GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Tuesday, May 15, 2012

Kasih Sayang Antara Adik-Beradik


     Aku pernah terbaca kat status FB seorang ustaz kalo tak silap. Kata beliau, baik rapatnya hubungan adik-beradik, adalah tanggungjawab ibu bapa. Jauh, renggang dan dengki antara adik-beradik juga terpulang kepada ibu bapa. Ibu bapa yang mendorong hubungan itu ke arah yang sihat atau 'sakit'. Memang besar tanggungjawab ibu bapa kan?
     Kalo dah namanya tanggungjawab, diabaikan tentulah berdosakan? Aku tak dapat nak bayangkan macam mana hubungan adik-beradik yang masa keciknya tuh elok ajer, tapi 'dicalar' oleh perangai buruk ibu bapa yang ada anak kesayangan kononnya. Menangkan si adik pasal adik lagi pandai/bijak/cantik dari si abang atau si kakak. Natijahnya, anak yang dipinggir itu berdendam, menghadapi tekanan perasaan dan lebih teruk lagi bertindak di luar kewarasan fikiran. Korang ingat tak kes adik tikam abang sampai mati dekat PJ dalam tahun lepas atau awal tahun neh? Puncanya bergaduh ajer. Sedih aku mendengarnya.
     Aku nak menyeru diri sendiri dan korang semer, cubalah menjadi ibu bapa yang waras kalau tidak paling sempurna pun. Dorong anak2 sayang menyayangi antara 1 sama lain dan bukan sebaliknya. Ajar anak2 kita hormat-menghormati juga dan bukan saling ejek-mengejek. Ingat, kita masih waras kan?



Comey ka, huduh ka, baik ka, nakal ka.. tetap buah hati pengarang jantung kita kan?  Pastuh, depa neh lahir 1 mak, 1 pak aja. Sama sedarah, sedaging, sepusat sepusing...ahahahah



posted from Bloggeroid

9 comments:

ainol akasyah said...

best nye da ade anak kan..tetibe terase nak ade anak lak..bile la nak kawen ni hehehe

Citarasa Rinduan said...

selamat pagi kak Ayu...

Rasa syahdu pagi2 nie bila entry ini dikongsi, terasa sangat2 rs cinta si ibu dan si ayah thdp anak2....

Semua insan y bkahwin inginkan anak2, y dh ada anak2.. Itulah jadinya sperti y kita sering bc diakhbar, jika si ibu tahu seska dan menderitanya hati seorang wanita y rahimnya tak pernah rasa denyut jantung si kecil, pasti dia akan sesal dan mnderita....

kakcik said...

Jangan sampai anak yang terlebih disayang (kononnya) itulah yang nanti akan mencalarkan hati ibubapa sendiri (menulis dari pengalaman). :(

[PCL] said...

..ada ank org2 tu, masa kecik2 dulu memang selalu begaduh baik lelaki maupun pompuan..tapi kuasa Allah..bila dah besar semakin akrab dari hari ke hari dan taat kpd ibubapa mereka...walaupun pd awalnya mungkin ibubapa 'tergelincir' mendidik tp sbg ank yg bertanggungjawab , di hati masing2 kena bersikap lbh matang hari ke hari supaya boleh menilai erti kasih sayang yang sepatutnya.

Anaa said...

ayu, anak aku yang first ngan second sekarang ni tengah dalam fasa sibling rivalry... pergh, dengki mendengki, pukul memukul.. pening.. skang ni, tak kira sapa yang mula kan dulu, dua-dua aku belasah.. heeee.. belasah sayanggg...

Rai said...

anak anak saya agak akrab antara satu sama lain..harap2 berkekalan sampai diorang dewasa..

Daddy Ziyyad said...

Betoiiii...jgn double standard terhadap anak anak..nanti ada yg makan hati, buruk padahnya

MasZuber said...

alololooo comei nyo..

abg nampak penyanyang je tuh

KhaiRin : anies said...

betul tu...ada ibu bapa mcm x amik port pon hal2 sebegini....bla da berlaku..mula tuding menuding