Skrin kat dewan solat bawah
Salah satu dari 2 skrin besar berhampiran dewan makan.
Pada malam itu, topik berkenaan Tauhid Uluhiyyah dikupas. Antara yang aku sempat catat ikut pemahaman aku ialah:-
1. ALLAH tidak hanya melihat zahir hamba2NYA tetapi batin juga. Jadi, hal ehwal dalaman badan juga perlu dijaga seperti apa yang terlintas dan terniat di hati dan juga pemikiran.
2. Dalam hal mencari ilmu, usaha adalah penting walaupun tidak mendapat kepandaian. Teruskan usaha. Lama kelamaan ALLAH akan kurniakan apa kita usahakan itu (aku dah banyak mengalami ini... sesungguhnyer benar).
3. Apabila sudah belajar dan mendapat ilmu itu, perlulah diamalkan. Jadilah 'khutub khanah' yang bergerak. ('Walking' dictionary n ensaiklopedia laa tuh. Jadi tempat pertanyaan orang2 sekeliling tapi jangan bagi ajaran sesat udahler. Kalo tatau, sila rujuk orang yang betul dan lebih tau dahulu).
4. Mahu syurga? Perlu diniatkan kerana ALLAH.
5. Beribadat biarlah bersungguh2, jangan nak menunjuk ajer.
Pastuh, aku kuar dari dewan solat bawah dukung Adik Iffah Zukrina amek angin. Cian dier berfeluh2....
Glemer japs A.I. Bergilir2 kawan2 baru dari kalangan kakak2 nak dukung n riba dier....ada yang siap snap gambo lagik...hehehhehe
Alhamdulillah! Bertambah juga ilmu di dada kan? Tak kusangka rupanya 'bos' juga berada di sana. Ada antara korang yang hadir?
10 comments:
Kakak belum pernah dapat dengar live ceramah UAI ini. Teringin juga tapi biasalah Johor nie selalu tertinggal bab macam ini.... (kakak asyik tengok via youtube je)
hr tu ada jugak kat masjid shah alam. ramainya manusia lebih ramai dr solat jumaat. Alhamdulillah. manusia semakin mencari aamar ma'ruf nahi munkar
Makin bulat kakcik tengok AI. :)
Kakcik tidak berada di sana. :(
menuntut ilmu tiada hadnya :)
Salam Ayu,
kak Ros selalu jugak dengar ustaz ni kat youtube...mesti best punya boleh dengar ceramah dia secara langsung kan.....
thanks for sharing..
tak buat lagi kat sini..klu ada teringin nak pegi..
wah dah jadi blogger retis ek..jumpa roshyam noor rupernya
sy dtg kt masjid hulu klang...sehari sblm UAI dtg ke shah alam...
Ayu,
thank u for sharing.. kena hati2 gak rupanya ngan apa yang terlintas di otak ngan di hati ye..
Adik Ifa yang grrrr.. :)
dik..
mule2 akak bace ayat 'glemer AI.. gilir2 akak2 dukung & riba dia' tu terbayangkan akak2 dukung & riba ustaz AI! hahahahhaha :P
Post a Comment