GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Friday, May 18, 2012

Pelajar

     Hari Guru 2012 sudah berlalu. Tepat jam 12 tengah malam, 16 Mei, bertalu2 status di FB 'dihujani' ucapan2 kepada guru. Tak kira untuk guru di sekolah rendah n menengah dahulu, pensyarah dan tak kurang juga yang menjadikan ibu dan ayah sebagai guru juga. Semuanya ucapan yang baik. Tapi, korang jangan tak tahu. Ada juga ucapan yang tidak baik tapi bukan ditujukan untuk aku. Ok, biarlah rahsia. Status2 di FB itu membuatkan 'feel' hari guru tahun ini adalah yang paling meriah pada pemerhatian aku.
     Jadi, sudah cukup sudah ( baca ikut nada lagu itu ) cakap2 lagi pasal hari guru. Mungkin kita bole cakap pasal hari bapa ker aper. Hari Jururawat 12 Mei noo.. Errr, naper dihimpunkan dalam bulan Mei macam2 hari yea?
     Marilah kita gebang2 pasal pelajar plaks. Pelajar..hmmm.. mari aku tayangkan tunjukkan hadiah2 dari memurid aku. Tak banyak tapi memang cukup bermakna bagi aku. Alhamdulillah!

Mostly..food. Depa memang tau sangat kegemaran guru depa neh yea?

Lovely wish. Hadiahnya adalah minyak wangi.

Ada 1 yang menarik hati..

Dibungkus rapi...

     Masa diterima tuh, berat juga. Terfikir apa isinya. Balik2 umah, 'unwrapped' terus... ini rupanya...

Sabo2..heheheh.. nak bgtau yang pelajar lelaki yang bagi neh. Patutla gaya bungkusnya unik semacam yea?

Kek kukus coklat rupanya. Siap ada pelangi kat tengah. Terharu sgt2.. Tqvm, Syukri.

     Ok, kat umah neh pon bertambah seorang pelajar. Selain dari Imran Zamir, Abahnya merupakan individu terbaru yang memegang gelaran ini. Beliau baru memulakan kelas Diploma Kejuruteraan Elektrik/Elektronik di WIT, Pandamaran. Jangka masa adalah 2 thn 6 bulan. Means 2015, insyaallah beliau akan grad. Kelas plaks 3 kali seminggu tapi 1st week neh direct ajer 4 hari sampai 9.30 malam. Sampai umah kul 10 mlm...ok, dulu 'chance' aku. Now, kasi peluang kat beliau plaks..

Abah sedang mengemas beg untuk kelas yg pertama.

Ok, sayang.. selamat bergelumang ngan ilmu. Mama, Abang n Adik tetap disampingmu..
       

p/s: ada orang tulis pasal aku n 'umah' aku nehlaa.. mailer baca sinik

12 comments:

kakcik said...

Nyata Ayu disayangi murid2. Banyak hadiah yang Ayu dapat. :)

Ahad ni jadi geder2 di Tasik Cempaka, tau. :)

ainnoraini said...

Ayu selamat hari guru....

Byk hadiah....

kak ina kl said...

Alhamdulliah ..belum terlambat nak ucapkan selamat hari guru kepada kamu. Jika kita bertanggungjawab insyallah segala penat lelah akan diingati oleh anak murid. Teringat kenangan lalu.

cute dak kecik tu pakai tudung

Eliss Mie said...

bestnya jadi guru bila tiba hari guru :)eliss dulu pernah jadi guru ganti dan ms nak abes tu dalam bulan mei. merasalah jugak dpt hadiah dr budak2 kelas :)

terima kasih utk backlink :)

KiD said...

waaaaahhhh... giler best dapat byk makanan.. hehehee

@cu SaYaNg said...

banyak nye dapat hadiah
mesti jadi guru kesayangan murid nie :)

hazman aka species1980 said...

Selamat HARI CIKGU jugak yea...and baru perasan header baru yea...dan saya setuju budak/student laki mmg kreatif skit bila bab2x balut hadiah nie

Daddy Ziyyad said...

Best betul dapat kek sebijik!

bagus tu..belajar selagi ada hayat ./.

lydzar said...

sedap nampak kek tu kak. seronok kan jd cikgu. adik ipar saya pon cikgu, kata dia semua hadiah studen, masuk peti ais. mmg makanan la tu hihih

KhaiRin : anies said...

mesti byk lg ni yg akk xtunjuk kn hehehe

MulutPayau said...

Selamat Hari Guru...(maaf lmbat)

Seronokkan bila kita dihargai....

atuk said...

Assalamualaikum Ayu

saya dapat 1 hadiah 1 tahun...itu pun kalau isteri tak terlupa...he he