Lama betul nak sambung dari Bab 2. Dah dekat 5 bulan baru muncul balik.. Dari Bab 2, aku kata g ke sini kan?
kami tak masuk ke sini tapi ke pejabat urusetia di tingkat atas. Berdepan bangunan SUK atau lebih 'glemer' dikenali JKR 10 ini, ada bangunan baru...
PERKESO ker aper tuh? Lawo kan?
Kami yang khusyuk mendengar penerangan. Ini time 'break' japs yea? hihii.. Dari kanan Puan Rohani Deraman (korang penah baca novel2 beliau?), Puan Zainab Ngah dan Puan Nur Hidayah.
Aku rasa bertuah dapat bertemu mata dengan kartunis Tuan Haji Rossem. Beliau merupakan Timbalan Pengarah Bahagian Penerangan Negeri Kelantan...
Tuan Uthaya Sankar SB menjawab persoalan mengenai 'Interlok' setelah diajukan oleh Tuan Haji Rossem.
Tuan Haji Leo AWS pon ada.
Seorang staf berbangsa Cina di SUK.
Buku2 wajib baca. Cenderahati dari SUK.
Selepas sesi penerangan, kami dijemput pula untuk menjamu selera di kantin JKR 10 ini. Perut masih sendat ngan nasi daun pisang belanjaan Kak Rohani Deraman kita. Tapi, rejeki jangan ditolak kan? hihihihi...
Bandingkan hidangan kami semua ngan hidangan Tuan Uthaya. Patut slim dan menten kan?
Hidangan istimewa kat situ. Nasi paku. Nasi campur biasa tapi tatau naper depa letak paku. Nak try takot tak habes plaks.
Tengahari itu, kami terpaksa berpisah pasal aku nak g memenuhi 2 jemputan kenduri plaks. Tqvm pada Kak Nur dan Adik Abdul Mutalib yang menjadi pemandu pelancong pada hari itu. Dapat kawan baru yang baik hati. Ironinya, Kak Nur ini berasal dari Kedah tapi sudah tinggal lama di Kelate, menunjuk jalan kepada aku rakyat Kelate senirik...ahahahha
Org 'gps' KB...heheheh. Memana pon bole sampai. Tqvm, Abdul Mutalib!
Esoknya, depa menghadiri Seminar OKU. Aku tak dapat nak ikut dek urusan tersendiri. Ada rejeki depa berjumpa dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...
Cilok kat sana..
Itulah serba sedikit catatan aku menyertai 'perjalanan' bersama penulis. Perjalanan untuk melihat dengan mata sendiri apa yang didakwa oleh sesetengah pihak tentang kemunduran negeri Kelantan. Tok Guru pon cukup berbesar hati kalau ada rakyat negeri lain yang datang sendiri melawat ke negeri Serambi Mekah ini. Rakyat Kelantan sendiri pon mengalu2kan kedatangan sahabat2 semua. Sementelah lagi, 2012 adalah 'Tahun Melawat Kelantan'.
Pahtuh, dok telopong ggapo lagi tuh? Maghilaahhhh...
8 comments:
bukan ke novel interlok dulu pernah mencetuskan kontroversi ye?
Kakcik suka pergi kelantan. :)
xdpt buku interlok free ka?
eh ada iffAh la.... rindu sama dia la..... nak cobit pipi diaaaa
saya suka makanan kelantan..
teringat colek kat PCB..hehehe
Wahhhh Nik aziz tue... teringin nak jumpa dia..
PM tak pernah sampai Kelantan lagi...huhu
Post a Comment