GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Monday, April 5, 2010

The Road Not Taken

     Aku memang melanggan 'Readers Digest' Asia. Kadang-kadang isu bulan neh belum habeh, dah sampai isu bulan depan. Ntah biler aku nak ngabehkan sme isu2 tuh. Bulan 3 punya isu, tak kureng menarik ( dah memang isu dier sme menarik lor ) iaitu pasal 'travel' . Editornya, Dora Cheok mengimbau kembali apa yang dier dah buat selepas dapat vss ker kalau tak silap. Ibu beliau suh beliau balik kampung n 'settle down' dan bagi cucu. Tapi, Dora mengambil satu langkah yang berisiko iaitu menjadi 'backpaker' selama beberapa bulan, merantau di seluruh dunia. Dalam pada merantau tuh, mcm2 pengalaman dier dah tempuh; pasport kener curi, dompet kener curi dan mcm2 pengalaman yang aku rasa tak ramai nak hadapi lebih2 lagi kat negara orang. Berkelana bak kata orang2 kita. Di akhir coretan, Dora mengepilkan gambar beliau bersama2 patung Dora The Explorer sejurus sebelum beliau berangkat ke luar negeri ( aku tak tau Dora Cheok orang mana ).
     Hmmmm, tetiba neh aku teringat plaks seorang rakyat Malaysia yang satu masa dulu glemer juga dek kes perebutan anak beliau, Sunni Sazali yang 'dilarikan' ibunya ke England. Mastika 'cover' isu tuh utk beberapa lama. Kali terakhir aku baca psl Sazali atau lebih dikenali sebagai Lepat neh, beliau merantau berkelana di negara Eropah ( aku lupa negara mana ).
     Sesetengah orang mengambil tindakan yang lain dari orang lain, yang kebanyakkannya berisiko dan tak popular. Tapi, kenapa mereka bertindak demikian? Mahu hidup susah sedangkan mereka boleh hidup senang? Kenapa? Mereka mempunyai alasan tersendiri, mungkin utk kepuasan diri, atau mencabar diri sendiri, atau sudah bosan dengan rutin harian yang sama setiap hari? Hmmmm.....
      Kalau korang berada di tempat mereka yang aku sebut kat atas, adakah korang akan bertindak macam depa? Dora Cheok ada menambah, dia mengambil langkah yang tak popular tuh pasal dier tak der lagi tanggungjawab macam sekarang, maybe hutang piutang, keluarga dsb.
     Kalau aku?? hmmmm.... sejujurnya, memanglaa aku tak berani. Tak berani coz memang tak der pilihan lain yang lebih baik kots. Kalau ada?? hmmm... susah juger nak menjawab, coz kalau tak der keberanian, tekad, hati dan semangat yang kuat, rasanya tak berbaloi juga meninggalkan 'jalan yang popular' ini. Tapi, jalan yang aku amek sekarang neh membuat hidup rasa tak hepi, boring ajer, penat dan macam2 lagi... ker aku yang ngengada? selalu rasa tak semangat dan buhsan..... huhuhhuh
     Teringat plaks sajak yang aku blajar ngan lect. Lit. aku kat UITM arituh.... & juga literature component utk Form 4 before depa tukaq yang baru neh... 'The Road Not Taken' by Robert Lee Frost.... memula aku x heran sgt ngan sajak neh tp bila dah dihayati dan direnung, betul seperti yang Dora Cheok ckp tuh... manusia di 2 persimpangan, satu jln yang cantik dan ramai org melaluinya. Lagi satu jln, bersemak, tak ramai orang yang lalu, korang nak lalu jalan yang mana??

The Road Not Taken

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I-
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Robert Frost












No comments: