dulu, tak dapat nak bergebang lelama. Insyaallah, pada masa depan kita borak bebyk yea?

     Ucapan? Sama jer macam yang orang lain dah ucap tuh. Cuma nak tambah, nanti jangan lupa plaks jemput untuk cukur jambul n akikah yea? Hihihihi...


*Maaf dipinta kepada Bujal dan keluarga kerana tidak dapat hadir ke majlis beliau dek kerana kesuntukan masa. Jangan serik nak jemput kitorang next time yea? ;-))

Thursday, May 10, 2012

Jawab Soal Selidik, Kumpul Mata dan Tebus Baucer

     Dah lama aku nak tulis dan kongsi pasal soal selidik neh tapi aku nak tunggu dulu sampai aku dapat hasilnya. Kalau tak betul, mana boleh kongsi kan?
     Korang penah dengar MySurvey tak? Aku dapat tau dari iklan. Aku klik jer iklan kat Gmail rasanya. Tengok 'tagline' macam best. Jadi cubalah daftar. Korang klik kat sini dan ini akan keluar... 


     Tapi ini akaun akulah. Korang boleh daftar dulu.

     Kalau kita refer kawan, jangan lupa minta kawan tuh isi bahagian 'refer a friend' tuh. Nanti kawan yang meng'refer' dapat 50 mata pree.
     Ganjaran dier takderler duit ribu riban macam buat 'sponsored post' or 'advertorial'; sekadar baucer KFC, Pizzahut dan Ayamas berharga RM10 ajer tapi oklaa dari jawab soal selidik percuma kan? Errr.. baucer Jusco dan Isetan (kalau tak silap) pon ada juga.
     Mata minimum nak tebus baucer neh semer adalah 250. Macam banyak kan? Susah nak dapt? Tak juga kalau nilai 1 soal selidik tuh 100 ke 200 mata. Terpulang pada depalaa kan? Tapi, tinggi mata ganjaran, agak lama juga masa yang diperlukan iaitu dalam 15-20 minit. Kesabaran, bebs!
     Takat neh aku baru tebus 2 baucer. KFC n McD....





Baucernya dihantar dalam sampul beserta surat penghargaan. Tapi, depa pakai poslaju serahan tingkap. Kena amek ikut tingkaplaa yea?

     Aku baru menebus baucer ketiga dan mungkin nak g amek ari Jumaat neh. Alhamdulillah!

     Kalau ader soal selidik untuk korang jawab, depa akan maklumkan menerusi email.

     Aper lagi weh. G ler daftar. Jangan lupa masuk nama aku 'Ayu Che Mat' kat tempat orang yang meng'refer' nooo...

Selamat Hari Khamis!!


 

Wednesday, May 9, 2012

Hasil Kreativiti

Abang Imran mmg suka bereksperimen. Biasalah; budak2 suka mencuba macam2 benda baru kan? Cabut itu, pasang sini. Gunting ini, tampal sana.

Dan ini adalah hasil kerja tangan terbaru..



'Booties' untuk anak patung gajah itu. Dihasilkan dari mini beg yang didapati semasa g kenduri. Creative enough?

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 8, 2012

Hurray! Mothercare Malaysia is 25 Already...

     Caring or taking care of, there is a professional touch behind it. Waking up in the middle or night or crying all over night, let one caring, reliable hands do it.

 
     Mothercare has been caring the world since 1961. I'm not even born yet! Then, Mothercare came to Malaysia 25 years ago to give more motherly touch to Malaysian. Since then, mommies daddies as well as grannies were getting support in raising little ones to get all the best. 
     25 years as for human, is already matured. 25 years of age and she will get to do more on her own. Make decision, getting married and had a chance to build her own family. Mothercare Malaysia is matured enough in assisting parents taking care of those bundle of joy. We are not alone. Mothercare Malaysia is always there to give us companion.

Mothercare is always with us in thick n thin.

Mothercare is a given name,
Always be there even when you are lame,
No it is not just a game,
Always be there in hall of fame.

Truly jolly with Mothercare,
Not scared even if been dare,
Heavy duty is always been bear,
Always be there, always being fair.

Happy Annivesary, dearie Mothercare Malaysia,
Yay! You are already 25,
 May you always stand beside us,
To share and cherish bitter sweet experience together!!

Sincerely from us...


Sunday, May 6, 2012

Pergi ke Karnival Mothercare di KLCC

     Sampai sudah ke tempat karnival itu. Memula ingat nak naik tren dan lrt ajer tapi last minit Cik Abe kata naik keta ajer pasal nanti nak mengangkut macam2 beg si kecik neh plaks. Pertama kali nak parking bawah KLCC so redha ajer ngan bayaran parking.
     Selama tak sampai sejam, kadarnya adalah RM4.00 jer. Bolerler kan? Sejam RM3. Paling tinggi tulis kat situ RM9.
     Parking kat P3, 3B. Sampai kat Aras 2, berpusing-pusing juga nak cari tempatnya. Maklumler, tak biasa kan? Lepas Cik Abe pusing2 kat situ jumpaler. Kat hujung dekat Toys r Us rupanya. Pastuh kat sebelah-menyebelah ader macam2 butik pakaian bayi dan kanak2 lagi.
     Naik mender neh dulu sementara Abah cari tempat kejadian.

Orang memang ramailah. Kat luar bole buat 'face painting', 'sand art' serta beli air dan popcorn.

Inilah 'goodie bag'nya... Nak tengok isinya?

worth RM50 kots.. alhamdulillah!

Abang n Adik having fun time together.

     Masa kitorang sampai tuh, pertunjukan fesyen bermula. Kemain adik2 tuh semer. Rambut siap cacak2 lagi. Gel rambut apa pakai eh? ..hihihii..





Semernyer pandai posing. Dah berlatih kan?

A true photographer. Skali 2 daa DSLR dier..

     Lepas 'window2' siket, g makan kat Signature pastuh angkat kaki. Bukan ader 'bajet' pon nak membeli kan? Belah ajer..

     Terima kasih banyak2 Bro Framestone dan Mothercare Malaysia!!

Saturday, May 5, 2012

Janganlah Jadi Mata Ikan

Lepas 1-1 menderler si anak dara aku sorang neh. Sekarang neh adalah peringkat dier nak merasa semua mender. Kalo masa dier dok bereksplorasi dan tetiba dier diam, elokler 'check' apa projek tuh.

Semalam, masa dier gelak; ternampak putih2 kat dalam molot dier belah bawah. Macam kulit tuh melepuh. Apalah dier dah geget agaknya. Mender berasid atau berbakteria... Anak oh anak..



Tatauler leh nampak jelas ker tak tuh..

posted from Bloggeroid

Friday, May 4, 2012

Bersih 3.0 d RTM?

Tokojut gaks den tengok berita semasa kat TV1 jam 11 mlm, japs tadi.

Adakah kebetulan? Ada maksud tersirat? Krew belakang tabir nak sampaikan sesuatu selain berita? Tergelak sendiri aku..


Korang nampak tak kaler baju Kamal, sang pembaca berita neh? 'Striking' beno kan?

posted from Bloggeroid

Thursday, May 3, 2012

Alfa Zulu Children Traffic Park

Panjang bebeno nama. Kena tengok gambar tmptnya dlu baru bole taip. Pastuh cecepat kena letak kat tajuk pasal takot lupa.. Hahaha
Abang Imran memang suka menunggang terutama motor atau kereta mainan bateri tuh. Err.. Kanak2 mana tak suka kan?
Sejak ternampak menda neh kat Giant Kemuning Utama n Carrefour Bukit Rimau tempohari, Abang asyik mengajak ke sini. Abah pon memenuhiler hajat anak teruna kesayangan.
Kali pertama g. Memula takder orang. Pastuh 2-3 orang skalu dtg juin..


Inilah tempatnya. Yang ini d Giant Kemuning Utama.




Kalo tak silap, RM8 utk 5 minit or 10 minit. Kalo takder orang, dier bior ajer sampai 15 minit.
Abang tak puas hati naik sekali. Lain kali dier ajak lagi. Kopak eh. Abah cakap yang Abang kena simpan RM1 satu hari dari belanja sekolah yang berjumlah RM4 sehari ( RM2 pagi, RM2 ptg ) kalau nak naik lagi hari minggu berikutnya.
Maka bermula hari Isnin tuh, Abang dengan gigihnya mengikut cadangan Abah. Abang sanggup bawak bekal biskut kalau duit x cukup. Biar berlapar asal cukup duit untuk menunggang. Nak bagi cepat cukup duitnya, Abang simpan RM2 sehari. Wah! Kagum jap ngan anak bujang aku neh. Cekal! Tegar!

Sampai hujung minggu ( x sampai pon sebenarnya pasal ari Sabtu lepas tutorial class terus Abang ajak g. Tapi, tak cukup lagi RM2. Takper, Abang sedia membantu.

Maka, lepas kelas Global Art Sabtu lepas, berbondong2laa kami ke sana. Di tengah panas terik, Abang ngan muka bangga memacu kenderaannya.. "Pacu laju2.."










Mama dan Adik? Lelepak dalam keta ler. Tak kuasa nak berpanas kat luar..




Hmm.. Demi minat dan keinginan, manusia sanggup berkorban apa sahaja kan? Tak mengenal usia.. ♥♡♥♡

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 2, 2012

Calar Balar

Aduhai si anak dara sorang neh. Selang 2-3 hari mesti ada bertanda sana sini. Selain angkara sang nyamuk durjana, 'hasil' penerokannya juga menyumbang ke arah kecalar balaran itu.. Huhu
Rasanya, Adik Iffah neh lebih lasak siket dari Abang Imran masa Abang bayi dulu. Ker lebih kurang ajer yea?
Pakar motivasi pernah cakap," anak lelaki senang dijaga, susah dididik. Anak perempuan pula susah dijaga, senang dididik'.
Ok, itulah dianya cabaran menjadi ibu bapa...


Tengok pon dah ngeri. Macam kena dera plaks.. Huhuhu..

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 1, 2012

Karnival Mothercare KLCC

     Sebelum masuk ke persoalan pokok, diumumkan bahawa sarapan di umah PCL esok dibatalkan atau ditunda. Ramai tak dapat hadir. Maybe pasal masing2 dah ada agenda sendiri yang telah dirancang awal2. Tapi, PCL pesan kalo sesaja nak g terjah2 dijemput tapi kenalah maklum dulu pada beliau kan? 'Settle' hal itu...
     Rasanya jenama 'Mothercare' neh tak asing bagi korang kan? Kalo korang neh macam aku; ibu dan ada beby plaks sesuailah. Hari Ahad ini bersamaan 6 Mei 2012, Mothercare menyambut ulang tahunnya yang ke-25. Wah! Dah jubli gangsa tuh. Errr..ado ker? hihihih.. Jadinya, depa menjemput kita semua meraikan hari jadi depalah. Ini butirannya...


     Pastuh, kalo korang antara 60 yang terawal mendaftar kat 'umah' Bro Framestone, dan korang hadir Ahad nanti, insyaallah akan dapat 'goodie bag' bernilai RM50. Wah! Datang ajer dapat habuan dah? Aku dah isi borangnya. Insyaallah! Akan hadir. Dah lama tak g KLCC weh.

     Kebetulan dok 'merayau2' kat laman web dier n fb, ternampak plaks sesuatu yang menarik...
 Nampak cam x abeh plaks gambo neh kan? Gua 'cilok' kat fb dier. Bole juin neh.

     Jadinya, mohler hangkut famili korang beramai2 ke sana. Dan juin juga 'blogger contest' tuh. Mana tau, nak ada rejeki kan?